8

15.2K 134 6
                                    

Kereta Ford Ranger putih milik Uzair bergerak perlahan ke jalan masuk pintu utama One KL seawal jam 6 pagi.

Lebih awal dari Uzair, kelihatan Ashraff sudah sedia berdiri menunggu jurutera itu di hadapan main entrance bangunan condominium mewah itu. Ashraff nampak begitu segak sekali. Memakai baju-T lengan pendek berjenama RL Polo. Seluar panjang kelabu asap. Kasut dari Slazenger. Dihadapannya terdiri sebuah beg set golf dari Callaway. Nampak sahaja kereta Uzair masuk ke perkarangan condominiumnya, Ashraff senyum sambil melambai tangannya, dan kemudian mengangkut beg set golf tadi ke bahu.

Uzair memberhentikan keretanya dihadapan Ashraff dan kemudiannya membuka pintu dan keluar bertemu dengan lelaki itu.

Uzair juga berpakaian kemas. Baju-T Nike Dri-Fit berlengan pendek. Seluar panjang. Kasut Footjoy.

Mereka bersalaman sambil tersenyum.

ʻʻDah lama ke kau terpacak kat situ? Aku baru jer nak callʼʼ kata Uzair sambil membantu Ashraff dengan beg golfnya.

ʻʻAku memang dah bangun awal sejak tadi. Tak sabar nak gasak kau dekat fairwayʼʼ gurau Ashraff.

ʻʻTolong sikit, eh? Youʼre looking at a single handicap here, okay?ʼʼ gelak Uzair sambil membuka boot keretanya. Di dalamnya ada sebuah beg set golf berjenama TaylorMade.

ʻʻAmboi. TaylorMade ni, bangʼʼ kata Ashraff sambil meletakkan beg set golfnya ke dalam boot kereta Uzair. ʻʻGraphite lagi... Kau ni pro ke apa, bro?ʼʼ

ʻʻEh mana adaʼʼ kata Uzair sambil menutup bootnya. ʻʻAku single handicap jer. Masa aku pergi UK dua tahun lepas, aku buat fitting dekat TaylorMade. Dapat lah extend 50 yards lagiʼʼ

ʻʻHahaʼʼ gelak Ashraff sambil menuju ke pintu penumpang. ʻʻTapi kau kena bagi aku menang kan hari ni. Sebab aku kan site inspector kauʼʼ

ʻʻJangan nak mimpi, Raff. Belanja minum tak de hal. Makan tak de hal. Dekat fairway... no way, broʼʼ balas Uzair.

Mereka berdua ketawa.

Uzair dan Ashraff masuk ke dalam kereta, dan meneruskan perjalanan ke Awana Resort Genting Highlands.

Oleh kerana keadaan trafik agak lengang pada pagi Sabtu itu, perjalanan hanya memakan masa 45 minit sahaja.

Sampai sahaja ke Awana, beberapa orang pekerja valet terus menghampiri kereta Uzair tatkala ianya masuk ke perkarangan utama resort itu.

ʻʻJom kita breakfast dulu. Tee off pukul tujuh setengahʼʼ kata Uzair sambil membuka pintu dan turun dari kenderaan pacuan empat roda itu. Kunci diserahkan kepada pekerja valet yang menunggu.

ʻʻCantik jugak tu. Aku tak sempat sarapan lagi tadiʼʼ balas Ashraff.

Pekerja valet kedua membuka boot kereta dan mengeluarkan kedua-dua beg set golf dari kereta Uzair dan mengangkutnya ke arah sebuah buggy yang menanti.

ʻʻKau booking buggy ker, Zair?ʼʼ tanya Ashraff.

ʻʻHa ahʼʼ angguk Uzair sekali.

ʻʻKau ni. Kita jalan jer lah. Kita kan muda lagiʼʼ geleng kepala Ashraff sambil mencekak pinggang. ʻʻDik!ʼʼ panggilnya kepada pemuda yang mengangkat begnya tadi.

ʻʻYes, sir?ʼʼ tanya pemuda itu sambil mengangguk.

ʻʻCancel buggy. Kita tak perlukan. Ambik dua trolley cukup. We will walk the fairwayʼʼ kata Ashraff sambil memberi arahan.

ʻʻBaik, sirʼʼ balas pemuda itu, yang kemudian mengarahkan rakannya untuk memindahkan beg Uzair dari atas buggy kepada trolley sambil dia sendiri membawa beg Ashraff ke trolley kedua.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now