Aku mengintai pakcik guard yang sedang mengorek hidung di sebalik pokok tua yang besar. Mungkin usia pokok ini sudah mencecah 100 tahun. Well,manalah aku nak tau. Dah ada satu kertas yang dipaku di pokok ini. Ayat yang ditulis ialah'Pokok ini sudah berusia 100 tahun'. Aku pun bengap,pergi percaya.
Aku tau korang pening. Actually,aku nak keluar melepasi pintu pagar sekolah senyap senyap. Dalam kata lain,aku nak ponteng sekolah.Sekarang ni,baru aku perasan,jam baru menunjukkan pukul 1 petang.
And setahu aku,time ni la office rehat kan? Masalahnya,hari ini kan hari Isnin,so,actually aku balik pukul 2.30 harini. Adudu,macam mana aku nak keluar ni?
Aku masih lagi mengintai pakcik guard and aku tersentak apabila pakcik guard buat sesuatu di luar jangkaanku. Pakcik guard tu,erk,tengah,tengah,kentut kuat kuat lepastu dia nak kentut lagi,tangan kirinya ditekup ke punggungnya. Kemudian ,dia memerhati sekeliling. Aku syak dia memang tak nampak aku hahahahahaha.
Lepastu,pakcik guard tu kentut kuat gila,MasyaAllah. Busuk gila! Aku sampai tutup mulut dan hidung aku menggunakan kedua dua belah tanganku. Piau aih! Bau petai campur telue busuk! Pakcik guard tu boleh mempamerkan riak lega sambil menghidu tangan kirinya. Eee,gelinya aku tengok.
"Ha! Hazwani kamu buat apa dekat sini?" Erk! Aku macam dah agak suara siapa. Aku mengalihkan badanku perlahan lahan ke belakangku. Choih! Cikgu Goyah la pulak! Kacau line betul la. "Erm,eh cikgu," aku menguis nguis rumput di tanah sambil kedua dua tangan ku silangkan di belakang.
"Mind to explain? Yang kamu terhendap hendap pak guard tu kenapa? Kamu suka dia?" Eh! Sampai ke situ cikgu fikir. "Eh,mana ada cikgu," sengihan di bibir ku sengetkan. "Ha lepastu?" Cikgu Goyah melembutkan sedikit nada suaranya.
"Erm,saya..saya tengah buat ujian dekat pokok ni cikgu. Nak check betul ka umur dia 100 tahun hehe," jawapan yang paling budu pernah aku bagi dekat cikgu hohoho. "Oh,tengah buat ujian. Ujian dekat pokok la sangat. Kamu nak ponteng kan?" Kata Cikgu Goyah tanpa berkias lagi. Matanya dibulatkan sambil pipinya dikembungkan.
Aduh cikgu,jangan buat saya gelak. Aku cuba menahan ketawaku daripada keluar. Aku menarik nafas perlahan lahan dan melepaskannya. "Cikgu nak jawapan jujur ke tipu?" Giliran aku pula bertanya. "Of course la cikgu nak yang tipu. Bullshit! Cikgu nak jawapan jujur la!" Opsii! Cikgu Goyah dah nak meletup dah tu.
Baiklah,aku akan jujur.
"Sebenarnya cikgu,kucing saya mati. Mama saya call. Tu yang saya nak balik ni," aku hampir hampir di 'smack down'kan oleh Cikgu Goyah. "Nur Hazwani Husna,I want to know the truth. The truth,"aku rasa Cikgu Goyah pun dah fed up dengan aku. Huhu,maaf cikgu.
" Baiklah,sebenarnya,saya dah kahwin cikgu,"kalini aku menjawab dengan riak muka yang risau. Aku takut penerimaan cikgu. Aku takut cikgu akan berfikiran negatif tentang aku. "HA?!" Lol,jelas sekali Cikgu Goyah amat terkejut sekarang ni. Aku semakin menundukkan kepalaku.
Bersedia untuk dihina,Nana.
Mataku pejamkan seeratnya. Aku tak mampu untuk mendengar cemuhan cemuhan daripada cikgu."Wow! Tahniah sayangku!" Eh,aku salah dengar ke? Aku mengangkat kepalaku kembali dan Cikgu Goyah terus memelukku. Aku terkaku. Perlahan lahan ku peluk kembali tubuhnya.
Cikgu Goyah meleraikan pelukan kami. Aku pandang matanya. "Erm,cikgu tak marah?" Ku ajukan soalan kepadanya. "Tak,sebab cikgu tau kamu budak yang baik walaupun attitude kamu kadang kadang menyakitkan hati saya. Eh,saya gurau je. Walau apapun alasan kamu,saya pasti ianya bukan sebab yang tidak baik,kan?" Aku mengangguk laju sambil menggenggam kedua dua belah tangannya.
"Saya tau sekarang ni kamu mesti nak pergi hantar bekal dekat suami kamu kan?" pipiku bertukar merah. Erk,macam mana cikgu tau?"Sebab saya pun ada suami,okay?" Whoa. Cikgu Goyah ni psikik ke apa. Boleh baca fikiran aku. "Hehe. Erm cikgu,takpe ke saya keluar time sekolah ni?" Aku meminta izin daripada Cikgu Goyah.
"Pergilah,Hazwani. Pergilah. Takpa,biar saya yang cover awak nanti,okay?" Seronok aku mendengarnya. Cikgu Goyah,you're the best teacher in the world! "Erm cikgu,tolong jangan bagitau siapa siapa pun mengenai hal ini. Saya masih belum bersedia untuk memberitahu semua orang. Hanya cikgu dan tiga orang sahabat saya sahaja yang tau," aku memandang Cikgu Goyah penuh harapan.
Cikgu Goyah membuat gaya brotherhood sambil tangan kanannya ditepuk ke dada. Aku hanya tersenyum manis ke arah Cikgu Goyah dan bersedia untuk lari ke arah pagar sekolah. Sebelum itu,aku mengintai ngintai ke dalam pondok pengawal. Ceh,tengah tidur.
Makan gaji buta je.Jap,baru aku teringat.
Aku melangkah semula ke arah Cikgu Goyah. Cikgu Goyah mengangkat sebelah kening kirinya tanda'Kenapa pulak dah?' Aku menghembuskan nafas perlahan lahan.
"Cikgu,boleh cikgu tumpangkan saya ke office suami saya?"
YOU ARE READING
Kahwin usia muda?!
RomanceKahwin pada usia muda? No way?! Kenal pun tak. SPM pun tak lepas lagi. Dahlah playboy. -Nur Hazwani Husna- "Saya tak nak kahwin dengan awak,Mr.Playboy!" -Adryan Haris- "I sayang you,sayang. Forever and ever. Thanks for everything sayang. Jet'aime." ...