TWEP | Bab 19

1K 28 0
                                    


Seperti yang dirancang dan juga dijanjikan, mereka berlima pergi ke panggung untuk menonton wayang.

Airish membuat keputusan untuk memilih midnight movie disebabkan oleh empat ekor makhluk Allah itu tersangatlah busy di pagi hari. Movie pilihan Airish untuk malam ini adalah Annabelle: Comes Home. Bagi Airish movie yang sesuai ketika datang ke panggung adalah movie yang bergenre horror ataupun thriller, lebih seronok untuk melihatnya beramai-ramai. Watching horror movie with your buddies is a must! It turn out to be a comedy movie if you're watching with them.

Airish tersenyum sendiri apabila teringatkan memorinya bersama Erika ketika dulu, tengok movie bersama selepas habis class and then grab some snacks. Just some good and sweet stuff before it taste like an exspresso back then. Wajah Airish berubah lagi. Benci dengan diri sendiri sebab selalu terigatkan benda yang tak patut dia ingat.

"Woi, okay tak?". Faid bertanya, pelik melihat tingkah adiknya sepupunya itu.

"Hello, of course lah okay, ingat aku ada penyakit ke?". Airish berkata tanda tidak puas hati. Dia menggelengkan kepalanya.

"Tadi bukan main senyum sorang-sorang, after ten seconds muka kau terus berubah jadi masam. Why? Ada orang simbah kau dengan air asam jawa ke tadi or kau ada someone special ni?". Faid juga terus menggelengkan kepalanya, memberikan reaksi yang sama dengan Airish. Nak membalas dendam sebenarnya. Dia sedikit curious dengan perubahan muka Airish, harapnya bukan sebab someone special lah.

Movie telah pun bermula setelah 10 minit iklan ditayangkan. Mendengar pelbagai jenis jeritan adalah suatu perkara yang biasa pada ketika itu. Tengok cerita seram, what do you expect?

"ABAH!!! TANAK TENGOK! TAKUT!". Airish menjerit sekuat hatinya. Dia takut bila Annabelle tiba-tiba muncul disebalik pitntu. Laju sahaja kepalanya dilentokkan pada orang sebelah. Bila keadaan dalam waktu genting, kopi pun boleh rasa milo.

"Psst...kalau ya pun takut, janganlah genggam lengan aku, sakit, tahu tak?". Faid berbisik, tidak mahu mengganggu konsentrasi manusia lain yang berada dalam panggung itu.

Airish terkejut, terkesima dan terkedu.

Airish menyangka orang disebelahnya itu adalah abahnya, ternyata sebaliknya. Its, Faid! Dia secepat mungkin menolak lengan Faid yang berlapikkan sweater.

"Ala sorrylah, sorry. Aku terkejut tadi." Airish berkata sambil menggeselkan kedua-dua tangannya. Sejuk.

Faid melihat perbuatan Airish itu terus membuka sweaternya lalu memberikannya kepada Airish dan sekali lagi Airish terkejut, terkesima dan terkaku.

"Tulah lain kali kalau tau nak pegi tempat sejuk pakailah baju tebal-tebal sikit. Pakailah, nasib baik aku guna baju dua layer". Faid terus menyumbatkan popcorn ke dalam mulutnya.

"Erm, thanks...". Airish berkata sambil tersenyum nipis,dia sedikit terharu.

Faid mengusap kepala Airish yang berlapik tudung itu sambil tersenyum lalu meneruskan tontonannya. Airish terpaku. Namun di dalam hatinya sedang berlaku pelbagai jenis bencana. DUP DAP DUP DAP.

Perbuatan mereka telah disaksikan oleh Tan Sri Bakhri sendiri, dia tersenyum. He knows that someone will love his daughter with all of his heart. Ayat Tan Sri Bakhri penuh dengan maksud tersirat. Dia tahu, di usianya yang sebegini, bila-bila masa sahaja malaikat maut boleh menjemputnya. Dia juga ingin memastikan bahawa anak-anaknya bahagia dan selamat sebelum dia pergi, terutamanya Airish Zuhairah.


*************************************************************************************

Sorry guys sebab lambat update and if chapter ni tak umph sangat. Anyway, here you go.

Doakan saya untuk last paper sabtu minggu depan!


Love,

Blaccront <3 

Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now