TWEP| Bab 8

3.3K 140 18
                                    

Hye guys, kalau korang baik hati tolong promotekan story ni okies? thank you and enjoy the read :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Airish Zuhairah menyiapkan dirinya untuk ke kelas latihan taekwando sebentar lagi. Dia segera memasukkan dobok dan belt berwarna merah kedalam beg sandang. Dia begitu teruja kerana hanya satu peringkat lagi yang membawanya kepada gelaran 'master'. Gelaran itu hanya diberikan kepada mereka yang memakai belt berwarna hitam. Dia perlu menang juga dalam 'Game' malam ni, kalau tak... belt hitam tu hanya angan-angan kosong bagi Airish sahaja.

'Game' Airish bakal bermula tepat pada jam 7 malam dan sekarang ini sudah pukul 6.30 pm. Tak cukup untuk buat preparation lagi.

'Matilah habislah aku!!! Aku lambat'. Airish membuka langkah yang besar untuk turun ke bawah. Dia menuju ke ruang tamu dan yang memburukkan lagi keadaan abang-abangnya masih belum bersiap. Masih leka menonton televisyen.

"Hoi!!!!!!!!!! Along, abang Mirza...dah lupa ke malam ni Rish ada tournement taekwando? Tahu tak Rish dah lambat ni?!!". Suara Airish naik satu oktaf, geram sungguh dia. Sudah banyak kali dia ingatkan abang-abangnya namun masih lagi mereka lupa. Haiihlah....ni bukan kes banyak makan semut tapi terlampau banyak makan kerengga kali.

"Ya Allah, lupalah Rish. Sempat lagi ke ni?!!!". Mikhael dan Mirza bingkas bangun daripada baringan mereka di hadapan TV. Mereka segera naik ingin bersiap tapi Airish mula mencelah.

"Takpayalah...dah lambat dah pun nak buat macam mana? Lagi 35 minit nak start". Wajah Airish berubah mendung, kolam matanya dah berwarna merah dan panas. Habislah korang Mikhael...Mirza...

"Sorry". Jawab Mikhael dan Mirza serentak. Kalau Tan Sri Bakhri tahu ni mati diorang nasib baik dia takda kalau tak habis kena shoot kepala dorang.

"Penting sangat ke tournement tu?". Faid bersuara. Dia sebenarnya ingin keluar  ke bandar dan tiba-tiba terdengar pergaduhan adik beradik semasa ingin menuruni tangga. Mereka Di ruang tamu terdiam sebentar.

"PENTING LAH!". Lantang Airish bersuara. Ha... nilah bakal jadi kalau Airish dah nak jadi HULK WARNA WARNI version betudung. Korang pernah tengok tak?

"Jomlah. Aku boleh bawa kau pergi sana dalam sekelip mata". Faid Zikry ingin menawarkan bantuan kepada Airish. Tapi nak ke Airish terima?

'Sekelip mata? Ciss cake betul, kau ingat kau boleh tipu aku?' Airish mengelengkan matanya sekali namur setelah dia membawa matanya masih lagi dia menghadap 3 ekor malaun yang menyebalkan.

"Pastikan aku sampai sebelum 'Game'". Ringkas sahaja Airish menjawab. Mikhael dan Mirza pantas bersiap untuk menghadiri tournement Airish. Baik lambat daripada tak datang kan?

Hati Airish mula bahagia tapi terselit juga debaran dalam hatinya. Yalah tournemant besar yang bakal dia hadapi sebentar lagi kot?. Dia mengikuti Faid Zikry keluar dan menuju ke arah garage rumahnya.

Airish melihat Faid Zikry megenakan jacket hitam, glove dan helmet ke tubuhnya. Rupanya Faid Zikry ingin menghantar Airish mengunakan motor kawasaki miliknya. Tapi,eh! Sejak bila dia ada motor ni. Ah! Lantaklah yang penting aku sampai.

 Ah! Lantaklah yang penting aku sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now