TWEP| Bab 14

2.2K 91 6
                                    

"Alamak! Esok dah kena teman Faid pergi event dia. Aku manalah ada baju nak kena pakai". Airish masih lagi berfikir tentang perkara itu.

"Haih, kenapalah susah sangat nak fikir pakai baju apa esok dah macam jawab soalan addmaths pun ada. Kalau susah-susah kau pakai jelah jeans , takpayah nak cantik-cantik sangat". Airish senyum lalu dia memejamkan matanya untuk tidur kerana masalahnya telah diselesaikan dengan baik.

"Rish jangan lupa tau sebelum jam 8 malam kau dah kena bersiap sebab event tu mula jam 8.30. Aku jenis yang punctual, tak suka lambat-lambat macam otak kau tu". Faid segera bangun dari pada sofa untuk menuju ke tingkat atas. Pergerakan Faid dipandang tajam oleh Airish.

'Oh, lambat macam otak aku eh? Kau tunggu, jam 8.30 baru aku bersiap. MUAHAHAHA'. Airish ketawa jahat.

"Hish minah ni betul-betullah nak kena dengan akulah! Aku dah lambat ni". Faid memandang jam tangannya yang menunjukkan waktu sekarang iaitu jam 8.20 malam.

Dalam beberapa saat kelibat Airish Zuhairah telah muncul dihadapan seorang Faid Zikry. Hampir menjerit Faid Zikry melihat pakaian yang dipakai oleh wanita itu.

 Hampir menjerit Faid Zikry melihat pakaian yang dipakai oleh wanita itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kau pakai baju ni? Kau tahukan yang aku ada event malam ni?" Faid menyoal Airish yang berwajah cool and chill itu.

"A'ah aku dah tahu, so...?". Airish melihat Faid yang segak dengan tuxedonya.

"So..? Kau tanya aku? Ya Allah, kau pakailah baju yang sesuai sikit dah lah lambat". Faid dah nak meletup macam Gunung Fuji di Jepun.

"Janganlah marah aku. Kita pergi kejap ja kan? Orang dekat sana bukan kenal aku pun kan? Kau relex je, yang penting tu kau bukan aku. Okay dah jom!". Airish mengenyitkan matanya lalu menarik lengan Faid ke luar rumah.

'"Fine!". Faid bernada pasrah.

Mereka berdua menaiki motor BMW Faid. Nasib baik jugalah Airisih tak pakai dress kalau tak memang terbanglah dia jawabnya.

"Wah, grand gila majlis ni. By the way, ni majlis apa? Kena bawa teman segalaan?". Mulut Airish melopong melihat majlis yang dihadirinya bersama sepupunya itu. Ramai sangat orang, nampak dari wajah-wajah para tetamu itu macam orang yang berpengaruh dan bekerjaya.

"You'll know, jom". Ringkas sahaja jawapan Faid. Dia memberikan lengannya pada Airish untuk dipegang. Airish menggelengkan kepalanya.

"Boleh tak sekali ja kau dengar cakap aku? Kita kan dah ada deal, kau tak nak cancel kan?". Faid melihat wajah Airish.

"Tak nak...". Airish mengeleng, mirip seperti seorang anak kecil.

"Jadi dengarlah cakap aku, okey?". Suara Faid seakan-akan memujuk tapi masih dalam nada yang tegas.

"Fine! Ugh, bak sini lengan tu! Mana aci main ugut-ugut, aku taekwando kau baru kau tahu". Airish terus meragut lengan Faid dengan kasar, hampir cacat tak berlengan Faid dikerjakannya. Faid hanya ketawa sahaja melihat telatah Airish yang cepat menghiburkan. Airish tak tahu dalam hati Faid sudah berbunga-bunga mekar kerana bahagia.

Sebelum mereka memasuki dewan tersebut, Faid menunjukkan sesuatu di phonenya kepada security guard. Nampaknya tebakan Airish benar, bukan calang-calang orang yang dapat jemputan.

'Fuh nasib baik aku tak main masuk ja tadi kalau tidak confirm malu weih'. Airish bersyukur sangat. Tapi, selepas selangkah sahaja mereka melangkah masuk dalam dewan tu, rasa menyesal Airish datang mengetuk pintu dirinya. Semua orang disitu berpakaian formal, lelaki dan perempuan. Semuanya!

'Beribu sesalanku.....' Airish menyanyi dalam hati kerana menyesal. Faid dapat mengetahui perasaan Airish hanya dengan melihat raut wajahnya yang macam cempedak basi.

"Tulah aku dah cakap, ni event formal. Pakailah pakaian yang sesuai sikit, heih". Faid memperli Airish lalu dia menggelengkan kepalanya.

"Ish, sorrylah. Lagipun aku manada baju yang sesuai untuk majlis ni, jadi aku pakailah baju yang ada dalam almari pakaian aku tu. Sorry". Airish betul-betul kesal, kalau tahu tadi dia takkan pergi. Airish menjadi tumpuan daripada separuh tetamu di majlis itu.

"Takpalah, benda nak jadi, sepatutnya aku kenalah sediakan pakaian untuk kau pakai yalah aku yang ajak kau kan? Sekarang kau tak payah hirau orang yang tengok-tengok kau tu, macam kau cakap tadi, kau relex ja. Aku kan ada?". Faid mula kesian dengan Airish yang menjadi perhatian orang ramai sebab tidak mengikuti etika pakaian yang betul. Airish memandang wajah Faid. Mereka berdua senyum.

'Apahal malaun ni handsome sangat malam ni? Oh my gosh, sedar Rish, sedar!'. Airish beristighfar dalam hati.

"Nice meeting you Captain Faid Zikry, so how was your holiday in Malaysia? Everything's good?". Seorang lelaki tua berjabat tangan dengan dia. Rupa lelaki tua itu sebijik macam Pakcik KFC, berambut putih, bermisai putih dan berkaca mata.

"Nice meeting you too Sir. My holiday was fine and everything's so far so good. Oh yeah, this is Airish Zuhairah, my accompany for this Aviation Career night". Faid memperkenalkan Airish kepada Pakcik KFC itu. Airish hanya senyum apabila dia diperkenalkan.

"Faid, Aviation Career ni bukan ada kaitan dengan kapal terbang ? Kau kerja apa sebenarnya?". Airish mula membuka mulutnya setelah lama menjadi statue of liberty antara Faid dan tetamu-tetamu yang lain.

" Betullah tu memang ada kaitan dengan kapal terbang pun. Akukan pilot. Bukan nak riak atau bermegah tapi itulah kenyataannya". Iya itulah Faid Zikry, seorang pilot dan bergelar geraduan luar negara.

"Okay...aku takda cakap pun kau riak. Tapi, wah kau memang hebatlah, pilot kot. Untunglah Pak Ngah dengan Auntie Rina dapat kau". Airish memang teruja tapi dalam masa yang sama dia menyampah. Yalah, musuh dia kot, dia puji.

" Well, nampaknya macam tulah". Faid ketawa berdekah-dekah melihat respon Airish yang menjelirkan lidahnya. Kemesraan mereka berdua telah diperhatikan daripada tadi.



************************************************************************************

Do VOTE, COMMENT and FOLLOW.


Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now