Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina
Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwarna hazel itu menjadi tarikan sejak dia melangkah masuk ke dalam Straw Highschool.
Bukan sahaja kerana memiliki rupa paras yang cantik , tet...
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
| THE BAD BOY'S WIFE |
| Harris X Sara |
" TiAmo, Tengku Sara Irdina."
PANG!
Tamparan itu kuat, tajam, berdesing di telinga Farra. Pipinya terasa kebas, tapi tiada tanda air mata mahu mengalir. Kepala Farra tersentak ke sisi, meninggalkan panas yang menyengat di pipinya.
Bukan pelukkan hangat yang menyambut kejayaannya.
Bukan kata-kata semangat apatah lagi ucapan bangga dari mulut sang ayah.
Tapi, hanya tamparan yang menyakitkan daripada kegagalannya sendiri.
Matanya terpaku ke lantai marmar, cuba mengabaikan rasa sakit yang hinggap di pipinya. Di hadapan Farra, berdirinya sepasang kaki, Tengku Azzam dengan raut wajah yang sarat dengan kemarahan dan kekecewaan.
Slip keputusan percubaan SPM Farra yang renyuk akibat genggaman sang ayah jatuh ke lantai, memaparkan keputusan peperiksaan yang teruk di mata Tengku Azzam.
8A+ , 2A , 1B
Bukan keputusan yang teruk, tetapi bagi Tengku Azzam, ini satu penghinaan.
Bukannya straight A's.
Tidak cukup bagus.
Tidak cukup sempurna di mata sang ayah.
"Kau nak malukan aku ke Farra?!" suara Tengku Azzam bergema kuat di seluruh ruang tamu. Wajah lelaki berumur itu merah dengan api kemarahan yang kian memuncak. "Anak aku dapat keputusan macam ni? Anak Tengku Azzam dapat B?!"
Farra menunduk, menahan air mata yang hampir menitis. Dia sudah tahu ini akan terjadi, tapi kenapa masih sakit?
"Aku dah beri kau semua! Duit, pendidikan, segala-galanya! Tapi ini yang kau balas pada aku?!" suara Tengku Azzam memetir di setiap ruang. Nafasnya turun naik menahan kemarahan yang sukar dibendung.
Tengku Farzana yang duduk di sofa hanya menggeleng perlahan. Raut wajahnya penuh dengan kekecewaan.
Tidak ada kata-kata pembelaan. Tidak ada pelukkan hangat dari sang ibu, tapi hanya renungan yang penuh dengan kekecewaan. Seakan-akan dia memang layak diperlakukan sebegitu.
"Kau tengok abang kakak kau," suara Tengku Azzam semakin tajam. "Dua-dua tak pernah kecewakan aku macam mana kau buat." kata-katanya tajam bak belati yang menikam.