28

5K 132 8
                                    

(Hazwani's p.o.v)

Sudah tiga hari aku berada dekat hospital ni. Ergh! Aku nak balik! Malas duduk dekat hospital lama lama. Aku memandang wajah yang berada di sisi kananku.

Korang ingat mesti Adryan kan?

Well well. Kalini korang salah. Actually,abang yang jaga aku. Adryan? Dia ada datang melawat aku tapi aku yang tak boleh tengok muka dia. Setiap kali terpandangkan muka dia,aku akan ingat kesakitan yang aku lalui kerana dia. Aku bukan tak nampak kesayuan yang ada dalam mata dia. It's just..aku dah tawar hati.

Well,you gotta pay what you had done,duhh!

Abang yang sedang enak tidur di sisi katil ku pandang. Haila abang. Walaupun masih dingin dengan aku,tetap juga nak jaga aku. Susah nak jumpa lelaki macam abang. Untung bakal bini dia nanti,hehe. Aku memandang siling yang berwarna putih. Kedatangan Adryan melawatku pagi tadi bermain di fikiran.

~~~~

"Sayang,how do you feel today? Feeling better?" Adryan masuk ke dalam bilik tanpa ku sedari. Di tangannya terdapat  sebungkus plastik beg yang berisi buah buahan. Tangannya yang di sebelah kirinya pula memegang sejambak bunga ros. Aku menjelingnya lalu melemparkan pandangan ke sisi lain.

Entah benda apa yang merasuk mamat ni. Tiba tiba nak buat baik dengan aku. Mana abang ni? Kata nak pergi kedai dekat bawah tadi. Dah lama dah ni. "Sayang?" Suaranya kembali menyapa gegendang telingaku. "Apa?!" Aku ter menengkingnya.

TER.

Bukan sengaja okay. Mukanya hanya mempamerkan riak tenang. Bibirnya tetap senyum. Dia seolah olah tidak terkesan dengan tengkingan tadi. "Ni I ada beli bunga untuk you. Beautiful flowers for a beautiful girl,"Adryan menyambung kata katanya kemudiannya. Mata kanannya dikenyitkan. Fikir handsome ke?

" Dahlah Adryan. Apa lagi yang awak nak? Saya dah sakit dah pun. Saya dah cukup terseksa awak tau tak? Awak dah dapat segala galanya. Awak ada girlfriend yang cantik. Model pula tu. Saya ni cuma budak sekolah lagi. Tak ada kerjaya lagi pun. Hidup awak dah sempurna. Kenapa awak masih lagi datang pada saya?  Pergilah! Saya tak nak tengok muka awak!" Huargh! Aku rasa nak nangis.

Apa lagi yang dia nak?

Dia dah seksa aku. Sampai sanggup malukan aku. Cupcakes yang aku buat,bukan dimakan malah dilemparkan! Kau faham kan apa maksudnya dimalukan dan dilemparkan kembali makanan yang kau buat demi seorang insan seorang suami? Mana perginya hati perut dia bila aku merayu?

Entahlah. Perasaan aku bercampur baur kini. Air mata aku kerap mengalir apabila memikirkan mengenai perkara tersebut. "Sayang,I'm sorry. I tau I salah. I buat macam macam dekat you. Benarkan I betulkan kesilapan yang I buat dulu,mia amor',"aku dapat dengar tangisan yang keluar daripada perubahan suaranya. Aku masih tak mampu memandangnya.

" Sayang,please,"tanganku yang berada di sisi katil cuba dicapai olehnya namun aku sudah bersiap sedia dan menepisnya terlebih dahulu. "Just,get out," aku berkata perlahan sebelum menghelakan nafas. Aku mendengar helaannya nafasnya yang dilepaskan secara berat.

"Again,I am so sorry,baby. I wish I could turn back time. To our precious moment. Just you and me. Takpelah,I balik dulu,okay? Nanti I datang lagi. Buah buahan yang I beli ni jangan lupa makan ea. They are good for your body. Bunga ni pulak..," belum sempat dia menghabiskan kata katanya,aku sudah menyampuk.

"Just take all of them back. Saya tak nak apa apa pun daripada awak! Awak faham tak bila saya kata saya tak nak jumpa awak?! Maksudnya apa apa pun barang daripada awak saya tak nak terima!"kali ini aku tidak dapat menahan kemarahanku. Aku tidak tahu kenapa. Tetapi memori memori yang berkaitan lelaki ini tiba tiba sahaja datang bermain di dalam fikiranku.

Aku memberikan pandangan yang sarat dengan kebencian kepadanya. Aku dah tak kisah! Apa nak jadi,jadilah! Matanya berubah sayu dan wajahnya ditundukkan. Beberapa saat kemudian,dia kembali mendongak dan tersenyum. Senyum hambar.

"Erm okay,I letak dekat sini okay. Nanti walau macam mana sekalipun I nak you makan juga. I don't care apa yang you nak cakap," dia meletakkan plastik dan bunga ros yang dibelikannya di atas meja. Dia kemudiannya merapatkan badannya ke arah wajahku.

"What are you do..," dan akhirnya bibirku dikucup lembut olehnya.

And,all I feel is firework.

Kahwin usia muda?!Where stories live. Discover now