Once I get you. I will never let you go
°°°°°°
||Luahan perasaan||Langkah longlai dibuka masuk ke dalam rumah. Aku penat, tersangatlah penat. Dari pagi hinggalah jam menunjukkan pukul 6 petang aku menghabiskan masa dengan wanita elegent itu. Ditarik tarik tangan aku masuk berbagai bagai buah butik serta berbagai kedai yang lain. Enam beg plastik hasil paksaan wanita elegent itu dilihat sekilas.
Nafas berat dihela. Ini kalau mama tahu mahunya dia soal aku macam macam. Yelah tengok la beg plastik ni, semuanya dari butik mahal mahal. Aku kalau nak beli barang barang mahal macam ni memang fikir seratus kali la kecuali kalau guna duit si kembar tu.
Kaki dilangkah menaiki anak tangga namun panggilan dari mama menghentikan langkah aku. Bibir bawah digigit, mesti kau kena soal macam macam ni Andrea.
"Mama ada buatkan cucur bawang. Andrea nak makan atau Andrea ada kerja ?"
Eh eh eh.. Mama tak perasankan beg plastik aku yang besar ni ke? Kenapa wanita separuh abad ni langsung tak menyoal aku? Ewah pelik betul ni. Hello mama ni Andrea shopping banyak ni.
Mama melihat sekilas beg plastik aku namun senyuman kecil terserlah dibibir wanita itu.
Okey ini memang pelik. Mama aku ni kena sampuk malaun mana pula senyum senyum tengok beg membeli belah aku.
Ewah memang tak marah betul wanita ni. Kalau sebelum ni aku baru shopping dua beg, mahunya dibising hingga ke malam hari tapi harini tersenyum ja kenapa.
"Syed telefon mama tadi. Dia cakap dia ikhlas nak belanja Andrea tapi Andrea tolak. Ini pun hasil paksaan dari kakak dia."
Ewah malaun ni. Cepat betul kau buat kerja. Patutlah mama aku tersengeh sengeh kambing depan aku.
"Ini pun dah terlebih banyak la mama. Andrea naik atas dulu ya, nak bersihkan badan."
Mama hanya mengangguk saja. Aku membuka langkah menaiki anak tangga. Pintu bilik dikuat lalu dikunci dari dalam. Beg shopping hasil paksaan Syarifah Atin diletakkan ke atas katil. Tangan runcingku mula mencapai pakaian yang dibeli.
Sehelai dress dikeluarkan manakala dress dress yang lain hanya dibiarkan terlipat elok didalam beg plastik. Erm kalau ikutkan aku, aku nak satu ja dress tapi Syarifah Atin tu paksa aku ambil sampai lima. Aku ni dah la segan, bertambah pula dengan harga yang amat membuatkan aku meneguk liur.
Agak agak Si Syed tu dah miskin tak? Yelah aku rasa banyak sangat duit lelaki tu yang aku gunakan tadi.
Arhhhhh pedulikan jelah Andrea. Siapa suruh dia nak belanja kau sangat kan. Dress barunya diteliti, senyuman terpamer dibibir sang gadis. Langkah dibuka ke bilik air untuk menukar pakaian.
YOU ARE READING
MUTTAQIN'S
RomanceBook 02 [ [Mr Playboy Fall in Love season 2 : Syed Isacc Muttaqin] ] Police ¦ Novels Writer Kerna kisah lalu Syed Isacc Musttaqin tidak lagi mudah mempercayai wanita. Kerana kisah satu malam, segalanya hancur. Tapi siapa dia untuk menidakkan rasa...