Setelah selesai semua bersarapan, Uzair memulakan tugas memuat naik beg-beg pakaian salinan ke dalam kereta CX-5 milik Azrina. Mereka membuat keputusan untuk menaiki kereta Mazda yang lebih selesa itu ke Genting Highlands, berbanding kereta Ford Ranger yang lebih sesuai digunakan untuk tujuan lasak.
Azrina dan Kartini membantu memasang baby cradle di tempat duduk belakang dan membaringkan Qistina di dalamnya. Afiq pula sudah pandai menaiki toddler seat nya sendiri sambil dibantu Kartini untuk mengetap tali pinggang keledar. Mereka bertiga duduk di belakang, sambil Azrina dan suaminya Uzair duduk di hadapan.
Perjalanan ke Genting Highlands dijangka akan memakan masa sejam kerana Uzair membawa kereta dengan perlahan dan berhati-hati.
Dalam perjalanan, Azrina banyak termenung keluar mengenangkan firasat yang telah dibayangkannya. Di dalam mindanya, bermain-main cara bagaimana untuk memastikan firasat itu tidak akan berlaku.
Semasa heart-to-heart talk pagi tadi, Azrina merasa sedikit lega apabila suaminya Uzair telah memberikan janji untuk memelihara perkahwinan mereka menjangkau ke hari tua. Malah, Uzair sendiri menyebut yang selagi nyawa dikandung badan, Azrina akan tetap menjadi isterinya sampai ke akhir hayat.
Walaupun Azrina merasa tenang dengan janji-janji suaminya itu, ikhtiar perlu diusahakan juga. Rezeki dan rahmat tak kan datang bergolek kalau tidak ada tekun dan usaha. Berkat dari ketekunan dan usaha inilah Azrina cuba untuk memastikan tak ada apa-apa benda yang buruk bakal berlaku.
Salah satu yang merisaukan Azrina ialah kerja Uzair sebagai jurutera sivil di tapak pembinaan yang agak merbahaya. Kerap juga Azrina terdengar tentang kemalangan yang berlaku di tapak-tapak pembinaan.
ʻʻAbangʼʼ katanya perlahan.
ʻʻYa, sayang?ʼʼ balas Uzair sambil mata masih melihat ke hadapan, memberi tumpuan kepada pemanduannya.
ʻʻReen risau lah abang kerap kerja dekat site sekarangʼʼ
Uzair melihat Azrina dengan hujung matanya sambil mengangkat sebelah kening.
ʻʻAbang kan civil engineer. Tempat civil engineer mestilah dekat siteʼʼ balas Uzair.
ʻʻAbang kan dah naik pangkat jadi project manager sekarang kan?ʼʼ tanya Azrina lagi.
ʻʻYa, betul. Tapi projek yang abang kena manage tu ada dekat site, bukan dekat pejabatʼʼ
ʻʻErrmm... abang rasa... kalau abang mintak dekat boss abang untuk tukar ke bahagian management, okay tak?ʼʼ Azrina menanya lagi.
ʻʻIshh...tak nak lah. Dan bertahun abang kerja dekat site. Bertungkus lumur abang kerja sampai dapat PE. Thatʼs my place of work. Kalau abang suruh Reen berhenti kerja dekat lab, Reen nak tak?ʼʼ balas Uzair.
ʻʻLab tempat Reen kerja safe, bang. Tapi your place of work tu bahaya. A lot of accident berlaku dekat site. Abang pernah cerita, you big boss Tuan Azman tu pernah koma sebab site accident. And then abang pernah cerita jugak dekat Reen dulu yang tiga pekerja Bangla hilang lesap dekat site. Orang cakap-cakap siap kena tanam dalam simenʼʼ keluh Azrina.
ʻʻAwak ni. Itu site jokes jer semua tuʼʼ Uzair tergelak. ʻʻEh... kenapa Reen risau tak tentu pasal pulak ni? Kerja civil engineer tak de lah bahaya mana sangat pun. Bahaya lagi kerja jadi soldier, polis, bomba kanʼʼ
ʻʻBukan apa, Bang. Kita ni dah berkeluarga. Dah ada Afiq dan Qistina. Macam abang cakap pagi tadi, priorities changed. Responsibility pada family, pada parents. So abang must not take any unnecessary risks. Abang pun bukan twenties lagi. Abang kan cakap tadi yang abang cepat penat dah sekarang?ʼʼ Azrina cuba memberi sedikit sindiran sambil bergurau.
YOU ARE READING
Firasat Cinta
RomansaSyarifah Azrina adalah seorang pensyarah doktor falsafah jelita yang merupakan pakar dalam kajian oneirologi. Dalam kajiannya mentafsirkan mimpi, beliau sendiri dihantui dengan bayangan seorang lelaki misteri. Seorang lelaki yang tidak kenali. Seor...