16

7.8K 103 6
                                    

ʻʻI dah check ketiga-tiga dissertation you all semua, dan I dah tandakan beberapa corrections yang masing-masing kena betulkan before I boleh luluskan dissertation-dissertation ni for final exam nantiʼʼ jelas Azrina kepada ketiga-tiga pelajar Masters dibawah seliaannya.

Ketiga-tiga mereka mengangguk sambil mengambil laporan masing-masing dari Azrina.

ʻʻAmy, I nak you monitor kesemua corrections based on my report ni. Bila semua corrections ni dah completed, then baru you boleh hand over the report to me for me to signʼʼ katanya pada pelajar PhDnya pula.

ʻʻBaik doktorʼʼ balas Amy setelah menerima arahan dari supervisornya itu.

ʻʻI want these corrections completed in one month. I bagi dateline ni sebab I nak you bertiga settlekan dissertation ni secepat mungkin for you to concentrate on your final exam pulakʼʼ jelas Azrina kepada pelajar-pelajar Masternya tadi, iaitu Ram, Des, dan Jesinta.

ʻʻFaham doktorʼʼ balas mereka. ʻʻWe will complete these corrections as instructedʼʼ

ʻʻGoodʼʼ senyum Azrina. ʻʻMeeting adjourned. You can go back to your work nowʼʼ katanya lagi menangguhkan mesyuarat jabatan.

Kesemua pelajar-pelajar Azrina bangun dari tempat duduk masing-masing dan mengambil fail dan buku mereka sebelum berjalan meninggalkan bilik mesyuarat.

Sofia, pembantu tadbir jabatan yang turut hadir di dalam mesyuarat tersebut untuk mengambil minit juga sedang bersiap-siap untuk meninggalkan mesyuarat.

Emma juga turut bersama di dalam mesyuarat tersebut sebagai co-supervior, dan juga sebagai badan pemerhati.

ʻʻSofia, petang ni saya ada apa-apa appointment ke?ʼʼ tanya Azrina kepada Sofia sebelum sempat wanita itu berdiri.

Sofia membelek-belek mukasurat diari yang ada dihadapannya. ʻʻTak ada, doc. Schedule doc free petang niʼʼ katanya pada Azrina.

ʻʻOk, terima kasihʼʼ Azrina membalas balik dengan senyuman. ʻʻSaya ada hal tengahari ni. Mungkin tak balik sampai petang. Kalau Prof Shukri tanya, kata saya ada meeting dekat luarʼʼ

ʻʻBaik, docʼʼ balas Sofia yang kini sudah bangun dari kerusinya.

Emma, yang mendengar perbualan antara Azrina dan Sofia tadi, mengangkat sebelah kening, sambil perasaan semulajadi ingin tahunya terus menyebabkannya mendekati rakan baiknya itu.

ʻʻHai, Reen... jarang tengok kau keluar... apa plan apa-apa ke hari ni?ʼʼ tanyanya, sekadar menyibuk.

Azrina menjeling Emma di sudut matanya. ʻʻKau punya idea lah ni. Hari tu kau yang suggest aku pergi construction site tempat Zair kerja and have lunch dengan dia kan? Jadi, aku ingat nak pergi surprise dia lah hari niʼʼ

Emma tersenyum lebar. Sofia juga tunduk tersenyum kecil, walaupun cuba untuk berpura-pura seperti tidak dengar. Dengan langkah yang pantas, pegawai tadbir itu lekas meninggalkan bilik mesyuarat.

ʻʻAmboi. Romantiknya sang si isteri... nak pergi jumpa sang si suami waktu kerja... ajak lunch sama-sama... sweetnya aku dengarʼʼ usik Emma sambil mencuit lengan Azrina.

ʻʻMenyampahlahʼʼ cebik Azrina sambil berdiri untuk tinggalkan bilik mesyuarat tersebut. Emma mengekorinya dari belakang.

ʻʻRindu sangatlah tu dekat cik abang... sampai kena pergi jumpa dekat office diaʼʼ Emma mengusik lagi.

ʻʻHey, cukup-cukup lah tu. Salah sangat ke aku nak pergi jumpa laki aku sendiri?ʼʼ suara Azrina sedikit ditinggikan.

ʻʻJanganlah marah, babe. Aku joking jerʼʼ gelak Emma. ʻʻAku happy sebenarnya tengok kau ambik initiatif ni. Aku tengok lately, kau dah tak ceria macam masa kau balik dari Genting dulu. Muka kau dah tak berseri. Nampak pucat... hmm... kau... dah lama tak dapat, eh?ʼʼ Emma terus lagi mengusik rakan karibnya itu.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now