Pagi ni, semua sudah bersiap-siap. Bawa satu saja beg dan masing-masing ada uniform sendiri kecuali Dhyna. Dia masih ada kesusahan untuk mandi dan pakai baju so dia kena limitkan had penggunaan dialah.
"SEMUA MASUK DORM SEMULA!" Jerit Cikgu Normah apabila semua orang mula beratur diluar dorm. Berlari mereka masuk kedalam dorm semula. Dikala ini, hanya Ran yang paling nervous kerana dia tak pernah nak buat kerja-kerja gila macamni. Diorang dah jumpa ke warden yang kena ikat malam tadi tu? Diorang check cctv tak? Apa jadi kalau diorang tahu.
"Bau apa ni?" Soal seorang pelajar yang mula menutup hidungnya kerada ada bau yang sangat kuat. Bila dia kata macamtu, sikit-sikit pelajar mula bau benda yang sama
"Gasoline." Balas Layla selamba sambil membetulkan rambutnya itu. Dia kemudian selamba berjalan kearah pintu, melihat kiri dan kanan seperti sedang mencari signal untuk dia bertindak.
Mana yang tak tahu pelan Layla, memang terkejutlah.
Layla angkat tangan kanannya sekaligus kesemuanya, lebih 30 orang pelajar bersiap sedia. Ramai rupanya geng Layla yang ikut nak keluar dari penjara ni untuk jumpa kesayangan masing-masing dan lari dari sini.
"Don't be so nervous." Pesan Qal pada Ran. Ran hanya angguk kepala saja.
BANG! BANG! FWUSHH!
Bunyi bising mula buat satu sekolah kecoh. Ada bunyi tembakan dan apabila diperhati keluar, ada satu api marak dari bilik guru dan pengetua. Dikala itu Layla hanya tersenyum lalu keluar dari dorm."Go."
"BEBAS!!" Seperti lembu terlepas kandang, hampir kesemua pelajar berlari keluar dari dorm dengan beg masing-masing. Jika ada warden, mereka rempuh warden tu sampai patah riuk. Tujuan mereka hanya nak lepas dari sini je.
"Eh, Ran! You okay tak?" Soal Amalina risau apabila melihat Ran sudah lemah kaki. Saat itu, Ran hanya mampu peluk Amalina erat, menangis teresak-esak. Dia cuma fikir nak survive saja lepasni.
"I want to meet my mom so bad."
"You will. Let's go. I'll teman you sampai kampung you."
Ran angguk. Dia menepuk-nepuk bahu Dani mengatakan yang dia hanya mahu gerak sendiri dan Dani hanya angguk kepala. Dani sebenarnya tengah cari Layla yang tiba-tiba hilang.
Qal menarik lengan Dani menuju kearah Bonnie yang hanya bersandar pada dinding dengan topi dikepala. Mana dia dapat topi, mereka pun tak tahu. Malas nak ambil tahu.
"Kau bawa lori kan? Jomlah."
"Sabar. Tunggu Cikgu Biru buat kerja."
"Kerja apa-"
BUNGGG! BAMM!!
Beberapa bangunan lagi meletup dan terbakar. Benar-benar buat pelajar jadi takut dan lari selamatka diri. Dikala itu Dani sudah menarik tangan Bonnie. "Jomlah! Kita cari Layla! Dia hilang!""Tu dia."
Dani berpaling kebelakang. Kelihatan Layla yang kembali dengan satu plastik hitam dan badannya penuh dengan darah. Terkejut Dani dibuatnya.
"We're late. Come on.""La- Layla...you buat apa? Kenapa badan you?"
"See that?" Layla menunjuk kearah seorang warden yang telahpun mati dipijak-pijak. Begitu ganasnya pelajar jika mereka sudah tunjuk taring. "We don't need her. We need to survive. I need to find my girlfriend. Come on. Bonnie."
Layla mencampak kunci kepada Bonnie. Kemas saja dia tangkap.
"You drive."
"Kau... hidup memang menyusahkan orang je kerja. Baik kau matilah!" Lhena, pengetua sekolah itu menghulurkan senapang pada Layla. Layla berpaling kebelakang memandang Layla kemudian hanya tersenyum sinis dan mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah.
"Dah takde guna kau nak menyerah, budak. Budak bodoh macam kau ni selayaknya mati jelah! Tanam dalam kubur-!"
PAK!
Kepala Lhena dipukul kuat dengan batang besi. Dia terus pengsan diatas lantai batu itu. Layla terus senyum lebar bila nampak Blue. Blue pukul muka Lhena sehingga hancur berkecai, which is, dia buat hampir semua orang disitu berpaling muka kerana seram lihat mukanya yang hancur."Shall we bring her head?" Soal Blue lalu mengelap darah dimukanya. Layla geleng kepala dan mengangkat plastik hitam ditangannya.
"No worries. I got one already."
"...okay. You settle another by yourself."
Layla angguk kepala. Dia kemudian berpaling kearah kawan-kawannya semula dan dikala itu Dani sudah tunjuk muka masam.
"Why...""You killed people? Layla, you fucking killed people and take out their organs! Layla! You're crazy!" Dani meninggikan suaranya. Dikala itu Layla hanya ketawa menggelakkan Dani. Memang nampak macam dah tak betul.
"...you know I can kill you too, right? Dani. I love you."
Muka Dani merah padam. Waktu nilah Layla nak luah perasaan. Reaksinya buat Layla ketawa. Bonnie kemudian menghampiri dan menolak Dani kebelakang.
"Sekarang kau dah faham kenapa aku suruh kau jauh dari Layla?"
Dani menggenggam tangannya erat. "Aku taknak jauh. Aku nak tengok apa dia boleh buat lagi."
"Okay. Let's see. Eh, jomlah. Dah lambatlah. Kita kena pergi satu tempat dulu."
"Where?"
"Wait!" Fea berlari kearah mereka berempat dengan Dhyna yang hanya didukung dibelakang. "Bagi aku ikut korang. Aku nak survive juga."
"Hmmm..." Layla memandang kearah Dhyna. Dhyna nampak marah pada Layla tapi dia tak mampu nak berkata-kata. "Okay. Let's go! I'd love to work with Dhyna."
Layla menyentuh wajah Dhyna namun Dhyna menepis tangannya. Dia memang ada masalah dengan Layla. Aish dua ekor ni.
YOU ARE READING
Misson: Juvana ✅
Mystery / ThrillerDani masuk Juvana kerana kesalahan menyeleweng wang Haram. Dalam perjalanan ke juvana sendiri, dia berjumpa dengan Laila yang khabarnya telah bersubahat dalam membunuh 3 orang manusia. Dia juga pernah bercinta dengan seorang pembunuh yang telah memb...