4

21.6K 155 2
                                    

Sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger tiba ke perkarangan tempat letak kereta Kesawa Group. Walaupun kawasan itu agak penuh, tetapi petak-petak khas telah disediakan khusus untuk penjawat jawatan tinggi seperti Pengarah, Pengurus Besar, begitu juga tempat khas untuk pelawat-pelawat. Malangnya bagi Uzair, dia belum lagi mencapai jawatan Pengurus Besar. Jadi, terpaksalah dia mencari mana-mana petak kosong yang masih ada di situ. Sambil dia memandu sekeliling kawasan parkir itu, dia ternampak sebuah kereta Tesla Model-S berwarna merah milik bossnya yang sudah berehat di bangunan ibu pejabat di hadapannya.

ʻʻAwal Tuan Dean dah sampaiʼʼ bisik Uzair dalam hati. Selalunya, CEO Kesawa tersebut akan mengambil masanya untuk tiba ke pejabat, sambil mengendalikan hal-hal pengurusan over breakfast bersama client atau badan kerajaan. Jadi apabila Uzair ternampak kereta bossnya itu, tergerak pula di hatinya yang sesuatu perkara penting telah berlaku.

Seperti kebanyakan jurutera-jurutera yang lain, Uzair sendiri pun jarang masuk ke pejabat juga. Biasanya dia akan terus ke tapak pembangunan dimana container site office telah disediakan di situ untuk mereka bekerja.

Tetapi pada pagi ini, jurutera dan arkitek berkaitan telah diminta untuk hadir ke bangunan ibupejabat untuk satu mensyuarat penting.

Uzair melangkah keluar dari kereta Ford Rangernya dan berjalan kearah bangunan utama Kesawa. Dia memakai baju kemeja lengan pendek, dan berseluar hitam. Topi keselamatan hard hat ditinggalkan di dalam kereta. Sambil mengepit beg kerja di celah ketiak, dia menyarungkan sehelai tali leher dengan pantas, sama pantas dengan langkahnya juga. Selalunya dia malas nak memakai tie, tapi sebab hari ini dia kena hadiri mesyuarat, maka tali leher polyester tersebut diikat dengan pantas. Kakinya masih berkasut safety boots. Tak kuasa dia nak tukar kepada kasut formal hanya untuk tujuan mesyuarat ini.

Tiba sahaja di perkarangan lobby bangunan, Uzair menunjukkan kad pekerjanya kepada staff reception yang menanti.

ʻʻSyed Uzair. Project Managerʼʼ katanya ringkas.

Gadis muda yang mengendalikan meja resepsi tersebut menaip beberapa arahan ke dalam komputer di hadapannya sebelum tersenyum kembali pada Uzair. ʻʻSelamat datang, Encik Uzair. Meeting room one, tingkat lapanʼʼ

ʻʻTerima kasihʼʼ ucap Uzair dengan ringkas sambil menyarungkan tali kad pekerjanya pada lehernya, dan kemudian terus bergerak ke lif.

Seperti setiap pagi, lif akan penuh dengan pekerja-pekerja yang baru sampai. Tetapi Uzair tidak kisah tentang itu semua, malah dia agak selesa melihat pelbagai pekerja berlainan kaum dan bangsa dengan meragakan fesyen pakaian kerja masing-masing. Pada waktu itu, Uzair teringatkan Azrina, isterinya. Azrina memang sentiasa up-to-date dengan fashion-sense nya, baju-baju kerja dan juga baju santai semuanya anggun dan menarik. Uzair tersenyum sendirian mengenangkan Azrina.

Loceng lif berbunyi dan pintu terbuka apabila ianya sampai ke tingkat lapan. Ramai pekerja keluar ditingkat tersebut, termasuklah Uzair yang paling akhir sekali keluar. Sambil dia melangkah keluar, dia berselisih dengan seorang wanita jelita yang baru nak masuk ke dalam lif pula. Wanita itu sungguh cantik menawan. Orangnya tidak bertudung. Rambut lebat ikal mayang melepasi bahu. Memakai blouse dan blazer. Kain midi skirt sampai ke lutut. Betis kaki terdedah. Kasut tinggi.

ʻʻSelamat pagi Puanʼʼ ucap hormat Uzair pada wanita itu.

ʻʻSelamat pagi Zairʼʼ balas Puteri Nura Mentari dengan senyuman yang menawan.

ʻʻPuan tak join meeting ke?ʼʼ tanya Uzair melihat Mentari baru nak masuk lif ke tingkat yang lain.

ʻʻNot today. Dean yang akan handle meeting. Word of caution. Cuaca agak mendung pagi niʼʼ pandangan tajam Mentari diberikan sekali, memberi Uzair sedikit heads-up warning.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now