31

4.7K 120 13
                                    

"KAU!"

Lama kami memandang sesama sendiri. Semua mata tertumpu pada kami. Especially Cikgu Goyah. Ehek,malu bakal mak mertua tengok. Ops lupa,aku dah kahwin. Hilang peluang aku nak tackle dia. Yang si Hanis dah kenapa pandang tak lepas mamat tu. Dah jatuh hati le tu,hahah!

"Eh,kamu berdua kenal ke?"soalan yang diajukan oleh Cikgu Goyah mematikan renungan mata kami berdua. Edhan menggosok belakang lehernya tanda malu sambil matanya memandang dinding putih. Pipinya bertukar kemerah merahan. Auch,asal cute?

"Erm,ya cikgu. Saya sekelas dengan anak cikgu,"balasku lembut. "Ehem ehem,"Hanis dan Botak berdehem kuat. Eh aku lupa! Hehe. "Eh,kami bertiga termasuk Fatin sekelas dengan anak cikgu,"aku memegang pipi di sebelah kanan acah acah comel hahahah.

Cikgu Goyah mengangguk anggukkan tanda faham. Kemudian,matanya dihalakan ke arah Edhan semula. "Kalau kamu semua cikgu memang kenal,yang belakang Edhan tu siapa pulak?"kami semua membuat mimik muka pelik. Belakang Edhan? Aku segera mengalihkan pandanganku ke arah yang sama.

Lol,itu memang saya tersangat kenal,cikgu. Tu suami saya ha!

Adryan yang berada di belakang Edhan sudah membuat riak muka cemburu. Huhu,lantak kau. Ada nampak muka aku kisah?

⚡⚡⚡⚡

(Adryan's p.o.v)

"Saya baru check condition wife encik. Nampaknya dia boleh keluar awal kerana kecederaan yang dialaminya semakin beransur pulih. Esok petang dia dah boleh keluar. Soal bayaran nanti saya deal dengan Datin,"kata kata doktor itu membuatkan aku gembira. But,soal bayaran tu? Takkan aku nak suruh mummy yang bayar kot. Memang tak la.

"Erm okay but,soal duit. Boleh tak kalau tak payah deal dengan my mum. Takpa,bayaran on me. Nanti just call my PA,then she'll settle everything,"balasku. Doktor itu kelihatan teragak agak pada mulanya namun setelah melihat mukaku yang penuh berharap akhirnya dia bersetuju.

Doktor itu meninggalkan aku berseorangan yang berada di luar wad isteriku. Ohoi! Tak sabar nak bawak bini balik uii. Nurse nurse yang lalu lalang tidak lagi menarik perhatianku. Sekarang priority aku adalah Mrs.Adryan Haris.

Aku melangkahkan kaki masuk ke dalam wad semula. Tak sabar nak bagitau berita gembira ni. Eh,apasal ada orang lelaki depan aku ni? Dengan sorang makcik tengah duduk. Yang lagi dua orang budak perempuan tu aku kenal. Sorang adik aku sorang lagi kawan kawan isteri aku. Aku ada terlupa pasal sorang lagi ke? Entah.

Dan yang aku geramnya,kenapa isteri aku dengan mamat ni saling tenung menenung ni. The worst part is,no one sedar kehadiran aku. "Kalau kamu semua cikgu memang kenal,yang belakang Edhan tu siapa pulak?"suara makcik tadi menyentuh gegendang telingaku.

Kelihatan Hazwani terkejut melihat wajahku. Namun kemudian matanya melirik ke arah Edhan. Memang nak buat aku jealous ke apa ni? "Kamu ni mesti suami si Hazwani kan? Saya ni guru si Hazwani tu,"damn,makcik? Eh silap. Cikgu. Walau macam mana sekalipun,kita tetap kena hormat. Tambah tambah budak budak depan aku ni. Budak lelaki yang dipanggil Edhan itu memberikan aku laluan untuk masuk.

Sempat aku menjeling tanda -nana-aku-punya-kau-blah-. Dia boleh balas balik jelingan aku tu. Dasar budak mentah! Nasib ada mak kau dekat sini. Macam mana aku tau? Like mother like son la. Yang adik aku ni dah buat muka annoying dia tu. Fikir aku kisah? Aku meluru ke arah isteriku dengan tergesa gesa. Tanpa menunggu sesaat pun,tubuhnya yang kecil ku dakap. "Sayang,doctor said yang you dah boleh keluar petang esok. It is a good news right?"pelukan kami ku eratkan lagi.

"Haha,dalam mimpi la saya nak balik rumah awak,"bisiknya perlahan namun tetap kedengaran di telingaku. Aku tergamam. Namun,cepat cepat aku mengawal air mukaku. Pelukan dileraikan. Aku memegang kedua dua bahunya. "Erm,I nak bagitau you dengan semua yang ada dekat sini yang esok petang you dah boleh discharged,"sebaik aku menghabiskan ayatku,semua berjalan ke arah kami.

Adik aku,Hanis,guru kepada isteriku datang memeluknya. Baru sekarang dia tersenyum. Yang lelaki bernama Edhan pulak hanya bersandar pada pintu sambil tangannya disilangkan. Dia seolah olah tidak dapat melepaskan pandangannya daripada isteriku.

Aku memahami pandangan itu,kerana aku juga seorang lelaki.



Kahwin usia muda?!Where stories live. Discover now