TWEP | Bab 6

3.4K 155 9
                                    



Airish menikmati tontonannya sehingga ke larut malam tanpa gangguan daripada sesiapa mahupun 'sesuatu'. Dia amat santai ketika ini. Tiba-tiba, keadaan ruang tamu menjadi gelap. Airish takut. Dia ingin menghubungi abangnya untuk turun ke bawah, tetapi Iphone 6s miliknya tertinggal di dalam bilik.

'Along, abang, abah, tolong Rish. Rish takut'. Airish bermonolog sendiri. Keadaan Airish bertambah teruk apabila dia terdengar namanya seperti disebut oleh seseorang.

"Rish...Rish...Rish...Aku nak darah!". 'Sesuatu' itu cuba menakutkan AIrish.

Airish mula panik. Jika dia hendak lari tiada gunanya juga sebab gelap. Oleh itu, dia hanya baring di atas sofa sambil menutup wajahnya dengan bantal. Dia amat takut dengan gelap tambahan lagi dia bakal terserempak dengan 'sesuatu' itu nanti.

Kolam mata Airish mula berair apabila dia rasakan ada sesorang meragut bantal yang digunakan untuk menutup wajahnya.

"BOOOOO!!!!!!". Seseorang yang menarik bantal tersebut ialah Faid Zikry. Airish dapat melihat wajah Faid dihadapannya sambil membawa tourchlight.

Suasana ruang tamu itu tiba-tiba menjadi terang semula dan diceriakan oleh gelak tawa seekor malaun yang sebentar lagi akan berhadapan masalah besar. Rupa-rupanya, Faid yang mematikan lampu tadi. Kejadian ini semua dirancang oleh Faid Zikry untuk membalas dendam tentang hal yang tadi.

Airish terus bangun dari pembaringannya tadi. Dia renung wajah Faid dengan penuh perasaan marah. Pandangan Airish seolah-olah seperti harimau yang ingin menerkam mangsanya.

"Ha, lain kali jangan berlagak. Kau ingat aku nak sangat kiss kau tadi? Don't ever dream about it okey? So, don't mess up with me Airish. You don't know me". Faid Zikry bernada sinis.

Air mata Airish ingin sahaja gugur. Dia benci menangis kerana apabila menangis dia akan mengingati luka lamanya. Hanya 'dia' yang menyebabkan Airish menangis. Airish segera naik dan meniggalkan Faid yang tercengang sendiri. Dia tidak mahu ada lagi lelaki yang melihat kelemahannya, cukuplah seorang.

Faid berasa pelik dan bersalah. Dia pelik sebab baru kali ini Airish tidak melawan kata-katanya. Dia rasa bersalah sebab Airish pergi dengan wajah yang tidak dapat ditafsirkan oleh minda lelakinya.

'Apa aku dah buat ni?'. Tanpa sedar ayat itu terkeluar daripada mulut Faid.

Airish menutup pintu biliknya lalu mencampakkan tubuhnya ke atas katil. Dia mula menghamburkan tangisannya. Airish menekup mukanya pada bantal dan mula menjerit. Dia melepaskan segala perasaan sedih dan geramnya pada bantal itu. Sesungguhnya bantal itu tidak bersalah wahai Airish Zuhairah.

Keesokan paginya, semua penghuni rumah banglo itu berada di meja makan kecuali Airish,

"Eh, Faid bila sampai?". Tan Sri Bakhri tidak tahu bahawa anak kepada abangnya itu ada dirumahnya.

"Semalam, uncle. Faid minta tolong Mirza yang ambil dekat airport. Yalah, mummy dengan daddy dekat Perth tengah buat bussness trip dekat sana. Then, Faid lagi yang dah lama tak balik Malaysia, tak tahu sangat jalan dekat sini". Faid ketawa kecil. Bila dia ingatkan balik hampir 10 tahun menetap di bumi Australia.(study & kerja)

"Patutlah. Faid tahu tak masa Faid study dekat Australia dulu, Rish tu mengelamun je kerja dia. Yalah, masa Faid dan Airish kecilkan selalu main sama-sama, nakal. Selalu buat kepala uncle, mummy,daddy Faid pening". Suara Tan Sri Bakhri dan Faid kedengaran di ruang makan itu. Manakala Mikhael dan Mirza yang sedang menikmati sarapan pagi hanya menjadi si pemerhati.

"Oh ya, speaking of Rish. Kenapa dia belum turun lagi? Mirza pergi panggil Rish dekat atas. Ini confirm layan movie sampai ke subuh". Tan Sri Bkahri mula perasan ketidakhadiran anak perempuannya yang tidak seberapa nak perempuan itu.

" Uncle, Faid nak ambil phone dulu dekat atas. Nanti Faid turun balik". Faid meminta diri untuk naik ke atas. Tapi, benarkah Faid ingin mengambil phonenya atau hanya satu alasan yang direka untuk berjumpa dengan Airish?

Mirza dan Faid naik ke tingkat atas mengikut kerja masing-masing. Faid masuk ke dalam biliknya lalu bergegas mengambil phonenya. Mirza yang daripada tadi mengetuk pintu bilik Airish mengambil keputusan untuk membuka pintu biliknya kerana tiada sebarang balasan dan pergerakan yang dilakukan.

Mirza duduk diatas katil Airish. Dia mula menggoncangkan perlahan tubuh Airish yang lemah itu. Airish tidak membuka matanya dan menyebabkan Mirza panik. Mirza memegang dahi Airish. Panas.

'Ya Allah, Rish demam'. Mirza berkata lalu memberitahu abang dan abahnya tentang perkara itu.

Ketiga-tiga jejaka yang amat disayangi oleh Airish kini berada di dalam biliknya. Faid yang ingin memasuki bilik Airish dihalang oleh Mikhael.

"Sorrylah Faid, Airish tak pakai tudung". Faid mengangguk kepalanya tanda mengerti bahawa Airish dan Faid bukanlah muhrim walaupun sepupu.

Mirza memakaikan tudung instant dan sweater pada Airish sebelum dibawa ke klinik yang berdekatan. Mikhael mengangkat tubuh adiknya dengan berhati-hati turun kebawah. Tan Sri Bakhri menyiapkan kereta untuk Airish dan dia. Tan Sri Bakhri khuatir terhadap kondisi anaknya itu lagi pula dia tidak dapat menemani Airish ke klinik kerana terdapat mesyuarat yang penting sebentar lagi.

Tan Sri Bakhri meminta Faid menemani Mikhael dan Mirza ke klinik. Airish ditempatkan di tempat duduk belakang di dalam kereta bertemankan Faid manakala abang-abangnya berada di hadapan.

"Faid kau tolong jaga Rish eh?". Mikhael meminta bantuan Faid untuk menjaga Airish.

"Okay". Pada saat ini terjun bangunan pun dia sanggup kerana perkara ini tidak akan terjadi sekiranya Faid Zikry tidak melakukan rancangan gilanya itu.

Airish yang tidak sedarkan diri dibaringkan dipaha Faid. Wajah pucat Airish direnung dalam oleh Faid. Dia menyentuh dahi Airish untuk memeriksa suhu panas badannya.Panas. Dia tahu itu salah, namun keadaan ketika ini adalah darurat. Apa-apa sahaja boleh terjadi. Mikhael memecut laju kereta fortunernya akbiat terlalu panik. Demam panas je pun.

Setibanya di klinik, giliran Faid pula yang mengangkat tubuh Airish ke dalam. Mereka bertiga masuk menemani Airish untuk berjumpa dengan dokter.

"So, how is my sister? It she okay?". Mikhael amat risau dengan keadaaan adiknya itu. Perkara ini hanya akan terjadi apabila Airish begitu panik.

"No need to worry, Encik Mikhael. She will be okay. Pastikan dia tak pernah missed makan ubat". Dr. Alina memberikan beberapa nasihat sebelum mereka bergerak keluar untuk mengambil ubat.

Pada saat ini Faid hanya berharap agar Airish cepat sembuh. Namun, ada sesuatu yang menganggu benak fikiran Faid bila melihat wajah Airish Zuhairah iaitu bersalah. Ya, Faid Zikry perlu juga meminta maaf padanya kerana dia merupakan si punca yang membuatkan Airish sakit begini.

*************

Hye Readers!!!!!! Sorry sbb hilangkan diri beberapa hari ni. So, sebagai tebusan saya dah published chapter 6. Enjoy!. Jangan lupa 'COMMENT' dan 'VOTE'.


Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now