Once I get you. I will never let you go
°°°°°
||Pertemuan yang tak disangka||Disebabkan atas arahan mama yang mengarahkan aku bangun awal awal pagi untuk membantunya menyediakan sarapan. Aku pun dengan malasnya turunlah ke ruang dapur.
"Pagi mama." Ujarku lemah sambil melabuhkan punggung diatas kerusi dapur. Mulut yang menguap berkali kali langsung tidak ditutup, erhh aku mengantuk sangat sangat ni.
"Apa tak semenggah sangat perangai kau ni Andrea." Soal Laura yang tiba tiba muncul dari pintu belakang.
Kepalaku menoleh kepada Laura yang kelihatan amat segar. Erh macam mana la perempuan ni boleh bangun awal awal pagi macam ni.
"Laura...... Aku mengantuk la." Luahku meleret, kepala terus dijatuhkan ke atas meja.
Mama menggeleng kepala melihat telatah aku. Wanita separuh abad itu langsung tidak menghalang perbuatan tak semenggah aku yang tidur atas meja dapur.
"Biasalah makcik, semalam Andrea sibuk dengan kerja penulisan dia. Laura pun tak tahu la pukul berapa dia tidur semalam."
Itulah kata kata terakhir yang aku dengar sebelum duniaku kembali ke alam mimpi.
"Apa tak semenggah sangat perangai tunang Syed ni mama."
Di alam mimpi suara Harden mula berkumandang. Aku yang tika ini sedang melepak di tasik mula menoleh sekeliling, apa tak semenggah sangat ke perbuatan aku melepak di tasik ni. Aku bukannya ganggu sesiapa pun.
"Kau sabar jelah Syed dapat isteri yang pemalas bangun pagi."
Cis. Kepalaku ditoleh lagi ke sekeliling taman namun masih tidak kelihatan susuk tubuh Harden. Hanya suaranya sahaja yang memenuhi ruang tasik.
Kaki mula dihayun mencari arah suara Harden namun tetap tidak berjumpa.
"Andrea!"
Kepalaku kembali menoleh sekeliling. Masih tidak berjumpa si Harden.
"Hoi Andrea!" Terasa bahuku ditolak namun susuk tubuh Harden tetap tidak kelihatan. Cis suara ada kenapa pula orangnya tiada. Kau memang tak puas hati dengan aku kan Harden, dah la rahsia kau dengan Laura masih lagi aku tak tahu.
"ANDREA CLEORA BINTI ZULHELMI!"
ZASS!
Mataku terbuka luas, suasana dapur mula menerjah ruang kornea aku. Kepala yang elok dilabuhkan ke meja segera diangkat. Wajah Harden yang tersenyum sinis dihadapan aku segera aku tampar kuat.
YOU ARE READING
MUTTAQIN'S
RomanceBook 02 [ [Mr Playboy Fall in Love season 2 : Syed Isacc Muttaqin] ] Police ¦ Novels Writer Kerna kisah lalu Syed Isacc Musttaqin tidak lagi mudah mempercayai wanita. Kerana kisah satu malam, segalanya hancur. Tapi siapa dia untuk menidakkan rasa...