TWEP | BAB 21

785 29 1
                                    

Geram. 

Betul, inilah perkataan yang menempel di fikiran Airish Zuhairah sekarang ini. Dia geram dan marah sebab aktivitinya untuk menikmati coklat-coklat yang lazat itu dihentikan serta merta oleh seorang Faid Zikry.

" Dasar First Aid Kit yang tak guna!". Airish mengeluh di atas katil yang empuk itu. Dia memandang ceiling bilik dan ceiling itu juga memandang dirinya, mereka berbalas pandangan. Namun fikiran Airish tidak stabil memandangkan dia sedang mengalami proses menstruasi yang wajib dilalui oleh seorang makhluk tuhan bernama Wanita, namun Nur Sajat dikecualikan dalam hal ini. 

" Kenapalah perempuan ja yang kena rasa sakit period ni ha?! Bukan tu ja, sakit sebab beranak pun kena tanggung, tahu tak proses melahirkan anak ni pun bahaya boleh sebabkan manusia bertarung nyawa macam ...". Airish bersalfah, namun ayatnya yang terakhir memakan dirinya sendiri. Dia terkedu. 

"....Macam I B U". Dia tunduk, baru menyedari bahawa sudah lama dia tidak menyebut perkataan IBU. Ya, wajah seorang Airish Zuhairah berubah mendung, lalu titik demi titik air hujan turun daripada anak matanya. Kolam matanya terasa panas, suhu pendingin hawa dinaikkan dan sweater diambil untuk menutupi tubuh kecil itu.

Airish rindu dengan ibunya, manusia itulah yang bertarung nyawa demi melahirkan seorang insan bernama anak di dunia ini. Kadang-kadang Airish merasakan dirinya tidak layak mendapat pengorbanan seorang ibu. Dia hanya sempat merasakan kasih sayang seorang ibu hanya untuk seketika. Ibu Airish menghidapi kanser limfoma , walaupun dia tahu melahirkan Airish akan memburukkan lagi keadaannya, akan tetapi dia tetap dengan pendiriannya. Airish Zuhairah must live! 

Limfoma ialah kanser yang berkembang di dalam sistem limfa, iaitu sebahagian daripada sistem imun tubuh.Organ yang tergolong dalam sistem limfa ialah tulang sumsum, nodus limfa, limpa, dan timus. Sel prekursor di dalam tulang sumsum menghasilkan limfosit. Limfosit B (sel B) matang di dalam tulang sumsum. Limfosit T (sel T) matang di dalam kelenjar timus.


 Airish memutuskan untuk memejamkan matanya sebentar, biar mindanya segar setalah membuka mata nanti. Dia merasakan ada seseorang yang sedang mengusap ubun-ubunnya. Matanya di buka perlahan. 

"Ibu?". Matanya dibesarkan. Nafasnya tidak terkawal. Manusia yang berada dihapannya ini adalah ibunya. Pertanyaan itu tidak dibalas namun ibunya hanya tersenyum, senyuman yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Senyuman yang seolah-olah ingin mengatakan " Ibu sayang Rish, You should never blame yourself and this is FATE". 

Airish hanya merenung senyuman ibunya, dia perlu pastikan senyuman itu akan dia ingat sampai bila-bila akan tetapi imej ibunya kini semakin hilang dari pandangan. Hilang. Airish menjerit dan meraung. Air matanya menjadi deras.Jeritan dan raungan Airish sangat kuat sehingga menimbulkan kerisauan pada penghuni dalam rumah itu.

"Rish okay tak? Buka pintu ni along nak masuk". Mikael risau jika ada apa-apa terjadi dekat Airish. Budak Airish ni bukan boleh percaya kalau tengah datang bulan, semua benda nak emosi. Mikael menggeleng.

Airish lekas bangun ingin membuka pintu, kakinya dipaksa untuk  bergerak. Dia dapat melihat wajah Mikael yang risau dengan kondisinya. 

" Along...?". Airish senyum namun senyumannya ditemani dengan air mata. Dia rebah, tersungkur melutut. Perkara tadi masih bermain dimindanya.

"Rish!!!".  Mikael menjerit. Kepala Airish jatuh di dada bidangnya, terima kasih dengan tindakan drastik Mikael yang sangat peka dengan keadaan semasa. Mikael mengangkat tubuh lemah itu keatas katil semula. Controller aircond dicari untuk menurunkan suhunya. Dia menyelimuti tubuh lemah itu, ubun-ubun Airish diusap. Airish mulai sedar dan membuka semula matanya, lalu Mikael menjalankan siasatan.

" Rish, kenapa ni? Kenapa jadi macam ni?". Mikael menyoal, dia mengambil tempat duduk di sebelah Airish di atas katil.

" Rish jumpa Ibu, ibu senyum but she's gone along!!!! She's freaking gone...without saying goodbye...again". Kolam mata Airish mulai panas. Pandangan Airish tertumpu pada ceiling dan matanya sayu.

" Itu semua mainan mimpi Airish Zuhairah, Rish takpayah fikir dah. Rish nak tahu tak cara nak bagi ibu senyum dekat sana?".  Mikael tahu adiknya yang seorang ni persis anak kecil yang tak dapat lolipop kalau time period. 

" Nak". Airish menganggukan kepalanya banyak kali. 

" Kalau nak kena berhenti menangis dulu? boleh?". Mikael memang seorang abang yang baik bukan itu sahaja dia juga bijak mengendalikan masalah sebegini rupa.

" Boleh". Mukus yang tersisa di dalam hidung di tarik dan air mata diseka mengunakan lengan baju.

Mukus adalah cecair berlendir yg dirembeskan dlm bahagian-bahagian tertentu badan, misalnya dlm hidung;

" Airish kena berdoa dan rajin solat. Selalu doakan kesejahteraan ibu dekat sana, insyallah ibu senyum sepanjang masa, faham?". Mikael mengusap kepala adik kesayangannya itu.

" Okay along, faham!". Airish memeluk tubuh abangnya yang sedang duduk disebelahnya itu sehingga tertidur.

"Good girl". Mikael membalas

" Macam manalah Rish kalau kahwin nanti kan? Perangai mengalahkan budak tadika, heih". Mikael tergelak kecil, terhibur dengan Airish. Sejujurnya, dia juga rindu dengan arwah Ibunya. Pesanan ibunya masih lagi Mikael ingat sehingga sekarang untuk menjadi seorang abang yang baik terhadap adik-adiknya, Mirza dan Airish. 

'Ibu jangan risau along akan jaga adik-adik dengan baik'. Kata-kata indah daripada seketul Mikael Affendi.

Posisi Airish dibetulkan, baru sahaja dia ingin bergerak turun daripada katil. Tangannya ditarik oleh Airish. 

" Along, nanti boleh tak belikan coklat banyak-banyak boleh? Sebab Faid taknak share coklat dia dengan Rish". Nada Airish seperti ingin menangis buat kali yang ketiga.

"shush...shushh...dah jangan nangis. Okay, nanti along belikan. I promise, sekarang Rish kena tidur dulu okay?". Mikael membetulkan semula posisi tidur adiknya. Airish memejamkan semula matanya, penat nak tiur.

Mikael tersenyum kecil.

***********************************************************************************************

Love,

Izahliy


Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now