TWEP | Bab 17

1.3K 60 2
                                    


"Kau memang gila!". Airish menghempaskan badannya ke sofa, penat melayan drama tadi.

"Kau patut rasa bersyukur ada Aquaman nak selamatkan kau daripada lemas dengan lautan berapi permpuan tu tadi". Faid menggelengkan kepalanya, dia mengeluh.

Airish merenung Faid yang melonggarkan sedikit tali lehernya, lama. Lama dia merenung Faid.

'Faid memang jadi Aquaman untuk aku tadi, maybe I should let my ego low this time, just for this time okay!'. Airish menganggukkan kepalanya tanda setuju. Faid hairan akan renungan Airish dan anggukkanya.

"Woi! Kau kenapa? Aku rasa kau yang dah gila sekarang ni". Faid melabuhkan punggungnya disebelah Airish.

Airish diam.

'Just say it Rish!Cakap dekat dia then ciau!'. Kata Airish ragu-ragu.

"Faid, thanks sebab jadi Aquaman aku tadi. Adious!". Kata Airish dengan laju dan hanya menggunakan satu nafas sahaja. Selepas dia berkata begitu, Airish terus berlari naik ke biliknya, meninggalkan Faid berseorangan.

Faid tersenyum nipis, senyum suka. Dia menggelengkan kepalanya lalu mengikuti jejak Airish untuk naik ke biliknya.

Airish cepat-cepat menutup pintu biliknya. Tangannya dibawa naik ke dada untuk merasai debaran jantungnya.

DUP DAP DUP DAP

"Kau dah kenapa ni Rish? Nak cakap thanks pun kena susahkan diri macam ni ke? Dahlah berlari macam Usian Bolt. Whats wrong with you? ". Airish berkata sendiri, hairan dengan tindakannya tadi.

Selesai sahaja membersihkan diri, Airish membuka telefon pintarnya. Dia terkejut melihat mesej yang diterimanya melalui aplikasi whatsapp.

Unknown: You're most welcome, dear ;)

                    : Its my pleasure to save you.

Airish curiga dengan inti mesej yang diterima daripada orang yang tidak dikenali tu dan segera membalasnya. Bagi Airish jika si unknown itu ingin memain-mainkan dirinya maka dia telah silap memilih orang.

Airish: Who are you?

Ketika Airish menunggu mesej nya dibalas, tiba-tiba pintunya diketuk.

"Kejap!". Airish segera mengambil tuala mandinya lalu dililitkan diatas kepala sebelum membuka pintu.

"Ha...kau nak apa?". Airish sebenarnya terkejut dengan wajah Faid yang berada didepan pintunya dan tentang perkara tadi, nervous okay?

"Bak sini phone kau jap, jangan banyak tanya. Urgent!". Faid bernada tenang.

'Hish, tahu-tahu je apa aku nak cakap'. Airish menjeling ke atas. Dia segera mengambil phonenya dan memberikannya kepada Faid tanpa sebarang bantahan tau bunyi.

Dia hanya memerhati Faid yang sedang menaip sesuatu di phonenya.

"Nah, here you go". Dia memberikan Airish telefonnya semula sebelum berlalu kembali ke bilik. Airish pelik.

'Heih apelah yang dia buat dengan phone aku, jangan dia hack dahlah. Memang aku sunat lagi sekali malaun tu'. Airish tertanya-tanya. Dia segera membuka phonenya untuk melihat mesej yang baru diterimanya.

"WHAT THE FISHCAKE???!!!! FAID ZIKRY!!!!!!". Airish menjerit. Bagi Airish phonenya telah pun di hijacked oleh monster yang buruk.

Faid yang terdengar jeritan Airish tertawa sendiri dalam bilik.

Airish geram dengan Faid kerana telah save namanya dalam contact Airish sebagai Abang Faid <3 and yes dialah si unknown tadi. Airish tidak tahu bagaimana Faid boleh dapat nombor telefonnya.

'Ni mesti Abang Mirza yang bagi, heih'. Airish menggelengkan kepalanya, benci!

Abang Faid<3 : Jangan marah Mirza, aku yang minta. Hahaha.

Airish : Heih kau ni kecik besar kecik besar je aku tengok. Aku nak tukar nama kau ni, tak sedap didengar apalagi disebut :p

Abang Faid<3 : I don't care! Yang penting kau save, kalau tak siap kau!

Airish menjelirkan lidahnya, namun sayang Faid tidak dapat melihatnya. Dia terus mengubah contact name Faid, daripada Abang Faid<3 kepada First Aid. Well, its hard to say but he really is. Airish senyum sendiri. Jika Airish terluka, Faid selalu ada dan sedia merawat luka itu, thats why dia panggil Faid tu First Aid . Teringat kembali jasa Faid yang selalu membantunya. It always start with a game but always end up with a help of a Hero.

'Faid...I think that I......'. Airish keliru. Keliru dengan diri sendiri.

Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now