Bahagian 1

70 11 9
                                    

Rinna yang kini berumur 25 tahun telah mengambil alih tugas sebagai pembantu ayahnya di sebuah syarikat yang besar. Muda macam ini dah dapat pangkat setinggi itu? Ayahnya,Dato Lorenz pula CEO kepada syarikat penjualan pelbagai kereta mewah. Cliche seperti pada umumnya. Manakala ibunya,Datin Raquela bertugas sebagai doktor.Memiliki 2 orang abang dan 2 adik kembar tak seiras.

Abang pertamanya bernama Nicholas,35 tahun. Abang keduanya pula,Vince berumur 29 tahun.Kemudian lahirlah Rinna. Seperti yang kita tahu,Rin ada 2 adik dan kedua-duamya berumur 8 tahun.Yang paling tua si lelaki,Aaron.Yang muda pula si perempuan,Lily.

Jum jum start~

"Akhirnya....sampai juga aku sini.Penatnya.",keluh Rin. Penat setelah lama menaiki kapal terbang selama 1 jam.

"Okay, sekarang cari kereta pula." Matanya tercari-cari.

"Ehh,jap.Ayah cakap ada orang ambilkan nanti. Ergh!!! Kena tunggu pulak." keluh dia lagi.

Setelah beberapa minit menunggu,tibalah sebuah kereta yang berhenti di depanmya.Seorang wanita yang berada dalam lingkungan umur 40-50 turun dari kereta.Bersedia menyambut hangat kedatangan Rin.

"Ah-ha baru sampai? Nak aku tunggu sampai mati ke ape?", tengkingnya ke arah mak cik itu.

"Maaf,cik.Kami baru mendapat mesej dari Dato yang Cik baru sampai airport."jawab mak cik itu dengan menundukkan tubuh sebagai tanda maaf. Masih mengekalkan senyumannya.

"Aku tak kesah.Ambil barang aku dan bawa masuk dalam." perintah Rin.

"Kau lelaki kan? Kenapa tak tolong sekali?",arah Rin setelah melihat pemandu kereta itu tidak turun untuk membantu.Parasnya seperti 20-an.Muda lagi.

"Maaf,cik.Saya akan turun.". Dengan secepat mungkin dia turun.Membantu mak cik tadi memasukkan semua barang.

Setelah memerintah kedua-dua orang itu,dia terus memegang telefon. Tubuh santai duduk dalam kereta.Lelah.

"Garang betullah cik kita ni,apalah nasib kita berdua lepas ni." kata pemandu kereta itu berbisik. Mengenang nasib mereka berdua nanti.

"Eh,kau ni.Jangan cakap banyak,hilang mata pencarian kita berdua nanti.",kata mak cik itu dengan takut.Kalau-kalau Cik yang berada dalam kereta terdengar,mampus.

"Oii,masukkan kerbau kee masukkan barang aku korang berdua ni!?",tengking Rin lagi. Sesak setelah lama menunggu mereka berdua.

"Maaf,cik.Kami akan masuk sekarang!",jawab mereka berdua serentak.

Dengan langkah yang cepat,mereka berdua masuk ke dalam kereta.Pemandu kereta itu terus membuka enjin. Perjalanan dimulakan menuju ke hotel yang akan menjadi tempat mereka menginap.

Sepanjang perjalanan masing-masing mendiamkan diri.Membuatkan Rin merasa bosan.Setelah menikmati betapa sunyinya ruangan itu,Rin meletakkan telefonnya di dalam beg.Mulut sedia berbicara.

"Ehem!",Rin dengan sengaja membuat-buat batuknya.Niatnya membuat dua insan di dalam kereta itu memberi perhatian kepadanya.

Setelah mendengar itu, perhatian mereka berjaya dicuri.Masing-masing menoleh dari sisi sendiri. Maklumlah...jika pemandu kereta memandang tepat ke belakang,berlaku pula kemalangan nanti.Bahaya...

"Cik nak air kah?",soal mak cik itu dengan lembut sambil menghulurkan sebotol air.

Rin memandang ke arah mak cik itu."Tak,aku nak tanya sesuatu.",jawab dia dengan nada sedikit serius.

Mak cik menutup balik botol tadi. Diletakkannya di sebelah."Tanyalah,cik.",jawab mak cik itu.

"Sepanjang kita dalam kereta ni,kau berdua tak terfikir nak memperkenalkan diri sendiri kah?",tanya Rin dengan mengangkat keningnya.Bersilih ganti dia melihat kedua orang itu.

Mak cik dan pemandu kereta tersebut bersama-sama menelan liur mereka.Suasana yang seperti akan meletup bagai gunung berapi itu sungguh mendebarkan.

"E-em,cik......Nama mak cik, Leha. Boleh panggil Mak Cik Leha."

Rin mengganguk faham.

"Mak cik sudah bekerja dengan ayah cik lebih kurang 13 tahun.Sekarang telah pun berumur 50 tahun.Sebenarnya mak cik sudah berniat ingin berhenti sebab umur pun makin meningkat ditambah kesihatan pulak semakin merosot.Tetapi jika berhenti,terpaksalah ikat perut nanti.Maka itu,masih dipaksa diri ini meneruskan pekerjaan selagi mampu.Berhenti jika tidak dapat lagi." sambung Mak Cik Leha dengan panjang lebar menceritakan kisahnya mengapa berada di situ.

Rin memandang Mak Cik Leha."Oh....Seharusnya kau berhenti sahaja.Tugasan yang senang saja, payah betul aku tengok kau buat. Aa
patah lagi yang lain nanti.",kata Rin dengan muka datarnya.

Mak Cik Leha dan pembantu kereta itu terkejut.Tertampar setelah mendengar ayat pedas yang keluar dari mulut Rin.Mana tidaknya,Rin seolah-olah tidak peduli dengan situasi Mak Cik Leha.

Sebelum sesiapa berkata apa-apa,dia meneruskan ayatnya semula."Kesihatan itu penting.Jika mak cik lapar,seharusnya ada yang menderma makanan mahupun keperluan asas kepada mak cik.Terutamanya bantuan daripada ayah saya.Ataupun sesiapa yang kau kenal.Kalau mak cik lebih pentingkan wang daripada diri sendiri,lebih baik berhenti sekarang. Cari kerja yang lain kerana saya tak nak seolah-olah tidak mempedulikan pekerja saya.",tegas Rin lagi.Pentingkan diri sendiri ke atau orang lain dia ni? Anda sendiri tentukan.

Ingin saja Mak Cik Leha menjawab lebih lagi tapi dia tahu.Makin dijawab makin banyak pula jawapannya nanti.Dengan muka yang masih tersenyum,Mak Cik mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Rin.

"Kalau faham,bagus."

Rin terus laju memandang ke arah pemandu kereta.Dah macam cerita hantu pula dahh. SERAM. Soalan yang sama ingin diajukannya.

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now