Knock! Knock! Knock!
ʻʻMasukʼʼ kata Professor Dr. Ahmad Shukri dari dalam bilik pejabatnya.
Pintu bilik Ketua Jabatan Pasca-Siswazah Cognitive Neuroscience itu dibuka, sambil Pensyarah Utama Oneirology, Dr. Syarifah Azrina masuk sambil memberikan senyuman manis.
ʻʻAssalamualaikum, Professor Shukriʼʼ ucap Azrina kepada majikannya sambil mengendong dua buah fail tebal bersamanya.
ʻʻWaalaikum salamʼʼ jawab Shukri sambil membalas senyuman wanita jelita itu. ʻʻHaa... Dr. Azrina. Jemput masukʼʼ pelawanya.
Bilik pejabat Shukri agak tidak berkemas. Terdapat beratus-ratus buku dan jurnal yang disusun di atas rak-rak kayu yang semakin usang, kebanyakkannya sudah melendut akibat menampung berat naskah-naskah yang telah dikumpul sejak tiga puluh tahun yang lalu. Semuanya disusun memenuhi keseluruh penjuru pejabat itu, dari dinding ke dinding, dari lantai ke siling. Tak termasuk lagi buku-buku yang disusun di atas meja, atas lantai, dan tepi tingkap. Di satu sudut bilik pejabat itu pula, terdapat meja kerja utama lelaki yang sudah tidak berambut berusia 57 tahun itu, di atasnya penuh dengan pelbagai kertas, fail dan buku, sedikit ruang meja tidak kelihatan langsung.
Azrina masuk ke dalam bilik pejabat tersebut dan menarik sebuah kerusi beroda yang terdapat di tengah bilik, perlahan-lahan di dibawanya kerusi tadi dihadapan meja Shukri, dan kemudian melabuhkan punggung di atasnya, sambil membetulkan kain baju kurung yang dipakainya agar tidak terkusut. Dua fail yang dibawanya tadi diletakkan di atas peha.
ʻʻProf apa khabar?ʼʼ tanya Azrina, hormat. Senyuman masih tidak lekang di bibir.
ʻʻSaya sihat. Alhamdulillah. Dokter Azrina sihat?ʼʼ tanya Shukri kembali.
ʻʻSaya pun sihat, Profʼʼ balas Azrina.
ʻʻMacam mana your students? Any progress?ʼʼ tanya Shukri lagi, kali ini bertanyakan perihal pelajar-pelajar di bawah seliaan Azrina.
ʻʻAmy is doing well with her second year, Prof. Ram, Des, dan Jesinta pula semua dah submit disertation masing-masing. Tinggal final exam jer sebelum graduateʼʼ Azrina memberikan rumusan ringkas berkenaan dengan seorang pelajar PhD dan tiga orang pelajar Masters yang sedang dikendalikan olehnya.
ʻʻAmy dah start tulis thesis?ʼʼ tanya Shukri lagi.
ʻʻBelum, Prof. Dia nak habiskan research tahun kedua dulu. Masuk third year, baru dia start nak draft her thesisʼʼ jelas Azrina.
ʻʻOh ya? Is she on time, in your opinion?ʼʼ
ʻʻOf course, Prof. Saya dulu pun macam Amy jugak, kalau Prof ingat. Tapi still manage to finish on schedule, kan?ʼʼ
ʻʻAmy masih bujang. You dulu dah beranak sorangʼʼ Shukri mengingat kembali pengajian PhD Azrina tidak lama dulu, yang mana dialah yang menjadi penyelia wanita itu.
ʻʻExactly. Kalau saya boleh complete, Amy lagi lah bolehʼʼ senyum Azrina.
ʻʻHmmm... good, goodʼʼ Shukri menepuk kedua tangannya, berpuas hati.
Dia kemudian menyambung lagi. ʻʻIs that your latest paper, dokter Azrina?ʼʼ
Azrina mengangguk, kemudian memberikan fail yang berada di atas pehanya kepada Shukri. Shukri mengambil dan menetelaahnya satu persatu.
ʻʻSaya dah start baca your latest writing ni. Amy ada buat contribution towards your latest journal?ʼʼ tanya Shukri lagi.
ʻʻDia ada juga cuba nak contribute, Prof. Tapi itʼs not her exact field of studyʼʼ balas Azrina.
Shukri mengangkat matanya dan merenung Azrina. ʻʻItʼs not yours too. I dah baca your latest paper yang you tengah tulis tuʼʼ
ʻʻHmmm.... apa pendapat Prof?ʼʼ tanya Azrina.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomansaSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...