Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina
Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwarna hazel itu menjadi tarikan sejak dia melangkah masuk ke dalam Straw Highschool.
Bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang cantik , tet...
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
| THE BAD BOY'S WIFE |
| Harris X Sara |
" Ti Amo, Tengku Sara Irdina."
Beberapa minggu kemudian.
Tayar kereta berdecit lembut saat berhenti di hadapan pintu pagar automatik yang segera terbuka sebaik sahaja sistem keselamatan mengesan kehadirannya. Banglo tiga tingkat itu berdiri megah dalam keheningan malam, tingkap-tingkap kaca memantulkan cahaya dari lampu luar.
Di tingkat atas, hanya satu bilik yang masih terang. Bilik pejabat kecil, tempat di mana Sara sering menghabiskan masa untuk mengulangkaji.
Salam diberi sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke banglo kediaman mereka. Harris menghela nafas perlahan. Tubuhnya terasa lelah setelah seharian menghabiskan waktu di syarikat Tengku Hassan, mempelajari bagaimana menguruskan syarikat milik ayahnya.
Jejaka itu melonggarkan tali leher, meletakkan kunci di atas meja kecil berhampiran pintu. Bunyi jam dinding berdetik perlahan, menjadi satu-satunya irama yang mengisi ruang. Tangga dipanjat sebelum Harris mengorak langkah ke pejabat kecil Sara bersebelahan dengan bilik kerjanya di tingkat tiga.
"Sara?"
Kerutan di dahi timbul di wajah kacukan itali itu apabila panggilannya tidak dijawab.
Pintu bilik pejabat kecil Sara dibuka perlahan dan tanpa sedar, bibir merah semula jadi itu melorek senyum kecil apabila pandangannya dihiaskan dengan pandangan yang mampu menghilangkan rasa lelahnya.
Pintu bilik pejabat Sara dibuka lebih luas untuk membenarkan dirinya masuk ke dalam. Harris menghampiri Sara dengan langkah perlahan, tidak mahu mengganggu lena sang isteri.
Ruang kosong di sisi Sara dihampiri dengan langkah perlahan. Harris berdiri di sisi isterinya seketika, meneliti setiap inci wajah si cantiknya dalam temaram cahaya lampu malam, membiarkan setiap lekuk dan bayang-bayang halus itu terpahat dalam ingatannya.
Helaan nafas dilepaskan. Hati lelakinya tersentuh melihat kepenatan yang menyelubungi wajah sang isteri. Harris tahu betapa bersungguh-sunguhnya Sara belajar untuk peperiksaan kali ini. Percubaan SPM yang berbaki lagi dua hari menyebabkan mereka tiada masa lagi untuk bermain-main.
Namun, dalam masa yang sama Harris tak mampu untuk menyembunyikan perasaan risau yang bertandang di dalam hatinya. Sara terlalu fokus dalam mengejar masa hadapannya sehingga gadis itu mengabaikan kesihatannya sendiri.
Lihatlah sekarang, gadis itu tertidur sambil beralaskan lengan yang masih menggenggam pen. Buku-buku berselerak di hadapannya, bukti bertapa tekunnya Sara belajar sebelum akhirnya terlelap kerana keletihan.
Dengan penuh berhati-hati, Harris menunduk, menyelitkan tangannya di bawah Sara sebelum mengangkatnya secara bridal style. Gumaman kecil keluar dari bibir munggil itu dan dengan secara refleks, tangan Sara melingkar di leher Harris.