ʻʻAduhai... meleleh lagi!ʼʼ
Syarifah Azrina mengeluh tatkala melihat tompokan susu yang membasahi kawasan dada di atas kain baju kebayanya.
Wanita berumur 34 tahun itu mencekak pinggang, mengerutkan dahi, sedikit menggeleng kepala apabila melihat kain baju kebayanya sudah menampakkan tompokkan basahan yang semakin membesar dan jelas, sambil titisan susu mula mengalir jatuh di atas kain sutera baju kebaya moden yang ketat mengcengkam tubuh menampakkan tombolan 36D payudaranya yang montok dan tegang.
Suaminya Syed Uzair yang baru keluar dari bilik air dengan hanya bertuala mengikat pinggang tertawa kecil melihat baju isterinya yang semakin basah.
ʻʻApa gelak-gelak?ʼʼ cebik Azrina pada suaminya, kening masih berkerut, mata tajam melihat lelaki tinggi lampai itu dari cermin meja solek dihadapannya.
Uzair sekadar tersenyum melihat isterinya yang semakin gusar itu. Dia berjalan mendapatkan Azrina, dan kemudian memegang kedua bahu wanita itu dari belakang. Sedikit ciuman kecil diberikan pada sebelah pipi.
ʻʻAbang nampak susu Reen banyak betul keluar this time. Ni mesti sebab Reen lahap sangat makan ikan haruan sampai dua ekor semalam kanʼʼ gurau Uzair pada isterinya.
ʻʻAbang ni!ʼʼ Azrina menampar kecil peha kaki suaminya dengan manja, walaupun mata masih lagi mengerut, tapi sedikit senyuman sudah mula terukir pada seutas bibir mekar yang merah dilapisi gincu.
Azrina kemudian menyambung katanya, ʻʻSejak Reen dapat Tina ni memang banyak betul susu keluar. Tak macam Afiq duluʼʼ
Uzair hanya tersenyum. Dia melepaskan kedua tangan pada bahu isterinya dan berundur setapak dua sebelum berjalan menghampiri almari baju bilik tidur mereka. Pintu almari tersebut dibuka dan sehelai kemeja lengan panjang yang sudah siap bergosok rapi dicapai dengan tangan kanan.
ʻʻAbang pun perasan. Maybe hormon Reen kotʼʼ kata Uzar sambil menyarungkan kemeja tadi ke tubuhnya.
ʻʻMaybe lahʼʼ jawab Azrina, menghela nafas sambil melihat basahan baju kebayanya semakin lama semakin ketara.
ʻʻPergi lah tukar bajuʼʼ saran Uzair pada isterinya. ʻʻPergi pam susu tu sebelum awak pergi kerja nantiʼʼ
ʻʻYa la, Bangʼʼ kata Azrina yang sudah berjalan menuju ke arah bilik mandi mereka sambil melucutkan dua butang baju kebayanya.
ʻʻAnd one more thingʼʼ sambung Uzair kepada Azrina yang kini sudah berada di dalam bilik mandi. ʻʻPlease change to baju yang longgar sikit, ok? Baju kebaya tu dah tak muat, sayang. Awak kan dah besar sekarangʼʼ sindir Uzair, sedikit bergurau.
ʻʻNot funny!ʼʼ balas Azrina dari dalam bilik mandi, suaranya sedikit ditinggikan tanda protes.
Uzair hanya tergelak setelah mengusik isterinya itu.
Di dalam bilik mandi, Azrina mula menanggalkan baju kebaya yang dipakainya, menampakkan kulit pulusnya yang putih, licin dan bersih. Wanita setinggi 168cm itu masih begitu jelita sekali walaupun umurnya mencecah pertengahan tiga puluhan dan sudah beranak dua.
Azrina sentiasa menjaga ketelusan kulit wajahnya dengan memakan supplement Imedeen setiap hari, menjadikan kulit mukanya kelihatan masih tegang dan gebu, sama seperti rupanya lapan tahun lalu tatkala dia menikahi Syed Uzair pada umur 26 tahun.
Tetapi tidak semua tubuh badangnya kekal sama. Setelah lapan tahun mendirikan rumahtangga dan melahirkan dua orang anak, iaitu Syed Afiq yang kini sudah berusia empat tahun, dan adiknya Syarifah Qistina yang masih berusia enam bulan, tubuh badan Azrina sedikit sebanyak telah mengalami perubahan. Dulunya, payudaranya bersaiz 34C kini sudah mengembang menjadi 36D. Pembesaran saiz tersebut menyebabkan payudara kini sudah sedikit meluntur. Pinggangnya yang berukur lilit 26 inci kini sudah menjadi 30 inci. Kesan stretch marks yang ketara jelas kelihatan akibat mengandung dua kali. Perut yang dulunya leper kini sedikit berisi. Payudara yang dulunya ranum dan pejal, kini sedikit jatuh luntur akibat berat menanggung susu.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomanceSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...