Once I get you. I will never let you go
°°°°°°°°
||This is an order||Mataku perlahan lahan dibuka, suasana putih besertakan bau bau ubat menerjah ruang hidung. Anak mata mula menerjah keadaan sekeliling.
Aku dekat mana ni..
Tangan kananku diangkat, jarum yang tersergam indah di belakang tangan membuatkan soalanku sudahpun terjawab.
Kejadian pada malam tersebut benar benar mengejut dan menakutkan aku. Lepasni akan aku pastikan aku tumbuk muka Datuk gatal tu, aku dah buat keputusan untuk belajar cara berlawan di youtube bila aku keluar hospital nanti.
"Andrea dah sedar. Andrea ada sakit dekat mana mana tak?"
Mama melangkah laju menuju ke arah anak gadisnya yang baru sedarkan diri. Selama dua hari Andrea tidak sedarkan diri, hal itu amat membuatkan mereka sekeluarga amat bimbang.
"Mama....
Suara serak basahku melalui gegendang telinga. Apa buruk sangat suara aku ni, apa lama sangat ka aku tertidur ni.
"Dah dua hari Andrea tak sedarkan diri. Sayang okey tak?" wajah mama jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan risaunya. Aku mengangguk laju.
"Andrea okey la mama."
Mama tersenyum lebar.
"Kaklong!" Rayden berlari laju. Tubuh aku dipeluk erat, kepalanya jatuh di atas dada aku.
"Rayden risau sangat bila doktor cakap kaklong tertekan. Rayden kalau boleh nak ja tumbuk orang tua gatal tu tahu tak." Luah adik bongsunya sebak. Aku tersengih sahaja, rambut Rayden diusap lembut sebelum Rayden mengangkat wajah.
Wajah papa serta Harden Lutfi ditatap namun keningku sedikit berkerut taktala menangkap wajah kusut Harden .
Ada apa apa yang menganggu Harden ke?Tak pernah pernah aku nampak Harden serabut macam ni.
"Papa minta maaf sangat sangat sebab tak tahu semua ni. Andrea patutnya tak rahsiakan perkara ini dari papa. Andrea anak papa, tak mungkin la papa nak tengok anak papa kena noda dengan DIA tu." perkataan dia ditekan oleh papa. Wajah papa mula serba salah taktala teringatkan kejadian yang berlaku dua hari lepas.
Aku tersenyum kecil.
" Andrea dah okey la papa. Betul Andrea dah sihat ni. "
YOU ARE READING
MUTTAQIN'S
RomanceBook 02 [ [Mr Playboy Fall in Love season 2 : Syed Isacc Muttaqin] ] Police ¦ Novels Writer Kerna kisah lalu Syed Isacc Musttaqin tidak lagi mudah mempercayai wanita. Kerana kisah satu malam, segalanya hancur. Tapi siapa dia untuk menidakkan rasa...