6

18.1K 130 3
                                    

ʻʻSo macam mana, Zair? Kita boleh crack ke si Ashraff tu?ʼʼ suara Dean kedengaran dari telefon bimbit Samsung S20 yang sedang ditekap pada telinga Uzair disebalik bunyi-bunyi mesin pembinaan disekitarnya.

ʻʻSusah sikit lah, Tuan Deanʼʼ balas Uzair, suaranya cuba tidak didengarkan terlampau kuat, kerana tidak mahu Ashraff yang berada tidak jauh daripadanya mendengar perbualannya dengan Dean.

Walaupun sedang bercakap dengan Dean, mata Uzair tidak lekang melihat Ashraff yang sedang berada di atas tapak pembinaan bersama dengan jurutera-jurutera yang lain.

ʻʻSusah macam mana tu, Zair? Dia nak duit lagi ke? Tu tak susah, Zair. Bagi tahu jer berapa banyak dia nak. I boleh suruh Linda keluarkan cash moneyʼʼ balas Dean, selamba. Baginya hulur-menghulur ni dah jadi macam perkara biasa.

ʻʻHmm... dia tak nak duit, Tuan Dean. Awal-awal lagi dia nak bagi kata putus pasal tuʼʼ balas Uzair, sambil menelan air liur.

Tidak jauh dari dirinya, kelihatan Ashraff masih lagi berbincang dengan jurutera-jurutera tadi. Ashraff kemudian menoleh kearah Uzair dan melihat lelaki itu yang masih sedang berbual dengan telefon bimbitnya.

Melihat Ashraff memandangnya, Uzair mengangkat tinggi sebelah tangan pada Ashraff sambil senyuman luas terukir dimukanya.

Ashraff senyum kembali dan kemudian memalihkan pandangannya semula kepada jurutera-jurutera tadi.

Uzair menurunkan tangannya dan memusingkan tubuhnya membelakangi Ashraff. Keningnya terus bertukar menjadi berkerut.

Disebalik talian, Dean meneruskan perbualannya. ʻʻOkay. Okay. Dia tak nak duit. Mungkin dia anak lord. Atau dia sendiri dah kaya. Okay, kita bagi dia perempuan. Berapa ramai? Satu Harem kita boleh disediakanʼʼ cadang Dean yang sudah bersedia untuk menghubungi rakannya Desmond, seorang bapa ayam terkemuka di tanah air yang sentiasa bersedia untuk membekal perempuan-perempuan lacuran kepada client-client Dean.

Uzair menghela nafas. Tangan mengurut keningnya. ʻʻSaya rasa perempuan pun dia tak berminat. Dia dah lama soloʼʼ

ʻʻDia gay ke, Zair? Nak Linda carikan hot stud untuk dia pun boleh. Kau sebut jer kat Linda spec apa dia nakʼʼ balas Dean.

ʻʻTak. Tak, Tuan. Saya rasa dia tak interested dengan sexʼʼ balas Uzair. ʻʻI mean, saya rasa dia bukan nak play around dengan pros. Dia ni bukan playboy. Bukan ladies man. Nampak gaya macam dia ni one-woman-kinda-guyʼʼ

ʻʻGreat. A real life charmer. Lelaki sejati ke dia niʼʼ dengus Dean disebalik talian.

Uzair menghela nafas, memalihkan pandangannya semula pada Ashraff. Lelaki itu masih berdiskusi dengan jurutera-jurutera tadi. Nampak kali ini perbincangan mereka hangat.

ʻʻSo macam mana, Tuan Dean?ʼʼ tanya Uzair, agak risau. Dia pasti Ashraff telah menjumpai sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya. ʻʻPlay by the rules?ʼʼ

ʻʻKita dah behind schedule. Kalau nak betul-betul ikut building spec kena tunggu simen dari Europe. Awak tahu kan lead-time dekat sana macam mana, dengan problem EU dan Brexit bagaiʼʼ jelas Dean. ʻʻKalau kita nak keep to the timetable, kita kena go with spec Chinaʼʼ

ʻʻFaham, Tuan. Faham. Tapi saya rasa Ashraff tak akan luluskan spec cina tu. Awal-awal lagi konkrit diaorang dah fail compression testʼʼ Uzair berkata, menyetujui bossnya itu.

ʻʻOk macam ni. We still need him to be on our side. Duit tak nak. Perempuan tak nak. Find out apa benda yang dia suka. Slowly cucuk jarum. Pasal simen, let me handle it. I akan fly sana dengan Tuan Azman secepat mungkin untuk discuss supply chain issuesʼʼ balas Dean.

ʻʻRoger that, Tuan Deanʼʼ

ʻʻDo what you need to do, Zair. Elaun keraian unlimited. I akan mintak Linda unlock company credit card limit. Whatever it takes, Zair. Gunakan sebanyak masa yang you ada. This is an orderʼʼ balas Dean lagi.

Firasat CintaWhere stories live. Discover now