Series 25

46 0 0
                                    

Once I get you I will never let you go

°°°°°
||Cintakan Andrea||

Harden memicit pelipisnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harden memicit pelipisnya. Masih banyak fail fail yang perlu diperiksanya, kalau dulu dia cuma sibuk dengan skrip tapi sekarang. Semuanya fail fail kerja. Naafs berat dihela. Jiwa busnis langsung tidak ada dalam diri namun dia tetap di paksakan dirinya untuk menerima semua ini. Tipulah kalau dia tak sakit otak bila tengok semua kertas kertas ni, kadang kadang rasa macam nak lempar ja.

Setelah perkhabaran tentang pengunduran diri dari bidang lakonan tersebar luas, ramai para wartawan serta para peminat menyerbu ke rumah dan ke syarikat, ramai yang masih tidak dapat menerima hakikat tersebut.

Badan disandarkan pada kerusi kulit, mata dipejam sesaat. Tak mengapa Harden, semua ni akan berakhir lepas ni, sedikit masa saja lagi then diorang takkan ambil tahu lagi tentang diri kau.

Satu fail hitam dicapai, dibaca satu persatu tulisan disitu namun semuanya bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Arh kenapa susah sangat aku nak faham semua benda ni!

"Apa semua ni Harden Lutfi!" Sergahan seseorang menghentikan kerja kerja Harden. Laura menutup kembali pintu bilik Harden. Wajah tertekan lelaki itu diperhatinya. Secalit rasa kesihan terpancar dihati.

Harden menarik senyuman kecil, wajah cuba dimaniskan "Laura, duduklah. Kenapa datang sini? Kau tahu kan dekat bawah sana penuh dengan wartawan, aku taknak diorang perasankan kau."

 Sergahan Laura langsung tidak dipedulikan.

Laura mencebik. "Apa masalah awak ni Harden! Kenapa umumkan perkara bodoh macam ni dan sibukkan diri awak dengan urusan syarikat yang langsung tak kena dengan selera awak! Apa semua ni Harden Lutfi!"

Harden mengangkat punggung. Kaki dihayun ke arah Laura yang masih statik berdiri di depan pintu.

" Awak fikir dengan perbuatan awak ni, saya akan terima awak? Harden apa yang awak buat ni dah seksa diri awak tahu tak. Saya tahu la betapa sayangnya awak pada bidang seni awak tu tapi kenapa perlu tinggalkan....

" Aku dah janji dengan kau yang aku akan tinggalkan semua ni! Aku taknak kau terus salah faham dengan aku. Laura, aku ikhlas cintakan kau, soal kerja tu pergi mampus la. Aku boleh survive kan hidup aku tanpa berlakon semua tu. Soal urusan syarikat ni, papa akan ajar aku dari masa ke semasa. "

Laura memejam matanya sesaat sebelum pandangan mereka kembali bertaut. 

"Awak tak payah buat kerja gila la Harden! Saya tahu kerja syarikat macam ni langsung tak sebati dengan diri awak. Harden please la jangan buat macam ni. "

 MUTTAQIN'SWhere stories live. Discover now