Series 19

71 3 0
                                    

Once I get you, I will never let you go

°°°°°°

||Semakin menghampiri||

Hari demi hari berlalu dengan cepatnya, sedar tak sedar tarikh perkahwinan aku dan Syed semakin menghampiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari demi hari berlalu dengan cepatnya, sedar tak sedar tarikh perkahwinan aku dan Syed semakin menghampiri.

Kedua belah tanganku disilangkan kedada. Pakaian pengantin yang tersengam indah didepan mata membuatkan aku sedikit mengecilkan mata.

Ya cantik dan amat menawan baju perkahwinan ini hingga aku merasakan yang aku bagaikan ingin berkahwin dengan anak raja. Memang la angan angan aku tinggi melangit tapi tak sangka pula angan angan aku bakal menjadi kenyataan, tengok baju pun cukuplah.

"Kenapa tenung macam tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa tenung macam tu. Andrea tak suka ke? Kalau tak suka kita boleh tengok kan yang lain." Syarifah Fiza menyoal lembut.

Aku tersenyum manis pada wanita separuh abad itu. Alahai la bakal ibu mertuaku, bagaimanakah bakal menantu mu ini tidak suka kalau macam ni lah bajunya. Tapi kain tu macam terlalu labuh sangat la ibu mertuaku, bakal menantumu ini orangnya pendek sahaja. Kalau bakal menantumu pakai baju ini maka dengan rasminya bakal menantumu harus memakai high heels yang tinggi mencanak tu.

"Okey kita tengok yang lain ya sayang..." Aku menarik lembut tangan wanita separuh abad itu. Kepala digeleng perlahan.

"Cantik sangat ibu. Andrea cuma rasa macam tak percaya yang Andrea akan pakai baju princess macam ni. Andrea rasa yang Andrea akan kawin dengan anak raja."

Syarifah Fiza tertawa kecil. Diusap lenganku yang dilitupi dress.

"Andrea kan memang princess ibu. Andrea layak untuk semua ni sayang." lembut wanita itu bertutur.

"Andrea pergi cuba dulu ya sayang. Kalau ada yang tak selesa, beritahu ibu."

Aku mengerlipkan mata pada Syarifah Fiza. Arh bertuahnya aku kerana bakal memiliki mertua yang sebaik ini.

 MUTTAQIN'SWhere stories live. Discover now