Series 06

85 4 1
                                    

Once I get you. I will never let you go

°°°°°°°°°°°°
||Lelaki pilihan nenek||

Langkahku dihayun keluar dari bilik, bebola mata terus terhala ke arah kembar yang sedang leka menonton drama di kaca television

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkahku dihayun keluar dari bilik, bebola mata terus terhala ke arah kembar yang sedang leka menonton drama di kaca television.

"Kau series la Harden, kenapa kau tolak pinangan perempuan tu, kau ingat senang ke perempuan nak meminang lelaki zaman sekarang ni."

Harden mencebik geram.

"Apa masalah kau nak terbawa bawa hati dengan drama aku. Suka hati aku la nak tolak ke nak terima. Eh drama terbaru kau tu, kenapa baru kena pukul sekali dah masuk hospital." Harden tidak mahu mengalah.

Rayden mencebik.

"Dah skrip tulis macam tu."

"Habis kau ingat skrip aku tulis macam lain. Dah skrip nyatakan aku kena tolak pinangan perempuan tu, aku tolak jelah."

Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Perkara ni lah yang aku selalu menghadap bila si kembar menonton drama yang dilakonkan oleh mereka sendiri . Aku sendiri tak faham apa yang hensemnya adik kembar aku tu sampai tiap tiap hari ada saja yang menghantar hadiah didepan rumah.

Tapi tulah ada bagusnya juga sebab hadiah mereka selalunya menjadi hak milik aku.

Yelah tak elok kan membazir. Dapat juga aku menghabiskan coklat coklat mahal tu.

Kaki dihayun ke ruang dapur. Cawan dicapai lalu air masak dituangkan ke dalam cawan. Perbualan seseorang disebalik pintu dapur menghentikan perbuatan aku.

Dahiku berkerut namun langkah dihayun perlahan ke arah tingkap bersebelahan pintu dapur. Mataku memerhati susuk tubuh yang sedang berbual melalui telefon pintar.

Syed Isacc Muttaqin?

"Esok petang aku terus ke office."

"Yelah Syafiq. Aku tahu la kau dah beristeri."

Sesaat Syed melepaskan tawa kecil.

"Tak ada masa aku nak cari calon isteri . Aku belum terbuka hati lagi la."

Zappp... Hatiku rasa bagai terhiris saja tika ini.

Ku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu~

Mataku terkebil kebil, hati pula terasa tawar. Erh apa ja yang kau harapkan sebenarnya Andrea Cleora?

Kaki laju dihayun meninggalkan dapur, terbantut dahaga aku bila mendengar pengakuan jujur Syed . Kaki melangkah ke bilik. Pintu bilik dikunci, belakang badanku disandarkan ke pintu bilik.

Kenapa kau perlu rasakan semua ni Andrea Cleora, kenapa kau perlu rasa sakit macam ni sedangkan korang baru saja kenal.

Dan korang langsung tak ada apa apa hubungan. Biarlah kalau dia taknak cari calon isteri pun, bukannya urusan kau.

 MUTTAQIN'SWhere stories live. Discover now