Selepas rambut semua dah dibaik pulih, kelima-lima pelajar yang baru masuk itu termasuk Laila pergi kesebuah bilik. Disitu, mereka dipaksa untuk berdiri satu jam lamanya sementara menunggu Warden Yugk yang lambat nak mampus. Takde siapa nak berani duduk kecuali Laila. Da selamba lagi duduk dan regangkan kakinya seperti dia ni atlet sekolah.
"Nama awak siapa?" Soal Laila pada perempuan disebelahnya. Dialah perempuan yang berambut biru, yang perlu dihitamkan semula rambut itu.
"Phoebe." Balasnya. Laila senyum. Dia memandang pula kearah perempuan disebelah Phoebe.
"Awak?"
"Ari."
Laila angguk-angguk dan memandang pula kearah perempuan disebelah Ari. Dani lah orangnya. Dani memandang bertentang mata dengan Laila namun Laila tersenyum sinis dan memandang pula kearah perempuan disebelah Dani.
"Hujung tu. Nama awak apa?"
"Saya?" Perempuan itu kelihatan keliru kerana dia skip Dani. Dani diam saja. Dah macam dia pula yang warden. Laila angguk kepala sambil pejam matanya sekejap.
"Ouh. Ran."
"Ran? Sedap nama. Actually kan, korang jangan takut sangatlah dengan orang kat sini. Whatever they did, they're still humans. Kes korang mesti gempak, kan?" Ujar Laila penuh bangga. Yang lain senyap saja. Yelah, pertama kali masuk juvana. Nak balas Laila pun takut.
"Kau apahal tergoyang-goyang macamni?" Soal Warden Yugi yang tiba-tiba masuk. Laila terus kembali ketempatnya dan berdiri tegak.
Yugi berkerut dahinya. Dia kemudian mengeluarkan sebuah buku dan pen. "Nak ambil kedatangan ni ha. Laila...kau tak payah. Phoebe Rose?"
"Saya, cik."
"Randaria Delima?"
"Saya, cik."
"Phyque Danny Linda...? Asal nama kau pelik."
"Saya, cik." Dani mengetap bibirnya geram. Tak guna punya warden. Biarlah namanya pelik ke apa. Tak payahlah nak point out.
Yugi mengerling kearah Dani kemudian dia terus panggil nama Ari dan Phoebe. Baru je habis panggil nama, dua orang lagi wanita masuk kedalam. Seorang lebih tua dan berpakaian formal. Seorang lelaki memakai baju seperti Yugi.
"Inilah budak-budak dari Wira Bakti dan Tunas Jaya tu?" Soal wanita yang tua itu. Tanda namanya bertuliskan Lhena. Itu namanya.
"Betul ke korang ni seleweng duit orang ni?" Soalnya garang.
Semua diam. Nampak macam semua kes berkaitan penyelewengan duit kecuali Laila. Dia sempat memandang kearah warden dibelakang Lhena itu. Mereka berdua bertentang mata kemudian Laila tersenyum.
Warden itu senyap saja. Dani nampak semuanya.
"Aku tanya ni jawablah!" Marah Lhena lalu Yugi menghalakan batang plastik hitamnya pada Phoebe dan menolak dagunya keatas.
"Bukan salah kami! Cikgu tu yang tuduh kitaorang!"
"Eh, kau jangan nak menipulah! Dah sampai sini nak menipu lagi? Memang bodoh semuanya! Haih. Kang aku tambah lagi waktu tahanan korang kat sini baru tahu!" Marahnya lalu terus keluar dari bilik. Lah, tu je? Hek elleh. Ingatkan nak pukul sampai matilah tadi.
Acah je.
"Pengetua." Yugi keluar dari bilik itu mengejar Lhena. Tinggallah seorang saja warden disitu.
Itulah warden yang pertama kali menjemput Laila dulu. "Dah serik belum?"
"Come on, warden. Ni Laila lah. This is all your fault that I entered that shitty room." Balas Laila selamba.
Dani memandang kearah nametag warden tersebut. Blue. Nama dia Blue. Nama dia lagi pelik.
Blue tersengih. Dia membelai lembut kepala Laila. "I'm in charge now. Just go to the tempat riadah bawa diorang sekali. You're the senior. Bring them."
"Okay! As upah bawa diorang ni saya nak macam biasa please?"
"Of course. Go."
"Hehe."
Dani berkerut dahi. Nampaknya senyap-senyap diorang ni macam ada hubungan. Nak termuntah Dani tengok kegedikan Laila tu.
"You guys dengar kan? I'm in charge. Let's go." Layla memandang mereka berlima dengan senyuman teruja. Nampak macam dia ni peramah orangnya. Okaylah.
"Eh." Blue menarik bahu Dani. "Bawa pergi dorm dulu, tukar baju."
"Okay."
Layla membawa kelima-lima anak buahnya itu masuk kedalam dorm. Baik je dia rupanya. Cakap pun lemah-lembut tak garang pun dah tak gedik pula macam dia cakap dengan warden tadi. Effect bercinta dengan orang tua kot.
Selesai letak pakaian dan tukar baju, mereka dibawa untuk beriadah. Macam bukan dekat juvana je dapat bebas macamni tapi ni baru permulaan. Belum hari lain lagi.
"Hm. Okay, as you guys can see people here is soo 'friendly'. Dulu I sekolah dekat sini and ada kes dengan gangster tempat ni dulu. So I dibawa ke lokap and majistret and bebas semula. So sebagai permulaan, may I know you guys punya kes? Phoebe how about you?" Soal Layla.
Phoebe senyum, menutup wajahnya dengan tangan dari terkena direct sunlight. "Kes aku sebab curi duit kantin sekolah and kena tuduh menyeleweng duit sekolah."
"Wow, not so bad. How 'bout you, Ari?"
"Kes aku buat orang pregnant." Ari tersengih. Dia ni entah kenapa sengih pula bila buat jahat. Layla menepuk tangannya tanda memberi sokongan.
"Good! Hopefully you bertanggungjawab lepasni! Aight...siapa lagi? Ran ke Dani? I'd like to go for..." Layla senyum manis. Dia sempat memandang kearah Dani namun dia menunjuk pada Ran.
"Ran, how about you sayang?"
"Takdelah besar mana kes. Kena tuduh bunuh kawan sendiri je."
"Kena tuduh?"
"Yes. The fact that- I'd never do that shit. Fuck up."
Layla hanya tersenyum. "Well, whatever. At least you still ada perasaan bersalah tu. Dani? Dani. Let's get it fast. You bunuh orang, kan?"
"How did you-"
"I can read it." Layla senyum. Dia berjalan rapat pada Dani dan memegang kedua-dua pipi Dani.
"Dani, I ada girfriend dekat juvana lain. Dia bunuh orang. 33 orang. I guess you've heard the name of Dalia, a girl who killed 33 people just to get full. Your face just like her. Sama. Sangat sama. The cuteness, the eyes...Dani. I can read people mind even if you don't say it."
Dani diam. Buat seketika mereka berdua bertentang mata. Seperti ada cahaya kegembiraan dimata Layla. Kenapa gembira? Entah.
"Psycho." Dani berkerut dahinya. Layla terus ketawa dan disaat itulah dia menundukkan kepala sekaligus sebuah bola terkena pada muka Dani.
"Guys." Layla berpaling kebelakang. Ada satu geng perempuan dengan seorang ketua yang sangat obvious. Dia ada tattoo dilengan kanannya dan dia ikat rambutnya sanggul sampai atas.
Perempuan itu senyum. "Layla. Lama tak nampak."
"Bonnie Parker." Layla senyum lebih luas. Dia kemudian berlari kearah Bonnie dan memeluknya erat.
"I missed you!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Misson: Juvana ✅
Misterio / SuspensoDani masuk Juvana kerana kesalahan menyeleweng wang Haram. Dalam perjalanan ke juvana sendiri, dia berjumpa dengan Laila yang khabarnya telah bersubahat dalam membunuh 3 orang manusia. Dia juga pernah bercinta dengan seorang pembunuh yang telah memb...