5

19.1K 140 1
                                    

Seperti kebiasaannya setiap pagi, kereta SUV Mazda CX-5 berwarna merah milik Azrina hanya perlu mengambil masa setengah jam untuk tiba ke pejabat dan makmal kajiannya di USM Sains@KL dari rumah kediamannya di Desa Park City.

Sebuah tempat letak kereta khas untuk Azrina yang terletak di belakang bangunan pejabat sepuluh tingkat Wisma Sejarah itu telah sedia menanti pemiliknya tiba. Azrina memarkir kereta CX-5 nya dan kemudian mematikan enjin. Sempat dulu dia memeriksa rupa wajahnya sendiri disebalik cermin kereta untuk memastikan gincu di bibir dan bedak foundation di pipi masih berada dalam keadaan yang kemas. Kain tudung shawl diperbetulkan sana-sini dengan jari. Satu senyuman dihadiahkan pada diri sendiri. Kasut tinggi disarungkan semula kerana dia hanya memakai sepasang sandal ketika memandu. Pintu kereta dibuka, dan pensyarah jelita itu melangkah keluar menuju ke pejabatnya di Wisma Sejarah.

Satu senyuman dihadiahkan kepada pengawal keselaman yang bertugas di bahagian pintu masuk belakang bangunan. Pintu ini hanya membenarkan pekerja yang membawa access card sahaja yang boleh masuk menerusinya. Manakala pelawat-pelawat yang lain perlu masuk dari pintu utama dari hadapan.

ʻʻSelamat pagi, dokterʼʼ ucap Pak Amin, pegawai keselamatan berumur 50an yang berdiri tatkala Azrina membuka pintu belakang menggunakan kadnya. Bekas sarjan rejimen askar melayu itu masih lagi tegap walaupun sudah menjangkau separuh abad.

ʻʻSelamat pagi Pak Aminʼʼ balas Azrina, ʻʻPak Amin sihat?ʼʼ tanya Azrina sambil menghadiahkan satu senyuman yang sangat manis sekali kepada lelaki sasa itu.

ʻʻSekali nampak dokter, terus saya sihatʼʼ jawab Pak Amin, sambil diselit dengan sedikit gurau senda, sepertimana usikan-usikan lazim yang ditujukan kepada pensyarah jelita ini setiap pagi.

ʻʻPak Amin ni. Mula lah tuʼʼ kenyit mata Azrina sekali sambil tergelak kecil. Gelaknya dibalas pegawai keselamatan tersebut.

Azrina sudah biasa dengan usikan-usikan nakal yang selalu diterima olehnya oleh rakan-rakan sekerjanya. Mana tidaknya, usik-mengusik ini telah menjadi satu kebiasaan atau culture dalam institusi pengajian seperti Universiti Sains Malaysia ini, lebih-lebih lagi apabila yang diusik itu adalah seorang pensyarah jelita. Tak kira lah, usik mengusik antara pensyarah, antara majikan dan pekerja, mahupun boleh datang dari pelajar-pelajar yang sama nakal dan sama berani juga.

Azrina sudah biasa tatkala diusik sebegitu sejak dari sekolah lagi. Pada waktu itu, Azrina melayan sahaja kerana dia masih belum berpunya. Tapi dia tidak pernah pun menganggap usikan-usikan nakal itu adalah sesuatu yang serius. Baginya, ianya adalah sekadar penghibur hati mereka yang berjenaka.

Setelah bergelar menjadi isteri orang, Azrina sudah tidak endah dengan usikan-usikan lelaki yang masih kerap diterimanya. Baginya, ianya sudah menjadi seperti perbualan harian.

Tetapi, nak tak nak, Azrina tetap merasa sedikit megah. Sambil berjalan menuju ke lif, Azrina tersengeh seorang diri tatkala kecantikannya dipuji. High self-esteem bak kata orang putih. Good vibes to start the day.

Pejabat Azrina berada di tingkat lapan. Di tingkat tersebut menempatkan Fakulti Pascasiswazah Sains Perubatan dimana Azrina adalah pengarah projek. Dibawahnya terdapat tiga pegawai tadbir, empat pembantu makmal, seorang pelajar PhD dan tiga pelajar Masters yang mengambil jurusan Cognitive Neuroscience.

Tiba sahaja Azrina di ruang pejabatnya, pembantu tadbirnya bernama Sofia senyum manis tatkala melihatnya berjalan masuk.

ʻʻGood morning, Doc!ʼʼ sahut Sofia manja.

ʻʻMorning, Sofiaʼʼ balas Azrina. ʻʻEh, senyap jer office hari ni. Mana budak-budak yang lain?ʼʼ tanyanya.

ʻʻDiaorang tengah dekat hospital sebelah, buat clinical rounds dengan Dr. Emma. Tengahari karang balik lah tuʼʼ balas Sofia. ʻʻDoc Reen okay hari ni? Nak saya buatkan coffee?ʼʼ

Firasat CintaWhere stories live. Discover now