Bahagian 3

18 6 0
                                    

Sebelum sesiapa berbuat apa-apa,Rin terus lari dari sana dan meninggalkan mereka bertiga di situ yang masih berdiri tegak.

"Kenapalah aku kena jumpa orang cam tu. Erghhhhhhh!".Rin membatalkan niatnya untuk  jalan-jalan setelah kejadian tadi. Hati berapi ingin masuk ke bilik hotel.Tiba-tiba dering telefonnya berbunyi.Rin menjawab telefonnya.

 "Hallo? Siapa ini?",tanyanya setelah melihat nombor tak dikenali.

"Amboi,suara kawan sendiri lupa.",jawab seseorang yang bersuara perempuan dari telefon itu.

Rin megangkat keningnya. Rin menanya diri sendiri dalam hati siapakah itu. Scammer pasti ni..

"Emm,saya tak rasa saya kenal.Boleh  terus-terang tak?",jawabnya sambil membuat raut muka keliru.

Perempuan itu menghela nafas berat seperti kecewa rakannya tidak mengenali suaranya. "Aku pakai nombor telefon baru,sebab yang dulu hilang pastu bila jumpa rosak." ,terangnya.

"Em...sepertinya kamu tidak menjawab pertanyaan saya."

Kedengaran perempuan itu menepuk dahinya. "Aduh,Rin. Oi! Kau ni memang lupa ke pura-pura lupa suara aku siapa? Aku ni,Sharon. Kawan kau dari sekolah rendah. Lupa?".

Rin menepuk dahinya sendiri kerana rasa bersalah dengan kesilapan kecilnya itu. Member sendiri pun tak kenal, haihhh.

"Ohhhhhhhh, sorry lah Sha. Otak aku ni memang perlahan sikit.Baru jee gaduh ngan beberapa mamat tadi. Pening pale aku layan. ",Rin membuat alasannya sendiri.

Rakannya yang bernama Sharon atau nama singkatnya Sha itu dengan teruja meminta dia menceritakan apa yang berlaku. "Wehh, serius lah? Asal? Kau cari gaduh ngan diorang ke?",soalnya bertubi-tubi. Dia punya excited lain macam. Didengar juga bunyi ketawa semasa dia berkata begitu.

"Nak dengar cerita memang kau nombor satu. Sebelum aku cerita,apa khabar kau sekarang? Sihat? Tinggal mana?".

"Aku sihat jee, tak yah risau. Kau?".

"Aku pun sihat. Tengah kerja sambil jalan-jalan ni. Bagus jugalah,daripada kerja jee memanjang."

Sha meng'ohkan apa yang Rin katakan ."Hujung minggu pun kerja, rajin nyerr.. ".

Rin melihat kerusi di depannya.Dia duduk lalu melihat pemandangan di depannya sambil melipatkan tangan.

"Terpaksa juga, lagipun aku pembantu ayah aku. Tak boleh jadi contoh buruk kepada pekerja lain. ". We are independent woman, slayyy.

Sha mengangguk faham."Betul tuuu.", tambahnya.

"Sebelum aku lupa, kau tolong ambil aku jap. Aku kat airport ni". Takda angin takda ribut, dia call terus suruh ambik. Dasyat sekali tahap santai dia ni..

Rin terkejut. "Airport?!".

"Eh tak lah, zoo negara. Sudah tentulah airport,lapangan terbang bahasa Melayu dia. Banyak soal pula kau.", perli Sharon.

Patutlah suasana di pihak Sharon, kedengaran sangat bising. Penuh dengan bunyi kanak-kanak, perempuan mahupun lelaki.

"Hehehehehe, mana tahu lah kan? Tapi serius arh? Kenapa kau kat sini?", tanya Rin. Hari dipenuhi kejutan daripada rakannya itu.

Sha senyap sementara, dah malas melayan."Eh.... banyak nyee soalan dia. Aku datang sini ada dua sebab."

"Apa dua sebab tuuu ?",Rin bertanya.

"Pertama,sebab aku nak melancong kawasan-kawasan ni. Kedua,aku nak jumpa kau."

Rin sedikit tersengih setelah mendengar itu. Senangnya dalam hati, dapat jumpa member lama~

"Eh,tersengih-sengih pula dia. Betullah! Cepaaaaaat, aku tunggu kat luar ni. Panas tau tak?",keluhnya. Tangan mengipas muka.

Dengan cepat, Rin bangun dari duduknya dan segera mencari pemandu keretanya atau lebih tepat pemandu peribadinya,Trio.

"Okaaaaay ,kau tunggu dulu. Aku otw".

"Cepat eh, jangan lambat pula. Bye. ",Sha meletakkan ganggangnya.

Rin terkejut lalu melihat telefonnya."Eh, lajunya dia tutup. Bye. ",Dia memperli telefon yang sudah mati. Terasa kerana Sharon menutup sebelum dia membalas.

Di cafe berdekatan, mata menangkap sosok yang dicari-cari. Trio yang sedang duduk dengan Mak Cik Leha didekati. Dia terus maju dan meminta Trio menghantar ke airport untuk mengambil rakannya itu. Trio lekas bangun dari kerusi lalu pergi ke arah tempat letak kereta.

Rin memandang Mak Cik Leha. "Mak Cik? ".

Mak Cik Leha menoleh. "Ya, cik?",tanyanya seperti menunggu arahan.

"Kamu tunggu sini, kami pergi sekejap sahaja. Kalau ada masalah,call saya."

Setelah mengatakan itu, dia segera pergi. Mak Cik Leha juga merasa terkejut, seharusnya dia juga harus ikut tapi tidak dibawa oleh cik nya pula.

"Kenapa cik tak bawa aku sekali? Prihatin? Mungkin cik ada juga sisi baiknya. ", soal Leha dalam hati sambil tersenyum. Pertama kalinya pada masa itu Leha merasakan niat baik Rinna.

Trio menunggu cik nya itu di dalam kereta. Setelah melihat kelibat Rin,dia turun. Tangan membantu membuka pintu. Dia masuk semula dan memasang enjin.

"Kalau nak berhenti nanti,tunggu arahan aku. Jangan berhenti terus." 

 Arahannya diberi dengan tegas.Trio mengganguk faham. 

☼︎
☼︎
☼︎
☼︎
☼︎

Sharon menunggu lebih kurang 10 minit sudah .Kaki ulang alik mencari keberadaan kereta yang mungkin milik rakannya itu. Dengan cuaca yang panas di luar bangunan, mana tidaknya kita berpeluh. Nasib baik Sha membawa sapu tangan kecil untuk mengelap peluhnya entah ke-berapa kali.

Setelah beberapa minit, Rin tiba di lapangan terbang. Dengan cepat dia mengarah Trio untuk parking di depan Sharon. Walaupun dia lupa bunyi suaranya,tidak mungkin pula lupa rupa wajah rakannya yang telah berteman dengannya lebih kurang 15 tahun.

"Okey, turun dan tolong bawakan barang dia ke dalam kereta. ", perintah Rinna.

Trio turun lalu mengangkat barang Sharon ke dalam kereta.Satu per satu bagasi masuk. Sementara dua wanita itu sama-sama teruja.

"Wehhhhhhh, lama gila tak jumpa kau. Makin cantik eh! ",puji Rin.

Sharon menepuk lengan Rin kerana melihatnya berperilaku seperti berlebihan. Kalau perempuan berjumpa berpeluk lepas tuuu saling memuji memang nombor satu. Begitu jugalah mereka berdua. Setelah berborak sementara di luar bangunan yang terasa panas itu, mereka berdua masuk dalam isi kereta.

Si Hati Dingin (OG)Where stories live. Discover now