Once I get you. I will never let you go
°°°°°°°°°
||Kerana dia adalah penyelamatku||Pintu bilik ditutup perlahan lalu kakiku terus melompat diatas katil. Aku taktahu la kenapa aku gembira sangat sekarang ni sedangkan tadi punyalah menangis tersengguk sengguk.
Bantal dicapai lalu ditekup ke muka. Aarrrrhhh kenapa kau gatal sangat ni Andrea Cleora.
Nada pemberitahuan telefon pintarku mula melalui gegendang telinga. Wajah diangkat, telefon pintar yang berada diatas meja lampu aku capai.
Aku berdehem beberapa kali sebelum membuka mesej baru yang dihantar oleh Syed.
From : Syed.
Time :18:15Hi, first of all aku nak cakap ini mesej pertama kita. Aku harap kau okey dan ya i'm always for you my little Ant.
Mataku terkebil kebil, pipi mula berona merah. Telefon terus dilemparkan ke hujung katil lalu tubuhku digolekkan ke atas katil.
Kenapa indah sangat ni, kenapa aku tak pernah tahu kawan si kembar ni tersangatlah menarik menawan rupawan kayawan .
Erkkk..
Nada dering telefon menghentikan golekan aku. Tangan segera mengapai alat canggih tersebut , nombor yang tidak dikenali di skrin telefon mengerutkan dahi aku.
Aku hanya melihat sahaja nombor itu tanpa ada niat untuk menyambungkan talian. Dada kembali berdebar. Mesej yang baru diterima ditekan.
From : 014xxxxxxx
Time :18:25I bagi warning pada you Andrea. Jangan sesekali you rapatkan diri you dengan lelaki tadi. You cuma milik I! Hak milik I. "
Terkebil kebil mata aku. Dan sejak ketika dimana bila pula aku milik orang yang aku tak kenal ni.
Sekali lagi nada dering telefon pintar ku berdering dan untuk kali kedua aku hanya membiarkan panggilan itu berlalu.
Belum sempat aku meletakkan telefon, mesej baru diterima.
Nafas berat dihela lalu notification mesej dibuka.
From :014xxxxxxx
Time :18:26I know you are here sayang. Pick up my call or I will make you regret it.
YOU ARE READING
MUTTAQIN'S
RomanceBook 02 [ [Mr Playboy Fall in Love season 2 : Syed Isacc Muttaqin] ] Police ¦ Novels Writer Kerna kisah lalu Syed Isacc Musttaqin tidak lagi mudah mempercayai wanita. Kerana kisah satu malam, segalanya hancur. Tapi siapa dia untuk menidakkan rasa...