Series 01

259 9 1
                                    

Once i get you, I will never let you go

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

||Permulaan Kisah Kita||

Sedari tadi wajah lelaki itu langsung tidak diangkat dari skrin cctv yang disediakan dibilik bawah tanah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedari tadi wajah lelaki itu langsung tidak diangkat dari skrin cctv yang disediakan dibilik bawah tanah. Senyuman sinis sedikit terukir dibibir taktala rakaman cctv berjaya menangkap dua susuk tubuh lelaki yang berjaya melarikan diri selepas aktiviti meragut seorang wanita lewat 40 an.

"Berani tanggung risiko betul. Dekat depan pejabat polis ni la diorang nak tunjuk perangai belang diorang." Sinis sahaja suara itu sebelum melangkah ke fail fail yang tersusun kemas diatas meja.

"Saya dah pergi jumpa mangsa, Tuan dan suspek ada tinggalkan kertas kosong besertakan tulisan pelik pada makcik tadi."

Kening Syed sedikit berkerut. Kejadian yang tidak sampai dua jam itu masih segar diingatannya.

"Maksud kau? Kertas apa ni, kenapa aku tak tahu apa apa pun."

Lelaki yang hanya memakai tshirt hitam itu hanya menghela nafas berat.

"Maaf Tuan, saya nak berikan pada tuan tadi tapi Tuan Syafiq dah ambil dulu. Saya agak risau Tuan sebab riak muka Tuan Syafiq memang agak ketat masa tu."

Syed hanya mengangguk sahaja. Langkah kakinya mula dibuka meninggalkan bilik cctv. Langkah dihayun laju ke bilik Tengku Syafiq Haziq, kawannya .

Pintu dikuak laju tanpa sempat sang pemilik bilik menyembunyikan kertas yang berada diatas meja.

"Kalau ya pun kes ni ada kaitan dengan keluarga kau, kau tetap perlu kasitahu aku. Kenapa kau nak selesaikan seorang diri macam ni, kau tu bukannya hulk. Syafiq ni bukan sekali tau, dah berkali kali makcik kau kena ganggu macam ni. Kali ni diorang dah berani ragut makcik kau, tu kertas tu.. Kertas apa yang kau cuba sembunyikan. "Keras saja suara Syed.

Syafiq mencebik sahaja. Kertas diatas meja ditunjukkan pada sahabatnya yang hingga kini masih belum melayari rumah tangga, sudah tiga tahun dia dan Rafisya Aulia melayari bahtera perkahwinan namun sang lelaki dihadapannya ini masih belum menemui calon yang sesuai.

Bila ditanya, alah perempuan idaman aku masih tak muncul didepan aku.

Kening sedikit berkerut melihat tulisan XXX yang berwarna merah kehitaman. Kau nak menyampaikan apa sebenarnya ni.

"Aku pelik la Syed, cara diorang punya kerja sangat sangat bersih. Aku tak rasa diorang ni orang biasa biasa."

"Sebab tulah aku cakap, jangan selesaikan kes macam ni seorang diri."

Syafiq mencebik.

"sejak bila pula aku nak settlekan sendiri, aku ambil ja sebab nak buat rumusan."

 MUTTAQIN'SWhere stories live. Discover now