Syarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi.
Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...
Azrina berdiri tegak, tidak bergerak. Tangan memeluk tubuhnya sendiri. Matanya sayu. Sedikit sedih. Sedikit pilu. Nafasnya dalam. Separa mengeluh. Jiwanya termenung.
Azrina melihat sebuah potret lukisan. Lukisan seorang wanita. Wanita itu tidak bertudung. Tidak menutup aurat. Memakai baju yang sedikit longgar, nampak dada, nampak lurah payudara.
Wanita itu adalah dirinya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sambil Azrina terlamun merenung potret lukisan dirinya, sepasang tangan lelaki perlahan-lahan memeluknya dari belakang.
Tangan itu memeluk pinggangnya. Pelukannya erat. Badan lelaki itu menekap pada tubuh belakang Azrina.
Azrina menutup matanya. Senyuman terukir dibibir. Nafas ditarik dalam. Bau tubuh lelaki itu bercampur dengan wangian husky menyusuk masuk ke rongga.
ʻʻDo you like it?ʼʼ suara lelaki itu kedengaran berbisik ditelinganya.
ʻʻBeutifulʼʼ balas Azrina, membuka matanya semula. ʻʻCantik sangat. You dapat jugak habiskan lukisan ni. I never thought you finished itʼʼ
ʻʻOf courseʼʼ balas lelaki itu. ʻʻI finished this especially for you, sayangʼʼ
Azrina tersenyum. Hatinya bercampur dengan perasaan yang pilu dan juga gembira. Susah nak gambarkan perasaannya pada ketika itu. Seperti sebuah kegembiraan yang telah dibayar dengan harga tangis dan hiba. Dengan luka dan sengsara.
Lelaki itu perlahan-lahan melepaskan pelukannya. Pinggang Azrina dipegang oleh kedua tangannya yang sasa. Tubuh wanita itu dipusingkan perlahan agar sekarang menghadapnya.
Kini Azrina nampak bayangan lelaki itu.
Baunya sungguh harum. Sungguh mencengkam jiwa. Menggetarkan gelora.
Lelaki itu tinggi. Lebih kurang 180cm lampainya. Umur lewat 30an. Mukanya bersih. Tidak ada satu misai atau jambang diwajahnya. Tubuhnya tegap. Wajahnya tampan. Senyumannya ringkas, tapi sangat menawan.
Lelaki itu mengusap pipi Azrina dengan tangannya. Azrina meletokkan kepalanya pada tangan lelaki itu dengan manja. Sedikit senyuman dibalas, walaupun raut wajah Azrina masih nampak seperti berduka.
ʻʻKenapa you masih nampak sedih, sayang?ʼʼ tanya lelaki itu.
Azrina menelan air liur. Ditoleh kepalanya kekiri. Dia melihat jauh ke luar. Sebuah pintu kaca besar dari lantai ke siling sedang luas terbuka. Disebaliknya terdapat sebuah balkoni. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup masuk ke dalam rumah, bermain-main pada langsir yang terjurai disebelah tepi.
Pada pintu kaca itu juga dia nampak refleksi dirinya sendiri. Dia tidak bertudung pada ketika itu. Hanya memakai sekeping night dress sutera berwarna putih.