Series 03

108 7 0
                                    

Once I get you. I will never let you go

°°°°°°°°°°°
||Perangai tak semengah||

Langkahku dihayun perlahan ke tasik semulajadi yang terbentang luas di depan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkahku dihayun perlahan ke tasik semulajadi yang terbentang luas di depan mata. Senyuman manis terukir dibibir sambil mengamati keindahan alam.

"Hai kekasih hati saya."

Bibirku mengukir senyuman gembira taktala sang pemilik suara sudah muncul. Tersipu sipu malu aku menoleh ke arah lelaki itu .

"Untuk awak." Sejambak bunga ros diberikan pada aku. Aku mula mengambilnya dengan perangai tersipu sipu malu.

"Macam mana awak tahu saya dekat sini." Soalku lemah lembut.

Syed Isacc Muttaqin hanya mengukirkan senyuman manis. Anak mata kami mula bertaut.

"Andrea Cleora, awak separuh dari jiwa saya, mestilah saya tahu awak ada dekat mana."

Aku ketawa kecil. Bunga yang diberi Syed aku cium. Wangi.

"ANDREA CLEORA!"

Pandangan kami terus terarah ke susuk tubuh yang melangkah menghampiri kami berdua.

Qody Aiman! macam mana hero novelku boleh berada disini. Macam mana lelaki ini boleh berada didunia nyata ini?

"Kau siapa?" Keras saja suara Syed. Qody Aiman mengetap rahang.

"Andrea Cleora adalah hak milik aku."

Syed tersenyum sinis. Pergelangan tangan kanan ku digenggam, menarik diri aku untuk lebih rapat dengannya.

"Dia hak milik aku. Cuma aku! "

Qody Aiman turut tidak mahu mengalah. Pergelangan tangan kiriku ditariknya pula. Diriku tika ini bagaikan tali yang ditarik kiri dan kanan.

"Hak aku! "

"Milik aku! "

"Dia cuma hak aku!"

"Dia cuma milik aku! CUMA AKU!"

"Hak....

" Stop!"Pekikku kuat. Kedua belah pergelangan tanganku ditarik kuat. Bersilih ganti wajah hero idaman itu dipandang oleh ku.

Siapa kau nak pilih ni Andrea Cleora.

"Andrea...

"Dia cuma milik aku."Tegas Syed sebelum menarik lengan aku lagi. Namun tolakan Qody Aiman membuatkan mereka berdua mula bergaduh. Aku cuba menghentikan namun diri aku yang ditolak kuat.

Gedebukkk!!

"Adoii" mataku terbuka luas. Kawasan sekeliling dipandang. Oh kau masih berada dalam bilik Andrea. Tak ada pun keindahan Tasik serta dua orang putera yang tengah berebutkan kau .

 MUTTAQIN'SWhere stories live. Discover now