(Adryan's p.o.v)
Aight,sekarang kereta aku betul-betul aku dah park depan rumah mama. Tinggal nak masuk je. Bunga yang ada di tangan aku genggam dengan penuh erat. Bismillah,wish me luck guys ! Button loceng ditekan. Selepas beberapa minit,kelihatan susuk tubuh mama keluar dari rumah. "Lahai,menantu mama balik kenapa tak bagitau? Kesian berdiri tengah-tengah panas tu. Jom masuk,meh mama pegang bunga tu,"kata mama sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil bunga di genggamanku. "Eh,takpe ma,Ad datang nak jenguk Nana,takpa bunga ni Ad kasi kat dia ea,mama,"bantuan mama aku tolak lembut."Haih,yela. Bertuah budak ni. Dah jom masuk,takkan nak bersembang tengah-tengah panas ni?"amboi mama,kemain perli ea. Hehe,aku hanya mampu tersengih kecil. "Eh ma,lupa nak salam tangan. Apalah Ad ni,tak sopan betul,"tangan mama ku cium lembut. "Eh takde apalah dah meh masuk,"kami berjalan masuk ke dalam rumah sambil diiringi suasana yang dingin. Kelihatan abang Harraz berdiri di hadapan pintu rumah sambil menyilangkan kedua-dua tangannya menyentakkan hatiku. Pandangannya yang seoalah-olah tidak menyukaiku membuatkan aku tertunduk. "Eh Harraz,bila kat depan pintu ni? Ni ha,Adryan datang. Layan dia elok-elok,"hehe,mama bela aku. Nice.
"Tengoklah macam mana,ma. Kalau Raz rajin la,"katanya kemudian berjalan meninggalkan kami. Haih,dugaan apa lagi kalini? "Ad,Ad jangan terasa dengan abang Raz ye. Biasalah tu,dia memang macam tu pun,"kata-kata mama membuatkan aku tersenyum hambar. 'Memang macam tu pun',nampak sangat menipu. Takpalah,mama nak sedapkan hati aku kot. Kemudian,aku mengikuti langkah mama dan bersalam dengan bapa mertuaku. "Ad,makan sini ye nak. Jarang mama and papa dapat makan sekali dengan kamu,"uish baru niat taknak makan sini huhuhu. Tak tak melawak je. Korang ni serious bethol.
"Ha,boleh je mama. Ad memang niat nak makan sini pun. Alang-alang Nana ada sekali. Boleh tak Ad nak bawa dia balik ma? Pa?"riak comel ku tayangkan kepada mereka. Mama dan papa hanya tergelak kecil. " Ha ye la,lagipun dia tu kan isteri kamu. Just with one condition,jaga anak mama and papa tu elok-elok. Mama tau dia agak manja,tapi percayalah cakap mama,anak mama tu baik orangnya,"ye anak mama memang baik,tapi saya yang jahat. Aku hanya mampu mengucapkan kata-kata tersebut di dalam hati. "Ye ma,Ad tau. InsyaAllah Ad janji dengan mama and papa yang Ad akan jaga and sayang Nana sampai akhir hayat Ad,"ye,aku berazam and janji nak sayang wife aku seorang je.
Mama dan papa kelihatan tersenyum dan melihat sesama sendiri. Sambil meninggalkan mereka,aku menuju ke bilik isteriku. Bunga di tangan ku genggam dengan penuh erat. Aku mengetuk pintu biliknya perlahan,tiada sahutan. Aku memulas tombol pintu perlahan-lahan dan masuk ke dalam biliknya. MasyaAllah,baru aku perasan,isteri aku tidur macam bidadari. Cantik sangat. Aku terkaku di situ. Rambut hitamnya yang menutupi matanya ku selitkan ke belakang telinganya. Alis bulu matanya yang melentik memukau pandanganku. Kulitnya yang lembut bak bayi ku elus.
Haih,sumpah aku menyesal sebab curang dengan dia. Bini aku ni lawa,baik,pandai masak. Apa lagi yang aku nak. Haih,maafkan I ye ,sayang. Dahinya ku cium perlahan. Bunga yang ku genggam diletakkan di atas meja di sebelah katil. Aku nampak matanya sembab. Adakah dia menangis? Tapi sebab siapa? Aku ke? Bodoh la kau ni Ad,apa lagi yang kau buat ni? Aku hanya menggelengkan kepala sendirian. Lantas,aku membuat keputusan untuk berbaring di sebelah isteriku. Badannya ku peluk erat. "Awak,kenapa awak buat macam ni? Kenapa? Di mana salah saya?"kelihatan Hazwani meracau di dalam tidurnya.
Air matanya yang menitis di pipi aku seka. Maafkan I sayang,I akan buat you happy. Air mata di pipi ku mengalir jua. Aku memeluknya erat kerana tak mahu kehilangannya lagi. Tidurlah bidadari,akan aku setia menemanimu selama-lamanya.
Em,first of all,author minta maaf lambat update. Sebab author sekarang banyak assignment sangat sangat and nak dekat final exam sem so huhuhu,sorry sangat sangat tauuuu. Anyway,hope korang enjoyy!
YOU ARE READING
Kahwin usia muda?!
RomanceKahwin pada usia muda? No way?! Kenal pun tak. SPM pun tak lepas lagi. Dahlah playboy. -Nur Hazwani Husna- "Saya tak nak kahwin dengan awak,Mr.Playboy!" -Adryan Haris- "I sayang you,sayang. Forever and ever. Thanks for everything sayang. Jet'aime." ...