TWEP| Bab 10

3.2K 129 8
                                    

Before baca sorry for all the typos. Enjoy the read.😅
+++++++++++++++++++++++++++++++++
Airish Zuhairah merasakan berat yang teramat dikepalanya, mata yang ditutup ingin dibuka namun dia tidak mampu.

'Haish, mata ni tak boleh buka la pula... Takkan lah ak dah mati kot? Tapi, kalau dah mati tak nampak pula grim reaper nak bagi ak minum teh. Ciah, Ciah,  ingat kau dalam drama goblin ke apa?'.

Airish sempat bermonolog sendiri. Mata tak boleh buka, badan tak lakat nak bagun. Tidurlah jawabnya si Airish Zuhairah.

Faid, Mirza, Mikhael hanya berdiri memandang Airish yang terbaring keletihan bercampur dengan kesakitan.
Mereka tidak tahu keadaan Airish ketika ini. Sakit? Hilang ingatan?  Gila? Tiada siapa yang tahu.

Namun, mereka hanya berdoa agar kondisi Airish tidak terlalu teruk.  Seandainya iya, habislah mereka dimarahi oleh General Bakhri.

4 jam kemudian....

Airish bagun dri pembaringannya di sofa. Dia memerhati kawasan disekelilingnya, di ruang tamu. Airish dapat melihat abang-abangnya serta sepupunya yang terbaring di merata-rata tempat.

Mikhael di atas sofa dengan meletakkan kakinya di  kepala sofa tersebut.  Mirza pula diatas lantai sambil memeluk tubuhnya. Faid pula, tidur sambil meletakkan kepalanya diatas sofa berdekatan degan wajah Airish. Terkejut Airish dibuatnya.

Wajah Faid diamati oleh Airish sebentar. Sedikit- sedikit menimbulkan perasaan yang sukar digambarkan oleh Airish, baru sahaja dia ingin tafsir. Tetiba...

'What the hell that just happend? Kenapa dorang ni boleh tidur dekat sini? Ouh ya, lupa pula aku!'. Airish menyentuh lebam-lebam yang berada di badannya sebelum mengetuk kepalanya sendiri.

Jam di dinding terus berdetak...ak....

Eh salah pula, jam di dinding dikerling oleh Airish.

'Uishh,  dah jam 2 pagi?! Gila babun. Apa yang aku nak buat pagi-pagi buta ni ah?Hmm'. Airish berfikir seketika. Dia pantas mengambil alat kawalan jauh astro lalu menukar ke siaran HBO untuk menonton movie.

Tiba-tiba selepas melihat wajah putera-puteranya yang terbongkang tidur idea jahatnya terlalu pula di kepala otaknya.

Airish meletakkan jari telunjuk mereka ke dalam hidung masing-masing dan menconteng wajah mereka menggunakan pen berwarna merah. Entah apa sahaja yang diconteng oleh Airish. Setelah itu, laju sahaja tangannya mengambil gambar.

Snap...snap...snap

Airish terus melanjutkan tontonanya. Nasib baik movie best yang main kalau tak mati kebosananlah Airish. Hmm.

Airish melayan movie sehinggalah ke pagi yang hening.

'Ya Allah, dah pagi tapi mereka bertiga masih belum bagun? Dahlah tak sembahyang subuh! Hish, anak siapalah ni?' Airish membebel sendiri. Dia sebenarnya tidak sunggup membagunkan mereka bertiga, mungkin terlalu penat menjaganya semalam.

Idea bernas Airish muncul lagi degan tiba-tiba. Tanpa mandi dia naik keatas untuk mengambil sweater dan headphone  lalu segera keluar memakai kasut Adidas sport miliknya. Dia mula berjoging mengelilingi taman perumahannya.

Wajah Airish yang masih lebam dan berdarah itu tidak dapat dilihat oleh sesiapa kerana terlindung oleh hoodie sweaternya itu.

Airish memerhati kawasan disekelilingnya sunyi. Tiada sesiapa yang berada di kawasan itu, yalah manakan tidak dia sahaja tinggal di kawasan perumahan elit.
Itulah yang sunyi berhabis tu.

Lagu yang terpasang di Ipod nya itu dinyanyi dan diamati. Dengan menghirup udara yang segar sedikit sebanyak menenangkan fikirannya.

   "The Climb"

Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now