Once I get you. I will never let you go
°°°°°°°°
||Senyuman yang indah||Jemariku kembali sibuk menari nari diatas kekunci laptop. Keadaan aku ni tak ada la teruk sangat sampai tak boleh teruskan penulisan aku, yalah aku memang la terpengsan sampai dua hari tapi harini aku dah betul betul sihat.
Aku tak tahu la kenapa aku perlu stay disini lagi sedangkan keadaan aku dah pun membaik. Oh ya sekarang keadaan aku sudahpun kembali selamat, terima kasih kepada Syed kerana telah masukkan datuk gatal tu ke dalam penjara.
Aku memang puas hati sangat sangat dengan balasan yang diterima datuk gatal tu. Biar dia rasa situasi dalam penjara sana. Dasar kau perut buncit tak sedar diri.
"Andrea."
Wajahku diangkat. Senyuman terukir dibibir taktala Laura berada didepan mata. Laptopku diletakkan ke atas meja bersebelahan katil.
"Kenapa kau tak jawab call aku. Sampai hati kau kan."
Laura hanya tersengih. Punggung dilabuhkan di atas kerusi.
"Aku tak nak menyusahkan kau la Andrea."
Aku mencebik tak puas hati. Sejak bila pula ada istilah Laura menyusahkan aku ni. Hey Laura, aku dah anggap kau macam keluarga aku tau. Tak ada maknanya istilah menyusahkan.
"Mama kau cakap kau dah boleh keluar esok."
Aku hanya mengangguk saja. Tak tahu la nak gembira ataupun tak. Tipu la kalau aku cakap aku suka tinggal dekat hospital ni, eh hello katil aku tu berpuluh kali ganda lagi best tau. Tapi kalau aku keluar hospital then keluarga si Syed tu datang ke rumah macam mana?
Aku tak rasa lelaki tinggi lampai itu main main dengan kata katanya. Tambahan pula usia lelaki itu bukan lagi semakin muda, usia lelaki itu amat sesuai untuk mendirikan rumah tangga.
"Andrea..
"Ha y-ya kenapa?" Kejadahnya kenapa. Kau yang tak habis habis berhalusinasi dah kenapa Andrea. Alah kau kawin jelah dengan lelaki tu, sekurang kurangnya wajah anak anak kau semuanya good looking nanti.
"Kau okey tak Andrea. Macam ada sesuatu yang menganggu kau ja ni." sigadis itu mula menunjukkan riak tanda tanya.
Aku mengemam bibir. Memang muka aku ni muka yang tak reti nak simpan masalah eh?
"Andrea.....
Aku menghela nafas panjang. Kau cerita jelah Andrea, minah ni kalau tak tahu kisah sebenar selagi tulah dia akan paksa kau.
YOU ARE READING
MUTTAQIN'S
RomanceBook 02 [ [Mr Playboy Fall in Love season 2 : Syed Isacc Muttaqin] ] Police ¦ Novels Writer Kerna kisah lalu Syed Isacc Musttaqin tidak lagi mudah mempercayai wanita. Kerana kisah satu malam, segalanya hancur. Tapi siapa dia untuk menidakkan rasa...