Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina
Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwarna hazel itu menjadi tarikan sejak dia melangkah masuk ke dalam Straw Highschool.
Bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang cantik , tet...
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
| THE BAD BOY'S WIFE |
| Harris X Sara |
" TiAmo, Tengku Sara Irdina."
Percubaan SPM telah bermula dengan kertas Bahasa Melayu sebagai pembuka tirai dan diakhiri dengan kertas Add-Math sebagai penamat bagi mereka yang mengambil aliran Sains tulen.
Jam di dinding dewan utama Straw Highschool bergema kuat, menandakan masa untuk menjawab telah tamat.
Seakan direntap dari beban yang menghimpit, seluruh dewan peperiksaan dipenuhi dengan keluhan lega. Ada yang tersenyum puas, ada yang hanya termenung dan ada juga yang mengeluh kecewa mengenangkan jawapan yang ditulis di dalam kertas ujian.
Pen di tangan diletakkan di atas meja setelah arahan dari pengawas bergema kuat, memberi arahan kepada para pelajar untuk berhenti menulis. Harris menoleh ke sisi, memandang Sara yang duduk dua selang dari mejanya.
Wajah cantik itu sedikit berkerut. Pen di tangan digenggam kuat sambil ianya meluncur laju di atas kertas ujian, menjawab sisa soalan yang masih tak terjawab.
"Berhenti menulis." tegur pengawas yang ditugaskan untuk mengutip kertas peperiksaan Add-Math. Cikgu perempuan itu sudah berdiri di hadapan mejanya, menunggu masa untuk mengutip kertas peperiksaan Sara.
Sara menggigit bibir. Dengan berat hati, dia akhirnya berhenti menulis, menutup kertas peperiksaan sebelum ianya diambil oleh pengawas bertugas. "Maaf." ucapnya perlahan, memandang lemah kearah kertas yang sudah dikutip.
Dewan mula riuh dengan suara pelajar lain yang sudah selesai. Bunyi kerusi diseret, kertas berselak dan keluhan lega bergema di seluruh ruang. Pelajar-pelajar mula bergerak, ada yang berburu-buru mengemas alat tulis dan ada juga meregangkan tangan setelah berjam-jam menulis tanpa henti.
Harris segera bangkit dari duduknya. Pen dan kalkulator diambil sebelum langkah segera dibuka ke arah Sara yang masih diam ditempat duduknya. Kerusi di hadapan Sara ditarik sebelum dia berubah fikiran, memasukkan semula kerusi itu ke dalam meja.
"Sara?" panggilnya perlahan. Harris berlutut di sisi Sara, menggenggam jemari isterinya yang sejuk. "Sayang.."
Sara akhirnya mengangkat wajah. Mata mereka bertemu, dan Harris dapat melihat getaran di balik mata hazel milik isterinya, penuh dengan kerisauan dan ketakutan. Tidak menunggu lama, tubuh Sara diraih dalam pelukkan.