Lori

1.8K 41 2
                                    

Dani berjalan ditemani seorang polis lelaki. Dia berjalan sehinggalah sampai kearah trak polis. Apabila dia angkat kepala dan lihat kedalam, sudah ada 3 orang lainnya yang turut diangkut namun ada seorang wanita berbaju penjara berada didalam satu sangkar penjara, tidak diberikan duduk seperti orang lain.

"Naiklah!" Lelaki itu menolak belakang badan Dani kasar. Nak tanak Dani terpaksa naik juga. Dia memanjat lori polis itu dan duduk dihujung sekali berdekatan dengan pintu belakang kemudian ia dikunci oleh polis tersebut.

Dani melihat sekeliling. Namun fokusnya pada wanita didalam sangkar penjara itu yang hanya diberikan satu ruang yang sangat kecil dan sempit.

Wanita itu perasan akan mata Dani dan memandang kearahnya tanpa henti. Dani yang takut terus mengalihkan pandangannya kearah lain.

"Bosanlah. Korang tak bosan ke?" Soal wanita berbaju penjara oren itu lalu memegang besi-besi sangkar itu dan menggenggamnya. Semua orang kini memandang kearahnya. Tiada siapa yang berani menjawab.

"Sampai hati. Tak jawab pun." Perempuan itu mencebik. Dia kemudian duduk diatas lantai itu walau sempit. Kakinya dinaikkan keatas dan disandarkan pada dinding.

Dia memang gila. Fikir Dani dia hanya orang gila yang menumpang lori ni. Itu sahaja.

Tepat 3 minit, lori digerakkan. Perempuan didalam sangkar ini mula nak bernyanyi pula. Yang peliknya takde seorang pun polis didepan yang cuba nak menghentikannya. Perempuan itu nampak gila dan...psiko.

"Girl belakang tu diam sikitlah." Seorang polis wanita mengetuk-ngetuk tingkap didepan. Wanita itu menjeling kearah bayangan tangan yang dia nampak sipi-sipi.

"GIRLS LIKE GIRLS LIKE BOYS DO! SOMEONE NEW!" Wanita itu terus menguatkan suaranya tiga kali ganda. Yang tengah duduk dekat sebelah ni sampai terkejuf beruk sebab dia menjerit.

"Okay, okay! Stop it!" Polis wanita didepan itu mengalah. Seperti tiada siapa pun yang boleh menegurnya. Macam...dia akan buat lagi teruk jika ditegur.

Perempuan itu senyum dan ketawa apabila dia yang menang. Dia kemudian memandang satu-satu kearah calon-calon juvana itu. "Korang ni semua nak pergi juvana, kan?"

Tiada siapa yang menjawab. Perempuan itu kemudian menggegarkan sarang penjaranya itu. "Jawablah! Aku tanya!"

"Ya...ya. Kitaorang nak pergi juvana!" Balas salah seorang yang duduk dibahagian kanan perempuan tersebut. Dia kemudian senyum lebih lebar dan memejamkan matanya.

"Samalah kita. Tak sabar betul saya nak tengok muka junior-junior ni lebih dekat nanti."

Dani mengerling kearah perempuan tersebut. Perempuan itu seperti tahu-tahu Dani memandangnya dan dia bertentang mata dengan Dani. Namun kemudian Dani mengalihkan pandangannya kearah lain.

Perempuan itu tersenyum. Rasa macam dia dapat tahu dah siapa dia nak bermanja lepas ni.

****************
Semua pelajar Henry Gurney kini sedang membersihkan kawasan sekolah. Ada 9 orang pelatih yang sedang membersihkan kawasan luar sekolah. Semuanya tenang dan aman damai.

Sedang mereka sibuk membersih, datang satu buah kereta polis dan satu lori yang mengisi banduan dan pelajar juvana. Mereka berhenti betul-betul dihadapan sekolah.

Seorang polis lelaki dan polis perempuan turun dari lori tersebut lalu membuka pintu belakang lori tersebut.

"Turun."

Dani melihat sekeliling. Dia yang pertama sekali turun. Mereka kena turun sendiri. Setelah keempat-empat mereka naik, polis lelaki itu memanjat lori tersebut dan membukar sangkar penjara wanita berbaju penjara oren itu.

Dia berjalan turun tapi dia selamba menghulurkan tangannya. "Hold my hands."

"Turun sendiri." Balas polis wanita itu garang. Perempuan itu terus menjeling dan duduk diatas lori itu lalu melompat turun.

"...kedekut."

Dani berkerut dahi. Beraninya dia kata begitu pada polis. Semua yang tengah membersih tadi pun berhenti pekerjaan mereka untuk melihat kearah para-para juvana itu.

TAK!

Kedengaran bunyi sesuatu seperti memukul angin dari pintu masuk sekolah. Sebaik dipandang, kelihatan seorang warden wanita yang memakai baju seolah-olah sarjan askar. Dia berjalan kearah kesemua 5 juvana tersebut.

Dia melihat satu-persatu pelajar. "...apa benda masuk sekolah ni rambut berfesyen ni? Ni apa benda rambut colour biru? Apa benda rambut lepas-lepas macamni? Masuk dalam ni rambut semua kena ikat! Taknak ikat aku potong sampai takde rambut!" Marahnya sambil menarik-narik rambut pelajar yang bersalah. Nasib baik rambut Dani tak kena tarik. Seram betul.

"Nanti hitamkan balik rambut! Ikat semua rambut macam yang lain tu! Faham?"

"Faham." Kesemua pelajar menjawab kecuali perempuan berbaju oren itu. Warden tersebut terus menolak dagu perempuan tersebut keatas dengan batang hitam ditangannya yang diperbuat dari plastik.

"Kaulah Laila. Pelajar yang bunuh orang tu, kan? Kau buat sekolah ni dulu macam rumah kau, kan? Macam kau punya? Kau ingat...mak kau kaya...kau boleh buat semua benda? Kau boleh lawan aku? Aku tanya tadi apa? Kau faham ke tak? Asal kau tak jawab? Asal kau tak jawab?!" Semakin lama suaranya semakin meninggi. Kecut habis semua orang tetapi si Laila itu masih boleh memandangnya dengan pandangan selamba.

"Ya, faham."

"Kuat sikit! Aku tak dengar!"

"YA. FAHAM."

"Hmph. Acah je gangster sekolah. Datang depan aku kecut terus. Dah. Yang lain ni...dalam sekolah ni ada peraturan. Peraturan yang sangat-sangat ketat. Peraturan pertama aku adalah...bila saya suruh bangun, korang bangun. Bila aku suruh beratur, korang beratur. Bila aku suruh tidur, korang tidur. Bila aku suruh korang kencing, korang kencing. Faham?!"

"FAHAM." Semua orang menjawab serentak termasuk Laila kali ini. Garang saja warden itu melihat. Sempat Dani mengerling kearah tag namanya.

Yugi.

Namanya Yugi.

"Dah, jalan. Kau, Laila. Lepas mandi jumpa mandi aku."

"Yelah, warden."

Dani mengetap bibirnya. Laila agak kurang ajar sebenarnya tetapi Dani kagum juga dengan keberaniannya. Dia memang lain dari yang lain.

Misson: Juvana ✅Where stories live. Discover now