TWEP| Bab 2

6.1K 203 21
                                    


"Airish Zuhairah binti Bakhri, bangun dah pagi ni. Nanti kamu lewat nak ke kolej baru kamu tahu." Suara Tan Sri Bakhri jelas kedengaran dari tingkat bawah.

Airish mengosok-gosok matanya yang tidak gatal itu. "Abah ni, potong steam betullah baru nak feel jadi tunang Steve Roger yang macho tu." Airish membebel sendiri sebelum mengambil langkah ke bilik mandi.

Selesai sahaja mandi, Airish Zuhairah terus menggosok baju dan tudungnya lalu bergegas turun ke ruang makan untuk bersarapan pagi bersama ahli keluarganya. Lagi pula, dia akan terlewat untuk ke kolej sekiranya dia tidak tergesa-gesa. Memang kesilapannya sebab layan movie hingga ke larut malam.

"Morning abah, along, abang Mirza." Airish mengambil tempat duduk di sebelah abangnya lalu mencapai roti bakar berjemkan nutella yang disediakan oleh Tan Sri Bakhri. Airish memuji abahnya kerana tidak mengupah pembantu untuk menguruskan rumah setelah ibunya meninggal sehinggalah sekarang.

"Awal bangun nampak?" Mirza menjongketkan kening sambil memandang adiknya . Dengan langkah yang amat pantas Airish menendang kakinya.

"Agh, Rish tahu tak sakit?! Abah tengok Rish ni tendang orang" Mirza mengadu kesakitan dan menayangkan muka sepuluh sennya yang tak seberapa nak comel tu.

"Tak, manalah Rish tahu sakit ke tidak sebab bukan Rish yang kena tendang." Airish memberikan jawapan yang golongan cendikiawan susah nak tafsir dan terus menikmati sarapan paginya. Dia dapat melihat Mikhael yang hanya senyum dan menggelengkan kepalanya.

"Abah tengok Rish ni nakal sangat." Mirza mengadu pada Tan Sri Bakhri lagi. Tidak puas hati dengan jawapan adikknya.

"Airish, Mirza stop it okay? Kita dekat meja makan kan? Tak baik bergaduh depan rezeki tahu?" Akhirnya kedua-dua mereka kena dengar ceramah free dari Tan Sri Bakhri. Airish dan Mirza dapat menangkap perbuatan Mikhael yang daripada tadi ketawa tak habis-habis, macam nonton Maharaja Lawak Mega pun ada.

"Mikhael Affandi bin Bakhri kamu pun sama. Tak baik ketawa depan makanan, nanti orang fikir kamu ni ada masalah mental." Hati Airish digeletek dengan kelucuan. Teguran Tan Sri Bakhri memang sepedas cili padi namun mereka bertiga tahu hikmah disebalik tegurannya itu.

"Baiklah, sorry abah." Mikhael meminta maaf dengan segera.

Selepas sahaja makan mereka akan mencuci pinggan dan gelas masing-masing. Tan Sri Bakhri mendidik anak-anaknya untuk berdikari dan tidak bergantung hidup dengan orang lain. Airish dengan Mirza akan bergerak ke kolej diikuti dengan along yang akan terus ke pejabat untuk menguruskan syarikat Tan Sri Bakhri. Abah mereka seperti biasa akan bermain sukan tennis bersama rakan-rakannya.

"Rish jangan lupa habis je kelas terus tunggu kat kafeteria. Jangan cari masalah atau buli anak orang okay?"Mirza dipertanggungjawabkan untuk menjaga Airish sebab mereka berdaftar di kolej yang sama. Lagipun Airish Zuhairah ni perangainya seperti lelaki, lasak dan kasar. Mungkin sebab Airish membesar bersama tiga insan yang bernama lelaki.

"Baiklah kapten. Arahan mu akan segera patik laksanakan." Airish memberikan tabik penghormatan selepas menyalam tangan abangnya. Mirza hanya menggeleng lalu memakirkan keretanya di tempat meletak kereta.

Airish Zuhairah mengambil langkah yang besar untuk sampai ke kelas sebelum dia terlewat. Setibanya sampai ke dalam kelas dia terus mengambil tempat di sebelah rakannya.

"Rish biar betul kau ni? Lari macam lepas tengok hantu, yang kau kelam kabut sangat ni kenapa?" Erika menanya Airish dengan wajah yang meminta seribu penjelasan.

"Kau buta? Cuba kau tengok sekarang ni pukul berapa? Kau tahu tak lagi seminit nak masuk kelas? Kalau Prof.Jamilah masuk awal mati aku kena dengar ceramah free untuk yang kedua kalinya nak bernanah telinga aku ni." Airish memberikan jawapan yang diselitkan beberapa bebelan. Erika tidak faham dengan kata-kata Airish, dia mengambil keputusan untuk membuka buku dan membuat nota ringkas.

Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now