TWEP | Bab 7

3.3K 169 13
                                    



Airish Zuhairah dikawal ketat oleh pengawal-pengawal merangkap abang-abangnya di rumah. Nasib baik cuti semester, kalau tidak entah alasan apa lagi yang perlu diberi kepada pihak kolej kali ini.

Airish melihat jam yang berada di dinding biliknya.

'Alamak, time makan ubat. Tak boleh jadi ni, aku kena bertindak secepat yang mungkin sebelum abang-abang aku naik!'. Laju sahaja minda Airish berfikir untuk menyorok dekat tandas. Tapi malangnya dia terdengar pintu biliknya diketuk, apalagi tidur olok-oloklah dia. Pantas sahaja dia menarik selimut menutup dirinya.

Pintu dikuak. Airish hanya berdoa agar ubat tidak dipaksa masuk kedalam mulutnya seperti kebiasaannya.

Flashback time

"Rish, open your mouth dear....". Mikhael meminta Airish untuk membuka mulutnya namun seperti biasa ada saja yang mulut itu menjawab.

"Tak nak......" Airish menjelirkan lidahnya terhadap Mikhael.

"Please Rish, makanlah nanti along belikan Rish hmmm......ahhhh t-shirt Avanger, limited edition punya. Nak tak?!". Mikhael melemparkan umpan untuk menangkanp ikan jerung yang berkepala batu tak nak makan ubat. Tapi, nasib baiklah umpan tu dimakan, kalau tak habis serabut kepala dia.

'What?!!!!! Limited edition?!!!! Gila baboon, tak nak?'. Airish menganggukkan kepalanya berkali-kali tanpa henti. Uish, Airish ni dah kenapa? Hmm... serupa baboon pun ada. Memang patut diberi makan ubat, tapi ubat KETATKAN SKRU OTAK.

"Kalau nak kena makan ubat ni dulu. Okey? Sekarang buka mulut...". Airish membuka mulutnya apabila mendengar arahan daripada Komander Mikhael Affandi.

Airish seperti hendak muntah apabila ubat itu selamat masuk kedalam mulutnya.

"Along, pa ....pahit. Buek!!!!!". Airish terus menelan ubat tersebut. Dia mengeluarkan lidahnya, ingin sahaja dia hilangkan rasa pahit itu guna klorox. Eh jap, kalau ubat rasa pahit... klorox rasa apa pula eh?! Haih, naik pening kepala aku. Baik tak payah makan, tapi kalau tak makan matilah kan?

End of Flashback

"Rish". Aikk suara siapa pula yang panggil aku ni? Eh jap, suara Faid.

Airish mengeluarkan tangannya ke atas tanda berhenti. Dia harap Faid faham situasinya sekarang.

"Stop right there, you evilest devil!". Airish yang masih berada di bawah selimut berkata.

"Why? Kenapa? Kau nak jadi polis traffic ke dekat sini?". Faid tidak puas hati pada Airish. Yelah, sakit-sakit macam ni pun mulut si Airish Zuhairah masih aktif seperti biasa.

'Kau ni kan...nak kata bodoh tak, nak kata stupid pun tak, nak kata idiot pun tak. Kau ni apa sebenarnya? Kau tolonglah faham aku tak pakai tudung kot dalam bilik ni. Aku bukan mahram kaulah sengalllllllllll!!!!!!!!!!!!!!'. Puas hati Airish membebel dibawah selimut.

"Kau nak apa lagi Faid? Tak puas ke kau sakitkan hati aku ni? Dahlah aku malas nak layan". Airish berkata dengan nada yang lemah dan sayu.

"Aku ada benda sikit nak cakap dekat kau, kau dengar eh?". Faid ingin menyatakan kekesalannya atas apa yang dia lakukan dekat Airish, namun mulutnya seperti disumbatkan dengan sebuah almari yang teramatlah besar.

Faid Zikry merapatkan dirinya ke sisi katil Airish Zuhairah. Dia selamat duduk di atas tilam empuk milik Airish dan bersebelahan dengan tubuhnya yang masih dibaluti dengan selimut tebal.

"A....ak...aku nak minta m...a...a...f dekat kau atas apa yang aku buat semalam. Sorry Airish aku minta maaf..... betul-betul minta maaf....benar-benar minta maaf". Faid sedikit tertunduk menghadap lantai bilik Airish.

'Cantik juga lantai ni, tapi sayang selalu je kena pijak dengan Mrs.Trex. Tapi... lantai bukan untuk dipijak ke?'. Faid Zikry bermonolog sendiri.

"Ikhlas ke tu?". Hanya itu yang terpacul dari mulut aktif Airish Zuhairah setelah beberapa minit membatukan diri sendiri. Dua ekor manusia ni memang tak pandai nak bersyukur elok dah boleh bergerak, bercakap nak juga jadi patung. Nanti kena sumpah baru tahu.

"Ikhlaslah..... kau tak percaya ke? Kau ambillah pisau belah dada aku ni". Faid tersenegeh bahagia. Akhirnya, Airish bersuara juga. Maknanya dia dah tak marah lah lagi tu. Kan? Kan? Boleh lah aku pergi dengan aman. Oiiii, bukan tulah maksudnya.

'Kau ni Airish, asyik dalam selimut tak rimas ke? Jangan-jangan...kau ni zombie tak? yelah macam lain pula perangai Airish ni, baik semacam je'. Minda Faid memikirkan pelbagai spekulasi murahan.

"Okay. Tapi, kau ambil dulu tudung ekspress aku warna kelabu dekat dalam almari". Faid hanya mengikuti arahan Airish, tak pasal-pasal Airish bagun makan otak aku. Ya Allah, lupalah Airish tak pakai tudung, patutlah dalam selimut dia bertapa.

Faid menghulurkan tudungnya kepada Airish melalui bawah selimut. Airish pantas mengambilnya lalu menyarungkannya ke kepala. Airish menyelak kasar selimutnya hingga tepacak pada tubuh Faid. Faid terkejut dengan reaksi Airish. Yang lebih mengejut lagi, Airish bangun ke arah pintu lalu menguncinya dan berlari ke arah laci mejanya dan menyembunyikan pisau dibelakangnya.

'Apa yang Rish nak buat ni? Dia nak rogol aku ke? Tak... aku tak rela!' Faid membuat andaian yang author sendiri pun tak terfikir.

"Ouh....kau ikhlas ya? Tapi aku masih tak percayalah first AIDkit. Sinilah, datang dekat aku... biar aku belah dada kau tu!!! Kau nak sangat kan?!!!". Airish Zuhairah bertindak liar dan gila. OUT OF CONTROL.

Faid Zikry ketakutan habis. Selimut tadi dilemparkan ke arah Airish sebelum membuka pintu yang telah dikunci oleh Airish tadi. Faid berlari turun ke ruang tamu. Mikhael, Mirza dan Tan Sri Bakhri yang syok menonton bola terganggu dengan kehadiran Faid secara mengejut. Apalagi? terkejut lah dorang.

'Jadi juga lakonan aku kan? Weih... ni boleh menang trophy Oscar ni, Hahaha'. Airish ketawa berdekah-dekah di dalam biliknya. Well, aku menang lagilah Faid Zikry.

Tiga pasang mata kini fokus ke arah Faid yang duduk diatas sofa.

"Faid, kenapa? Macam lepas tengok orang membunuh je uncle tengok". Tan Sri Bakhri bersuara. Risau melihat keadaan anak saudaranya yang panik itu.

'Uncle tahu tak anak teruna uncle tu... eh salah, anak perempuan kesayangan uncle tulah bakal diisytiharkan pembunuh'. Faid membalasnya dalam hati.

"A'ah lah Faid. Kau kenapa? Buang tabiat ke?". Mirza turut menyoalnya. Risaulah wei, manalah tahu Faid lepas jumpa hantu ke tadi, dalam banglo ni pula tu. Seram!!!

Peluh nipis mula keluar dari dahi Faid namun dia hanya berlagak bersahaja, seperti biasa. Dia hanya senyum. Belum sempat Faid ingin berkata, Mikhael telah pun mencelah.

"Takda apa-apalah tu. Dahlah jom sambung nonton bola, nak masuk suku akhir dah ni". Tan Sri Bakhri dan Mirza menunggu jawapan daripada aku.

"Yelah... baik kita nonton bola. Takda apa yang perlu dirisaukanlah". Faid tidak mahu mereka bertiga tahu tentang hal tadi, kalau tak mesti jadi bahan 1 tahun.

'Ingat Airish.....'Game' ni belum habis...'. Faid Zikry menahan marahnya yang bergelora di dada.

'Bring it on Faid, I don't scare'. Airish Zuhairah mula mengatur plan untuk sentiasa menang dalam 'Game' yang bakal tiba.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Vote" and "Comment".

Silent Reader, please komen. Komenlah apa-apa pun yang terlalu dekat fikiran korang tu:)

P/S: Saya ingat nak tukar cover pic yang baru tapi saya busy+ tak pandai sangat. Kepada sesiapa yang boleh tolong tu just chat saya dekat wattpad ok? I really2 need it.

Enjoy your READING :)

#blaccront

Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now