TWEP | Bab 3

4.1K 160 4
                                    

Perkara yang berlaku pada malam tadi telah dikuburkan dalam ingatan masing-masing dan hanya mereka bertiga sahaja yang tahu. Takut kajadian semalam diketahui oleh abah mereka, sekiranya ya pastinya Tan Sri Bakhri akan mengamuk dan kecewa dengan sikap Airish yang sebegitu rupa.

Walaupun Airish Zuhairah telah melupakan cinta pertamanya dan sahabat baiknya namun luka yang beransur pulih itu tidak dapat dilupakan dalam dirinya. Airish membiarkan parut itu terus menjadi pengajaran bagi dirinya.

Hati Mikhael dan Mirza menjadi tenang selepas adik mereka Airish telah berubah menjadi Airish Zuhairah yang dulu. Periang, kasar dan suka menyakat orang disekelilingnya.

"Rish, abang dan along nak pergi gym. Rish tolong jaga rumah okey?". Mirza memaklumkan pemergiannya ke gym bersama dengan Mikhael kepada Airish sambil menutup pintu rumah.

"Alright boss, tapi dengan syarat boleh? Kalau tak boleh, jangan mimpi boleh keluar rumah". Airish tersengeh-sengeh sambil melihat Mirza dan Mikhael yang berada diluar untuk memakai kasut.

"Anything for you dear, tapi jangan minta yang bukan-bukan pula". Mikhael berkata. Manakala Mirza menumpukan perhatiannya untuk memakai kasut.

"Tolong belikan Rish coklat banyak-banyak eh?!". Airish separuh menjerit, excited agaknya nak makan malam ni. Mana tak excited malam ni movie The Hunger Games: Mocking jay part II nak main. Sudah menjadi kewajipan bagi diri Airish apabila sedang menonton movie mulut kena aktif mengunyah.

"Okey!". Mirza dan Mikhael berkata serentak.

******************************************************************************************

Airish memerhati jam di dinding yang jelas menunjukkan bahawa 5 minit lagi movienya akan bermula. Dia terus mematikan lampu dan pendingin hawa di biliknya lalu bergegas turun ke ruang tamu. Airish menukar siaran TV ke saluran Fox HD. Ketidaksabaran dan teruja terpapar di wajahya yang tidak seberapa hendak macho itu.

Hanya tinggal beberapa saat lagi movienya akan bermula namun sewaktu dia berada diatas sofa sendirian dengan keadaan yang gelap dia merasakan bahawa ada 'sesuatu' yang menggangunya dengan memangil-mangiil namanya.

"Aduhai, masa penting nilah jugak kau nak muncul, masa aku nak kau muncul dulu kau tak nak muncul-mucul, ni time aku dah syok nak layan movie aku kau nak kacau. Kalau kau nak tumpang sekaki nonton takpa tapi kalau yang lain-lain tu aku takkan benarkan. Langkah dulu mayat aku 'sesuatu'. Haiyahhhh!". Airish bingkas mengambil alat kawalan jauh dan bantal guling yang berada disisinya lalu dia pusingkan dirinya menghadap kebelakang untuk memukul 'sesuatu' itu dengan sekuat hati.

"Ampun!". -Suara Mirza dan Mikhael

"Tolong kami abah!"-Suara Mirza dan Mikhael

Airish mula hairan mengapa pula 'sesuatu' itu boleh bercakap, ataupun memang kemampuan dorang utuk bercakap. Lantaklah kata Airish. Airish meneruskan pemukulannya terhadap sesuatu itu sehinggalah ada seseorang yang menggoncangkan badannya.

"Airish sudah-sudahlah tu. Sakit tahu tak badan along dengan abang Mirza Airish kenakan?". Mikhael menyuruh adiknya untuk berhenti kerana tidak berani menanggung kesakitan, keperitan, kesedihan akibat dipukul oleh Airish.

"Along? Abang Mirza? What the hell that you guys just doing? Ciss cake punya abang". Airish merenung wajah mereka dengan tajam.

"Kitorang saja nak kenakan Airish tapi at the same time menyesal jugalah sebab kena hantam oleh Mrs.T-Rex ni". Mirza mencela sambil menghidupkan suis lampu ruang tamu.

Airish mendengar pintu rumahnya ditutup namun siapa yang mentupnya sedangkan abang-abangnya berada di hadapan matanya manakala abahnya berada di bilik tidurnya di tingkat atas. Takkanlah..... 'sesuatu' tu datang betul-betul?! Airish memfokuskan matanya betul-betul pada pintu rumahnya dan mendapati ada susuk tubuh yang tinggi dan sasa. Dia dapat tahu bahawa pemilik tubuh itu kepunyaan si sang jejaka. Dengan pantas Airish berlari naik ke tingkat atas untuk mendapatkan tudung dan sweaternya. Bukan mahram katanya.

'Fuh, boleh kalah Usion Bolt ni. Hehe.' Airish sempat bermonolog dalam hatinya pada saat genting ini.

Pelbagai soalan yang terbit dalam minda Airish Zuhairah. Siapakah dia? Kenapa along dan abang Mirza tak bagitahu? Jangan-jangan dia... ..

Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now