Once I get you. I will never let you go.
°°°°°°
||salah faham||Bunga bunga berwarna putih yang tersergam indah besertakan pelamin putih memenuhi kornea mata. Entah kenapa aku berdebar debar sangat untuk menghadapi pertunangan ini. Telefon ditatap dengan penuh perasaan, errr nak call ke tak ni.
Bibir bawah aku gigit. Kalau aku call, apa yang aku nak jawab kalau dia tanya. Err tapi kalau aku tak call, erhhhhh asyik teringatkan dia la pulak.
Alah kau call jelah Andrea. Tak salah pun nak call bakal tunang sendiri.
Punggung aku labuhkan ke atas pelamin. Ruang tamu yang sunyi memudahkan kerja aku untuk menelefon bakal tunang yang tercinta.
Cis tercinta la sangat.
Nombor Syed aku didail. Telefon aku lekapkan ke telinga.
Jantung kembali berdegup kencang taktala deringan sudahpun berbunyi.
Turr... Turrr..
Terasa memulas perutku tika ini. Aduh kenapa perlu rasa macam ni Andrea, kau call bakal tunang kau je pun.
Tur.. Turrr
Apabila panggilan disambungkan dengan pengguna dihujung talian, senyumanku mula terserlah.
"Hello awak......
"Hello..
Terkebil kebil mata aku. Dilihat sekali lagi nama yang tertera di talian.
Betul la number Syed tapi kenapa pula keluarnya suara perempuan? Syed jumpa perempuan mana pula tengah tengah malam ni?
Aku sudah tidak sedap hati, segala kes kecurangan mula berlegar legar diruang fikiran
"Hello....
Suara disebelah sana kembali menyapa . Aku berdehem beberapa kali, meredakan api cemburu yang semakin menguasai diri.
"Syed ada?" Soalku senada. Tak adanya aku nak berlembut lembut dengan kau perempuan . Erh Syed! Kau curang dengan aku ke ni?
"Oh Syed pergi ke tandas."
Zapppp! Wait wait wait, buat apa pergi ke tandas pulak ni!
Segala perkara negatif sudah memenuhi ruang otak aku.
YOU ARE READING
MUTTAQIN'S
RomanceBook 02 [ [Mr Playboy Fall in Love season 2 : Syed Isacc Muttaqin] ] Police ¦ Novels Writer Kerna kisah lalu Syed Isacc Musttaqin tidak lagi mudah mempercayai wanita. Kerana kisah satu malam, segalanya hancur. Tapi siapa dia untuk menidakkan rasa...