Bahagian 4

22 6 4
                                    

Mereka dalam perjalanan kembali semula ke kawasan hotel tadi.Perbualan terjadi diantara mereka berdua.

"Weh,mana kau tahu aku ada kat sini eh?", tanya Rin.

Sha memandangnya."Emm,aku tahu dari ig story kau yang tulis berniat nak ke kawasan ni. Jadi aku tempahlah awal-awal. Tak sangka sama hari pula kita dua sampai.",katanya sambil menunjuk ke arah telefonnya.

Rin mengganguk faham.Sha menggangguk lalu melihat telefonnya.

"Ehhhh- stalker aa kau ni.". Lambat proses agaknya.. 

Tanpa memberi perhatian, dia mengingat semula apa yang dari awal tadi dia ingin tanya. Dengan cepat dia meletak semula telefonnya lalu menepuk bahu Rin dengan mengejut. Terperanjat juga Rin dibuatnya sampai terangkat tubuh.

"Oh mak kau- ". Orang yang melatah juga eh?

"Melatah pula dia, HAHAHAHHA.",dengan tanpa rasa bersalah dia ketawa.

Rin menutup matanya dan mengengam tangan di depan Sha. "Kau ni.....nak rasa?"

Sha segera membuat tangan ampun. "Maaf! Maaf! Hahahahah,aku nak tanya sesuatu ni",soalnya sambil ketawa.

Rin menarik nafas panjang dan memegang dadanya untuk menenangkan diri sendiri. "Apa?", dengan nada yang seperti tiada mood. Marah lah tuuu~

"Hahahaha,jangan marah lagi. Aku nak tanya pasal mamat yang cari gaduh ngan kau tuuu. Macam mana awal cerita dia?", tanya Sha dengan penuh semangat.

Rin memegang kepalanya."Hm, malas aku nak cerita. Tunggu ada mood nanti lah."Dikeluarkannya lidah seperti mengejek.

Sha terus membuat muka datar kerana kecewa dengan jawapan rakannya itu."Cis! Buat aku beria jer kau ni...".

Rin menahan ketawanya setelah melihat Sha murung. "Nanti...nanti,okey?.

Sebelum Sha menjawab pertanyaan itu,mereka telah tiba di destinasi. Dengan teruja Sha bersorak girang melihat pemandangan di situ. Terlalu teruja sampaikan dia menghiraukan pertanyaan Rin lalu segera turun setelah kereta berhenti. Rin hanya mampu mendiamkan diri dengan penuh sabar di dalam kereta.

Rin memerintah Trio sambil menundingkan tangannya ke arah barang di belakang untuk diangkat. Trio mengangguk lalu mengangkat semua barang untuk dibawa masuk ke dalam bilik.

"Waaah....cantiknya!"

Rin mendekat. "Teruja sangat sampai lupa kawan sendiri?".

"Hehehhhe." Sha mengosok kepalanya.

Dari kejauhan kelihatan Mak Cik Leha berjalan mendekati mereka berdua.

"Cik sudah sampai?".

Rin memusingkan tubuhnya."Oh,mak cik....Ya.", jawabnya singkat.

"Emmm....siapa ni,Rin?",tanya Sha sambil berbisik.

"Pembantu peribadi aku. Mak Cik Leha."

Sha mengangguk faham lalu menghulurkan tangan."Salam kenal,mak cik. Saya Sharon,boleh panggil Sha. Kawan kepada mahluk hidup sebelah saya ni.",sapanya untuk pertemuan pertama kali ini. Senyum itu harus walaupun memperli.

Rin memandang dia dengan muka tidak percaya.

"Mahluk hidup kau panggil aku?",soalnya.

Sha menghiraukan dia dan masih mendengar Mak Cik Leha mengenalkan diri sendiri. Mak Cik Leha dengan senang hati menghulurkan tangan dan terus mengenalkan diri sendiri. 

"Salam pengenalan juga,Cik. Saya Leha, panggil sahaja Mak Cik Leha. Pembantu peribadi Cik Rinna". Bersalamlah mereka berdua dengan senyuman di bibir.

"Pftttt! Cik Rinna? Zaman bila ni? Anak puteri ke CIK ni? Nak ketawa aku dengar HAHAHHAHA ampun tuan puteri!! ",perlinya sambil menutup mulut menahan ketawa.

Rin membuat roll eyes. "Dah dia nak panggil aku tu, biarlah."

Sha mencuba untuk berhenti ketawa lalu mula bercakap semula dengan Mak Cik Leha. Mak Cik Leha hanya mendiamkan diri dan senyum manis melihat persahabatan mereka berdua yang sangat rapat. Rapat sampai perli tu biasa. 

"Mak Cik Leha, tidak perlulah panggil saya cik bagai. Maklumlah, kita ni manusia biasa jee, hidup sederhana. Sorang ni mungkin perlulah. Kalau saya, panggil saja Sha."katanya untuk tidak terlalu formal.

"Kenapalah setiap baris ayat kau, kena ada akuuuuu jer.", keluh Rin seorang diri.

Sha mengipaskan rambutnya ke arah Rin. "Suka hati aku lah. Lagipun,aku tolong dua orang pembantu kau ni ertinya sabar,"jawab Sha.

Rin membuat muka keliru."Apa kaitan?".

"Eleh,macam lah aku tak kenal perangai kau. Pasti dua orang pembantu kau ni jadi mangsa kena marah setiap hari, jadi aku ejek lah kau sikit". Ditekan kuat perkataan "sikit" itu.

"Hmm,yerlah".

"HAHAHAHHA, tahu pun kau mengalah eh."Sha berjalan ke sebelah Rin.

"Mak Cik,pergilah mana-mana atau berehat kee. Seperti biasa,ada masalah call."

Mak Cik Leha mengiyakan lalu pergi dari sana. Tak kesah bagaimana ciknya itu melayannya, dia tidak ingin ambil hati sebab dia tahu Rin pasti ada sisi baiknya. Mulakan hari anda dengan minda yang positif.

Sha agak terkejut tapi bukan tidak biasa dengan tindakan Rin. "Alahai,tak payahlah cakap macam nak usir orang. Kalau boleh cakap baik,cakap baik." tegur Sha.

Rin memandang Sha dengan muka tidak peduli. 

"Masalahnya, aku tak tahu macam mana nak cakap baik.",Rin mengangkat kedua-dua bahunya untuk menandakan dia tidak tahu.

Sha hanya menggelengkan kepala. Kaki terus berjalan ke arah pantai untuk mengambil gambar.

"Tolong aku ambil gambar jap,boleh?"pinta Sha.

Rin hanya pasrah dan mengambil foto lebih kurang 10 kali berturut-turut. Antara 10 tu,hanya yang cantik dipilih dan seperti biasa dihantar ke media sosial. Setelah lebih kurang 5 minit mengambil gambar solo dan gambar bersama, mereka duduk di atas bangku yang berdekatan.

Tiba-tiba! Kedengaran suara budak kecil yang menangis dengan sangat kuat.

"Mama!!!!! MAMAAAAA!!!".

Sha terus menepuk lengan Rin kerana terkejut. "Weh!! Bunyi apa tu? Macam budak,jom pergi sana."

"Aduhhhhh, sakitlah! Kalau terkejut pun,tak perlu main pukul-pukul." teriak Rin kesakitan.

Cepat mereka berdua bangun semula dari duduk dan mencari puncanya. Rupa-rupanya, suara itu berasal dari seorang budak perempuan yang terpijak kaca. Mungkin dia sedang berlari tanpa melihat. Namun tiada ibu mahupun ayahnya kelihatan, jadi Sha dan Rin maju untuk membantu.

"Adik,jangan nangis. Kakak ada.",kata Sha untuk menenangkan budak itu. Pipinya yang basah diusap lembut. 

"Eee....Em...Apa kita dua nak buat ni? Aku tak reti...",tanya Rin dengan gelisah.

Tiba-tiba kedengaran suara lelaki yang menanyakan apa yang berlaku. Rin dan Sha menjawab tanpa memandang wajahnya kerana terlalu gelisah dengan situasi budak itu. Lelaki itu menunduk dan memerhatikan luka budak itu lalu mengangkatnya ke atas bangku yang kosong.

"Tolong aku ambilkan peti pertolongan cemas,cepat!",perintahnya ke arah temannya.

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now