14

8.9K 93 5
                                    

ʻʻSelamat pagi, Tuan Engineerʼʼ salam senyuman diucapkan oleh Ashraff kepada Uzair sebaik sahaja lelaki itu tiba di kawasan tapak pembinaan. Ashraff sudah pun tiba lebih awal sejak dari pagi tadi dengan memakai kemeja dan visibility jacket, dan topi keselamatan di atas kepala.

ʻʻSelamat pagi, Tuan Komisionerʼʼ Uzair membalas salam Ashraff sambil mereka bersalaman. ʻʻAwal sampai?ʼʼ tanyanya sambil menyarungkan topi keselematannya di atas kepala.

ʻʻAku early bro. In fact, sempat satu round squash dekat sports complex tadi sebelum datang siniʼʼ senyum Ashraff.

ʻʻTu lah kau ni, siapa suruh solo? Kalau tidak sure dah dapat breakfast dan spend time dengan isteri dan anak-anak dekat rumah dulu kanʼʼ sindir Uzair.

ʻʻJangan buat aku jealous, broʼʼ gelak Ashraff.

Uzair pun gelak sama. ʻʻKau main dengan siapa tadi?ʼʼ

ʻʻHai... kan tadi kau kata aku solo? Jadi aku main sorang-sorang jer lah. Nak bagi keluar peluhʼʼ balas Ashraff sambil masih tertawa kecil.

Uzair membalas jenaka ringkas Ashraff tadi. ʻʻOkay lah... aku teman breakfast dengan kau. Jom kita kopi seroundʼʼ

ʻʻAku dah minum, Zair. Lagipun aku bawak flask niʼʼ katanya menunjukkan sebuah flask thermos yang berisi kopi yang disisipkan ke dalam poket peha seluar work trousers yang sedang dipakainya.

ʻʻKau ni. Semua lengkap, Raff. Skema betul lah kau niʼʼ gelak Uzair sambil menepuk bahu Ashraff. Mereka berdua gelak bersama.

Setelah gelak mereka reda, Ashraff mencapai beg kerjanya yang sedang disandang di bahu. Butang beg dileraikan, tutup beg dibuka, dan sebuah fail laporan dikeluarkan dari beg tersebut.

ʻʻOkay, Zair. Tujuan aku datang awal ni, sebab nak bagi kau report ni. Lebih baik aku yang bagitahu kau pasal ni, dari kau dapat berita ni dari bos kauʼʼ kata Ashraff sambil memberikan laporan pemeriksaan tersebut kepada Uzair.

Uzair mengambil laporan tersebut dan menyelaknya satu persatu. Mukanya bertukar menjadi hampa.

ʻʻSorry to be the bearer of bad news, broʼʼ ucap Ashraff melihat perubahan raut muka Uzair.

Uzair mendengus. Laporan yang dibacanya ialah laporan tekanan sampel yang terkini. Laporan itu menunjukkan sampel konkrit yang telah diberikan gagal lagi ujian tekanan.

ʻʻAnother failed testʼʼ bisik Uzair. ʻʻDah third time fail compression test, Raffʼʼ

ʻʻSorry, broʼʼ balas Ashraff sekali lagi.

Uzair menyerahkan semula laporan itu kepada Ashraff. Dia mengeluh panjang. ʻʻPandai jer kau bagi aku berpeluh pagi ni, Raff. Tak payah nak squash bagaiʼʼ Uzair cuba membuat jenaka pada diri sendiri. Ashraff tahu ianya bukan tujuan untuk membuat lucu. Ashraff hanya senyum simpati.

Uzair menunduk. ʻʻAku dah tak tahu nak pakai additives apa lagi. Dah tiga additives aku cuba dekat mixture simen tu. Tapi konkrit yang jadi semua bawah specʼʼ

ʻʻKorang nak buat skyscraper. Kena lah buat pakai simen yang betul. Apasal korang tak pakai Portland Simen Type 5 dari awal?ʼʼ tanya Ashraff.

ʻʻMasalah supply. Bukan senang nak dapat Type 5 sekarang. Projek Hinkley C dekat UK tu dah bolot semua. Projek kita yang kena jadi mangsa. Dean dengan Azman pun tengah under pressure tu sebab Hinkley C behind scheduleʼʼ jelas Uzair.

ʻʻAkibatnya... kau end up dengan low quality chinese importʼʼ sambung Ashraff pula.

Uzair menangguk.

ʻʻDean dengan Azman kata apa? Bukan ke diaorang tengah negotiate dekat UK sejak minggu lepas?ʼʼ tanya Ashraff.

ʻʻYup, diaorang berdua ada dekat Somerset sekarang. Tapi tu lah, waiting list untuk Type 5 empat bulan. Semua stok kena direct pada projek Hinkley C. That one is priorityʼʼ Uzair menyeluk telefon bimbitnya dari dalam poket. Dia menekan-menekan beberapa butang. Satu pesanan ringkas dihantar.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now