It took me a month to write this chapter. I'm not sure why, but I hope you guys enjoy it. Read it with a sad song. I recommend Afiq Adnan's playlist, trust me, it helps. Enjoy.

| THE BAD BOY'S WIFE |
| Harris X Sara |
" Ti Amo, Tengku Sara Irdina."
PANG!
Rasanya pedih, panas yang menjalar ke pipi mulusnya buat kali kedua.
Air mata gadis itu mengalir ke pipi buat kesekian kalinya. Wajahnya merah, entah kerana malu menjadi tontonan orang ramai atau kerana rasa sakit yang menjalar ke hati.
Tubuh mungilnya ditarik ke belakang sebelum didakap oleh si jejaka.
Tengku Syafiq Imran,
Suaminya.
Lelaki yang sudah sah menjadi suaminya di sisi Tuhan. Kini berdiri di hadapan Farra, bukan sekadar pelindung, tetapi satu-satunya menjadi tempat untuk Farra berpaut saat dunia terus memilih untuk menyakitinya.
Suasana di dalam Pejabat Agama Islam terasa tegang meskipun akad nikah sudah selesai. Masa berlalu dengan pantas dan dengan sekelip mata, Tengku Farra Anisya sudah sah menjadi isteri kepada Tengku Syafiq Imran.
Genggaman pada baju kurung yang tersarung kemas di badan semakin erat. Pandangannya kosong menatap lantai, tetapi air mata yang mengalir ke pipi tidak dapat menutup rasa sakit yang bertandang di hati. Tubuhnya menggigil di dalam dakapan Syafiq. Di hadapannya, dua keluarga sudah berkumpul.
Dan di antara semua itu, hanya suara Tengku Azzam yang bergema memenuhi koridor Pejabat Agama Islam.
"Apa hina sangat hidup kau sampai sanggup memalukan keluarga aku hah?!"
Pandangan lelaki itu menusuk tanpa belas, pandangan seorang ayah yang tertancap tajam pada darah dagingnya sendiri . Tidak diendahkan dengan beberapa pasang mata yang memandang, mahu saja tangannya naik menampar pipi mulus itu lagi.
Air mata yang selama ini ditahan, akhirnya tumpah jua, mengalir jatuh ke pipi. Tapi bukan kerana tamparan, bukan kerana pipinya yang masih berbekas merah.
Tapi kerana hati yang terlebih dahulu ditampar oleh kata-kata, oleh kekecewaan yang tak pernah mahu reda.
Kerana hatinya..
Yang koyak,
Yang luka,
Yang remuk oleh kata-kata dari lelaki yang dia panggil Ayah.
KAMU SEDANG MEMBACA
The Bad Boy's Wife | OG
Novela JuvenilTengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwarna hazel itu menjadi tarikan sejak dia melangkah masuk ke dalam Straw Highschool. Bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang cantik , tet...
