Jurnal DocReen
Firasat.
Adakah aku betul-betul membayanginya?
Bayangan lelaki misteri yang mendatangi diriku - sebenarnya semua itu belum berlaku lagi. Adakah aku benar-benar dapat melihat takdir diriku sendiri?
Tetapi takdir itu harus dibayar dengan mahar yang tinggi. Iaitu mahar mahligai perkahwinanku. Suamiku. Anak-anakku.
Sesungguhnya aku tidak mahu takdir ini.
Tetapi.
Dapatkah aku mengingkarinya.
* * * * *
Azrina mengangkat bakul baju-baju kotor dari depan bilik tidurnya dan menyerahkan kepada Kartini yang berada dihadapannya.
ʻʻBibik, tolong basuh baju-baju ni sekarangʼʼ katanya memberi arahan.
Kartini mengangguk, sambil mengambil bakul tersebut dari serahan Azrina.
ʻʻOh ya. Saya nak bibik basuk baju-baju ni dua kaliʼʼ sambung Azrina lagi.
Kartini agak terkejut sedikit mendengar arahan kedua itu. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Ke dia silap dengar? ʻʻApa itu, Ibu? Ibu menyuruh saya membasuhnya dua kali?ʼʼ
ʻʻYa, Bibik. Itu yang saya cakap tadi. Selepas basuh sekali, run washing machine buat kali kedua. Make sure Bibik bubuh serbuk detergent banyak-banyak sikitʼʼ jelas Azrina satu persatu.
Kartini masih berasa hairan. Dia mengangkat bakul itu ke muka, kemudian menghidunya sedikit. ʻʻTapi Bu, baju-baju tak lah kotor atau busuk... malah... ada yang masih wangiʼʼ
ʻʻBuat apa yang saya suruh, Bibik! Basuh dua kali. Faham tak?ʼʼ suara Azrina semakin meninggi.
Kartini mengangguk tanda faham. Niatnya sebenarnya tidak mahu membazir, memandangkan baju-baju di dalam bakul itu tidak kotor manapun. Tetapi arahan tetap arahan.
Kartini mengundur sebelum berpusing untuk turun ke tingkat bawah membawa bakul baju kotor bersamanya untuk dibasuh segera. Dua kali.
ʻʻOh, Bibikʼʼ panggil Azrina.
Kartini berhenti, menoleh kepalanya memandang majikannya semula. ʻʻYa, Bu?ʼʼ
ʻʻHari ni kita nak pergi bercuti. Tolong sediakan baju-baju Afiq dan Qistina untuk satu malam. Kita bertolak lepas sarapan nanti, okay? Bibik ikut sekaliʼʼ kata Azrina, senyum sedikit nak ambik hati.
ʻʻBaik, Buʼʼ Kartini membalas senyuman Azrina.
Kartini menoleh semula kehadapan dan turun tangga meninggalkan majikannya.
Azrina masuk semula ke dalam bilik tidurnya.
Uzair yang baru sahaja keluar dari bilik mandi, tidak berbaju dan hanya bertuala, berdiri di depan meja cermin.
ʻʻHai... apa citer tu? Abang dengar Reen suruh Bibik basuh baju sampai dua kali pulak?ʼʼ tanya Uzair sambil menyikat rambutnya.
ʻʻSaya tak suka bau perfume baru dekat T-shirt abang tu. I hate it!ʼʼ desis Azrina sambil memeluk tubuh, kening berkerut.
Uzair hanya tersenyum. ʻʻLaaa... itu jer ke... perfume? Hmm? Abang bau macam ok jer perfume tu?ʼʼ
ʻʻMacam yang Reen cakap.... Reen tak suka! I hate it!ʼʼ suaranya tegas. Azrina berjalan ke arah laci. Dia menarik pintu laci itu terbuka. Di dalamnya diambil sebotol Montblanc Explorer EDP. Dibuka tudung minyak wangi itu. Kemudian disembur-sembur pada tubuh suaminya. Uzair tidak bergerak sedikit pun sambil merenung perbuatan isterinya, sedikit hairan.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomanceSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...