Lori Buruk

546 28 0
                                    

"Aha!  HA! HA! HA!" Qal sudah teruja nak naik lori itu. Lori belakang kotor dan mereka alas kain untuk tidur jadi tak perlulah tidur sambil duduk. Kalau ada Ran, dia dah bersorak dengan Ran.

"Blah!" Fea selamba menolak Qal sehingga dia terjatuh atas kerusi besi itu kemudian meletakkan bantal diatas lantai dan membaringkan Dhyna kemudian dia mengeluarkan selimut dari beg Dhyna dan menyelimutkan dirinya agar bentuk tubuhnya tak kelihatan.

"Fuck you! Sakitlah!" Qal menunjukka jari tengah untuknya namun Fea hanya menjeling Qal. Dia lebih pentingkan girlfriend dia dari Qal.

Dani pula sudah berdiri ditengah-tengah melihat kearah Layla dikerusi depan. Banyak persolana yang bermain difikirannya. Terutamanya adalah, siapa Layla sebenarnya? Kenapa sanggup ambil organ orang lain? Mana simpati dan empathy?

Tapi semua soalan tu tak keluar pun.

"Pandai eh kau bawa lori." Kata Dani pada Bonnie yang selamba bawa lori macam bawa kereta kancil. Padu.

"Aku start bawa kereta umur 14."

"Wah, seriuslah? Good- good." Dani berpaling wajah kepada Layla pula. Layla yang selalu ikat rambut kecuali waktu mandi itu melepaskan rambut panjang paras pinggangnya itu dan mengeluarkan sikat untuk menyikat rambut.

Tak dinafikan, Layla memang cantik semula jadi. Rambut hitam lembut sutera dia tu memang cantik. Rambut Layla memang begini sebab genetik dan hanya pakai syampoo dan conditioner je tapi still rambut cantik.

"Oh my god I'm so sleepy. Bonnie, if you're tired just tell me. I'll change with you." Ujar Layla lalu bersandar pada kerusi. Sikatnya diletakkan didalam laci lori.

"Okay."

"You know how to drive?" Tanya Dani pada Layla pula.

"No."

"Wha-? Habistu?"

"I know how to examine people."

"Maksudnya?"

"I just can see what people doing and know exactly what they do."

"Boleh eah macamtu?"

Layla senyum. Dia berpaling kearah Dani. "Do you even realize now?"

"What? Realize apa?"

"I'm a psychopath."

***************
Bonnie berhenti disatu RnR. Mujur tiada roadblock. Susah juga nak lepas kalau ada roadblock dan nasib baik tol hanya satu je. Lepasni nak straight terus ke tempat Layla nak pergi.

Berbekalkan duit RM100 yang Blue bagi, mereka singgah RnR untuk beli makan. Dah pukul 2 petang masih tak makan. Sudah tentu masing-masing pun lapar nokharom.

"Ouh my god, bau kedai. Lama siot tak bau kedai." Qal mencium-cium bau kerusi meja itu macam orang bodoh. Orang lain tengok je dia buat apa dan Fea terus tarik dia. Bawa monyet macamni kena pasang muka tebal-tebal.

"Pergilah order apa you guys nak. I dah tukar duit tadi. Nah sorang RM10. Tak cukup datang sini ambil duit." Pesan Layla lalu mengagihkan duit. Dekat tangan dia dah ada semangkuk mee rebus, roti dan air mellow.(milo)

"Yes, makan sedap-sedap!"

Layla duduk diatas meja. Hanya ada pekerja dan 2 meja yang dihuni saja tak termasuk meja yang Layla duduk ni sebab sekarang waktu kerja lagipun. Tiada sebab untuk orang lalu tol kecuali kerja dan balik kampung sebab kematian.

Dani dan Bonnie sampai dulu kemudian diikuti oleh Qal selepas itu barulah Fea dan Dhyna muncul. Meriah juga makan macamni. Bayangkan dah berapa tahun mereka ni tak pernah jejak kedai dan makan benda-benda macamni.

"Berita Terkini. Sekolah Tahanan Kalisa baru saja terbakar. Kesan letupan yang dipercayai kes sabotaj telah menjadi penyebab kematian guru-guru dan pelajar. Sebanyak 32 guru dan 37 pelajar telah mati dalam kejadian ini. Selain itu, kita juga telah kehilangan 792 pelajar tahanan dan hanya dapat menahan 21 pelajar sahaja setakat ini. 3 buah lori tahanan juga telah dicuri dipercayai digunakan oleh pelajar untuk melarikan diri. Diminta ibu bapa atau penjaga yang terlibat lapor diri segera untuk mengenal pasti wajah anak masing-masing dan orang ramai diminta untuk berhati-hati dengan beberapa pelajar kerana mereka boleh membunuh, mencederakan dan merompak anda. Jika ada sebarang maklumat mengenai pelajar yang hilang, sila buat laporan di 999 ataupun di balai polis berhampiran. Terima kasih."

Masing-masing kelu bila dengar berita itu. Cepatnya masuk berita. Anak siapa berani lapor pada berita?

"Ada telefon tak?" Soal Dani lalu melihat sekeliling.

"Nak buat apa?" Fea bertanya.

"Nak call kakak aku. Biar dia tahu adik dia hidup lagi."

"Jangan bro. Masak kita nanti."

"Call kakak aku jelah."

"Makan dulu. Dalam lori ada phone." Tegas Layla. Dia memegang peha Dani. Dia ni ada saja cara nak mengusik si Dani sebab dia tahu Dani suka dia.

Dani memandang pula kearah Fea yang tiup bubur untuk Dhyna. Dhyna tak dapat makan macam biasa gara-gara si Tomin jadi Fea order bubur je untuk dia. Kasihan pula tengok Dhyna.

Selesai makan, mereka semua terus berlalu semula ke lori. Dani cepat-cepat ambil telefon dan menelefon nombor kakaknya. Nasib baik dia ingat nombor phone kakak dia.

"Hello?"

Kakak dia menjawab. Lega sikit hati Dani dibuatnya. "Kak. Akak, ni Dani."

"DANI! Dani kau hidup, Dani! Aku nampak berita tadi kata pelajar ada yang hilang, ada yang mati. Bodohlah kau ni Dani. Macam-macamlah. Kau kat mana ni? Aku hantar orang ke apa amik kau nanti."

"Aku..." Dani mengerling ke kerusi depan. "Akak, aku call kau ni nak bagitahu yang aku masih hidup je kak. Aku akan bagitahu aku kat mana nanti. Aku bagitahu bila dah sampai nanti. Takde spesifik nama kat sini so aku tak tahu."

"Dani, Dani. Aku masukkan kau kat situ supaya kau faham. Aku harap sebulan kau kat situ, kau okaylah. Berubah. Nanti aku bawa kau pergi belajar luar negara jelah Dani. Susah sangat. Sayanglah result spm kau bagus, Dani. Kalau biar je tak kemana kau tu."

Dani tersengih. Untung dia ada kakak sporting macamni. Dia tak tahulah orang lain tapi dia bersyukur dikurniakan kakak yang penyabar macamni walaupun abang dan adik dia dah masuk penjara.
"Kak, orang pergi dulu. Bye."

"Yelah, bye. Hati-hati."

"Okay." Dani mematikan panggilan. Telefon siapa entah dia rembat. Rasa macam telefon pengetua tadi sebab tadi nampak Layla pegang dompet pengetua yang ada lesen memandunya. IC tak nampak pula.

"Dani, pinjam phone." Fea menghulurkannya tangannya. Dani memberi telefon itu pada Fea. Fea menekan nombor yang ditunjuk oleh Dhyna itu.

Selepas itu, Fea call.

"Ya? Nona bercakap."

"Makcik. Ah, makcik. Nak bagitahu yang anak makcik, Dhyna. Dia...dia selamat dengan saya."

Misson: Juvana ✅Where stories live. Discover now