Once I get you. I will never let you go
°°°°°°°°°
||pujukanmu melekakan ku||"Kau biar betul Andrea?!" Ditutup mulutnya taktala orang ramai mula memandang kearah mereka.
Aku mengeluh sebelum mengangguk lambat, untuk kali ini sudah tidak terkira berapa kali aku mengeluh. Kedatangan Datuk Kassim ke rumah aku amat memeranjatkan Laura.
"Dan sejak dua menjak ni pun aku perasan ada kereta yang selalu ikut aku. Kadang kadang aku rasa macam ada yang tengah perhatikan aku dalam diam."
Laura menghela nafas berat. Diusap jari runcing kawan baiknya.
Patutlah sejak dua menjak ni Datuk Kassim langsung tidak menghubungi dirinya. Pakcik serta Makcik seringkali menghubungi Datuk Kassim, meminta Datuk tua itu datang ke rumah namun Datuk tua itu seakan mengelak.
Serba sedikit dia merasa gembira kerana tidak lagi diganggu oleh Datuk Kassim namun luahan Andrea seakan memberinya jawapan.
Nampaknya Datuk Kassim menjadikan Andrea sebagai mangsa seterusnya . Mungkin dirinya sudahpun selamat tapi tidak bagi Andrea .
"Andrea, kau kena beritahu perkara ni pada keluarga kau."
Wajahku kembali murung, bukan tidak mahu menceritakan pada kedua orang tuaku tapi aku percaya, amat sukar untuk papa mempercayai kata kata aku.
Tambahan pula mereka sudahpun berkawan dalam jangka masa yang lama. Dari sebelum aku lahir lagi.
"Andrea.......
"Susah la Laura. Kau tahukan papa dah berkawan lama dengan Datuk gatal tu.".
Laura mencebik.
"Papa kau mesti akan percayakan kau."
Aku menggeleng laju.
"Papa takkan percayakan sesuatu tanpa bukti. Diorang dah berkawan dari sebelum mama dan papa aku berkawin tau."
"Andrea look ak.....
Deringan telefon menghentikan kata kata Laura . Berkerut seribu dahi wanita itu taktala nama Pakcik tertera di skrin telefon, tak pernah pernah pakcik menelefon dirinya.
Panggilan segera disambung lalu telefon pintarnya dilekapkan ke telinga.
"Ya pakc......
"Kau balik rumah sekarang! Aku tak kira kau dekat mana sekalipun! Kau balik sekarang!"
Kening Laura berkerut namun tetap mengiakan sahaja sebelum panggilan ditamatkan oleh pakcik.
Dicapai kunci keretanya sebelum punggung diangkat. Wajahnya jelas serabut tika ini.
"Andrea aku minta maaf ya. Pakcik aku suruh aku balik, aku tak tahu la kenapa dia marah marah sangat. Nanti kita jumpa lagi ya." kelam kabut Laura sebelum menghayun kaki beredar dari situ.
YOU ARE READING
MUTTAQIN'S
RomanceBook 02 [ [Mr Playboy Fall in Love season 2 : Syed Isacc Muttaqin] ] Police ¦ Novels Writer Kerna kisah lalu Syed Isacc Musttaqin tidak lagi mudah mempercayai wanita. Kerana kisah satu malam, segalanya hancur. Tapi siapa dia untuk menidakkan rasa...