TWEP | Bab 15

1.3K 67 5
                                    

Apabila Faid sedang sibuk berbual dengan rakan-rakan sekerjanya di meja makan, Airish seperti ingin membasahkan tekaknya lalu dia berdiri.

"Kau nak pergi mana?". Sedar akan pergerakan drastik Airish, Faid terus bertanya.

"Aku nak pergi ambil air tetiba rasa haus pula, kau nak jugak ke ?". Airish bertanya, yalah dah halang-halang ni kan, ambilkanlah sekali.

"Ha boleh lah, but please make it fast. Aku takut kau hilang ke apa ke nanti".Nada Faid nampaknya risau dengan pemergian Airish.

"Woi! Lek ah aku pergi ambil air je pun bukannya nak pergi Segi Tiga Bermuda, hayyah". Airish menggelengkan kepalanya kerana ayat Faid yang tidak masuk akal itu.

"Ish...kau ni dengar cakap aku boleh tak? Ha, pergilah". Faid berkata sambil menggeleng kepala, malas nak bertikam lidah dengan Airish.

'Nak dikatakan caring tak jugak, nak dikatakan mengada tak juga, takpa aku anggap ini semua kebodohan dia'. Airish berlalu pergi untuk mengambil air dan meninggalkan Faid yang terus menyambung perbualannya di meja.

Airish terus mengambil dua gelas kaca yang berisi jus epal yang telah dihidangkan di atas meja.

"Erm, cheese cake ni nampak sedaplah pulak". Hasrat Airish ingin mengambil sepotong kek tersebut terbantut sebab tak cukup tangan, mana tidak nya dah dua-dua tangan penuh dengan gelas.

'Takpalah aku hantar minuman ni dulu then baru ambil CHEESE  CAKE!'.  Airish senyum kambing sendiri. Dia ingin berpusing kebelakang untuk kembali ketempat duduknya namun dia disapa oleh seseorang yang sangat dikenali, Erika.

"Well, well, well look whose here its Airish Zuhairah. How are you, girl?". Erika dengan secara tiba-tibanya menegur Airish. Apalagi terhenti terus langkah Airish untuk kembali ke tempat duduknya.

"Fine. Kau?". Airish senyum. Dia rindu, benci, geram semua ada untuk Erika.

"Eh of course I'm okay kan dah bahagia. Sorry, curious sikit dengan kehidupan kau sekarang ni yelah dah tak sekolej kan?". Erika dah mula nak tanya soalan pulak, bahagia?

"Bukan kau memang baha....".Baru saja dia ingin melengkapkan perkataan bahagia itu, tiba-tiba ada satu suara datang menyampuk. Suara yang dia kenali, Rifqi. Kenapalah orang yang aku kenal muncul dengan tiba-tiba.

"Sayang, buat apa dekat sini?". Rifqi terus memeluk bahu Erika. Tuhan ja tahu betapa hancurnya hati Airish melihat adengan manis mereka berdua.

"Ni sayang jumpa bff sayang Rish, ingat lagi tak?". Erika cuba untuk memperkenalkan Airish kepada Rifqi, sekali lagi.

"Eh of course lah kenal! My delivery girl kot. Kalau tak sebab you Rish, I dengan Erika tak bertunang. Kan sayang?". Rifqi terus memegang tangan tunangnya itu. Airish menahan sakitnya itu, gelas yang dipegang hampir retak dia kerjakan.

'Apa?! Kau kata aku delivery girl kau?!'. Airish geram, dia bungkam. Malas hendak melayan lagi dua ekor makhluk dihadapannya ini.

"Hahaha, dah betunang, wow, I'm impressed and so happy for you guys. So, buat apa dekat sini?". Airish gelak, gelak dengan penuh kemunafikan.

"Ouh, uncle I invite I datang join event ni, tulah ajak Erika sekali. Taklah loner sangat". Kata Rifqi jujur, jujur sejujur jujurnya makin sakit hati Airish bila dia tekankan perkataan loner itu.

"Ish you ni janganlah cakap macam tu, kesian Rish dia alone tu, mesti kau takda boyfriend lagi kan, heih kesiannya". Erika seperti menambahkan lagi perisa dalam nasi goreng cili padi, seperti melemparkan lagi kayu dalam api, superb. Muka Airish berubah, bukannya marah tapi kecewa. Sebab? Terasa.

Erika dan Rifqi gelak. Airish juga gelak, gelak kosong. Dia mengetap bibir, air mata dah nak jatuh tapi ditahan. Bagi mereka perkara itu biasa tapi bagi hati seorang Airish Zuhairah memang tersangatlah sakit.

"Which one of you said that my Airish was a loner?". Suasana yang malap bagi Airish itu dipecahkan lagi dengan suatu suara dan betul ianya datang secara tiba-tiba juga.

Bahu Airish dipeluk. Airish ternganga dengan tindakan itu.

Namun siapa? Siapa yang memegang bahunya ? Soalan itu terus tertanya tanya dalam minda Airish. Airish menoleh, terkejut.

***********************************************************************************************

Enjoy!


Love, 

Blaccront.

Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now