TWEP | Bab 13

2.5K 106 2
                                    



"Aghhhhhhhhhhhh!!!!". Faid mengerang kesakitan setelah kayu golf yang dilayangkan oleh Airish tepat mengena di mukanya.

Airish terkejut beruk melihat wajah orang yang dipukulnya itu merupakan makhkluk yang dikenali namun tak diduga kehadirannya. Di dalam keadaan yang agak mengejutkan itu, Airish mengeluh.

"Heish, dia lagi, dia lagi, macam dah takda makhluk tuhan lain yang aku nak jumpalah. Potong line betullah kau ni Faid, ugh!". Airish mendengus geram. Dia menyambung semula misinya untuk menonton movie.

Faid yang berada di belakang sofa hanya mengangkat bahu sahaja, tidak tahu hendak berbuat apa. Sebenarnya, Faid ingin meminta bantuan daripada Airish tapi dia takut Airish naik hantu kalau dia tahu bantuan yang dia inginkan.

'You can do this Faid, just go and tell her bro. It's not a sin pun, just take a deep breath and go tell her. Okay let's do this,fuhhh'. Faid berkata sendiri. Dia terus melompat duduk disebelah Airish yang ralat menonton dan bersungguh-sungguh mengunyah. Lompatan Faid mengejutkan Airish. Faid disebelahnya dijeling tajam.

"Rish...kau...boleh tak tolong aku?". Faid bertanya dengan suara yang teragak-agak. Dia senyum kelat melihat Airish, walaupun suasana di ruang tamu itu agak gelap, Airish dapat melihat senyuman Faid.

"Tolong apa? Kau jangan nak macam-macam Faid, aku taekwando kau baru kau tahu. Aku dah tak nak terjebak dalam 'GAME' kau tu ". Airish memberikan amaran kepada Faid buat pertama kalinya.

"Kali ni bukan 'GAME' lah, kau ni belum apa-apa dah start membebel, nanti aku gam mulut kau baru kau tahu. Sebenarnya aku nak kau tolong teman aku datang satu event ni, boleh?". Faid melihat wajah Airish dengan penuh harapan yang dia akan bersetuju, namun perkara yang dapat hanyalah soalan. Memang baguslah tu, soalan berjawabkan soalan.

"Kenapa nak suruh aku datang pula? Event kau kan? Bukannya event aku, aku tak kena mengena pun. Kalau nak minta teman pun, haa tu, ajaklah along atau abang Mirza, korang nampak sepadan bersama". Airish mengenyitkan matanya kepada Faid. Pernyataan Airish itu mengundang tawa Faid.

"Kepala kau lah Airish kitorang nampak sepadan. Event tu sebenarnya berkaitan dengan kerja aku, syarat event tu aku kena ada pasangan. Aku pun tak tahulah kenapa kena bawa pasangan. Kau orang yang paling sesuai Rish untuk benda ni, aku tak ramai kawan perempuan dekat Malaysia, kalau ada mungkin dorang tinggal jauh or maybe dah kahwin. I don't know. Please Rish, this time only". Faid tersangat-sangat memerlukan bantuan daripada Airish untuk kali ini.

"Aku boleh tolong kau tapi ada syaratnya". Airish menjongketkan keningnya sambil ketawa jahat didalam hatinya. Maaflah brother, nothing is free in this world ecspecially, my help.

"Fine, apa syaratnya?". Perkataan syarat yang dikatakan oleh Airish tadi menyebabkan bulu roma Faid naik. Yalah, Airish ni benda pelik yang dia suka.

"Kau kena belanja aku nonton wayang dan belikan aku banyak-banyak coklat. Macam mana, deal?". Airish menyatakan syaratnya yang agak win itu.

"Itu ja? Aku fikir kau nak suruh aku belikan kau roket pergi bulan tadi, nasib baik tak. Fine, lets say it's a deal". Faid menghulurkan tangannya untuk bersalam sebagai tanda persetujuan. Namun, huluran tanganya itu diambut lama oleh Airish.

" Kejap, kita bukan muhrim okay?". Airish mengambil tuala kecil lalu dibalut ditangannya sebelum dia menyambut salaman daripada Faid.

"Eh, aku lupa, sorry!". Faid menutup malunya yang tak sudah itu. Baginya, Airish merupakan wanita yang kedua dia sanjung selepas ibunya.

"Takpa lain kali aku dah tak ingatkan kau pakai mulut, aku terus fire kau pakai roket yang kau kata kau nak bagi derkat aku tu tadi. By the way, kau kerja apa? Aku tak sangka pula kau ni dah ada kerja". Airish sudah tidak memperdulikan movienya malah dia lebih asyik berbual denagn Faid, yalah biasanya bergaduh tak sudah.

Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now